Kitab suci Al Quran sarat dengan peristiwa dan kisah benar yang dirakamkan Allah SWT untuk menjadi petunjuk dan panduan kepada umat manusia. Kebenaran dan keaslian Al Quran tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun baik dalam kalangan orang Islam mau pun bukan Islam. Allah datangkan wahyuNya ke muka bumi melalui Nabi Muhammad SAW kira-kira 1433H untuk menanamkan Akidah dan kepercayaan yang hakiki (Tauhid) bahawa Tuhan yang sebenarnya berhak disembah ialah Allah yang menjadikan langit, bumi, gunung -ganang, sungai dan lautan.
Gambar : Sumber internet
Bukti konkrit bagi siapa yang cuba mencari , menggali, menyelidik, menganalisa menggunakan taakul minda dengan rasional pasti akan menemui Tuhannya. Oleh kerana Rasulullah saw membawa ajaran Islam yang langsung diterima dari Allah swt , beliau dimusuhi, dizalimi, ditindas, dicerca, dimaki hamun malah disakiti hingga terpaksa mempertaruhkan nyawanya mempertahankan Islam walaupun penduduk Mekkah mengetahui dan mengenali baginda seorang yang jujur sehingga digelar AL AMIN. Pada peringkat awalnya Nabi saw menyebarkan kalimah Tauhid kepada keluarga terdekat beliau. Orang pertama yang beriman kepada Allah ialah isteri baginda Sayidatina Siti Khadijah binti Khuwailid, diikuti oleh Ali bin Abi Thalib dan beberapa sahabat terdekat.
Al Quran Penawar Duka
Kejadian Tsunami Dalam Al Quran
Akal manusia selalu melihat sesuatu secara logika atau berdasarkan pemikiran terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku. Orang sukar mempercayai fenomena yang berlaku tanpa bukti yang meyakinkan sedangkan alam ghaib itu tidak dapat dicerna oleh minda sekalipun kita mempunyai kekuatan ilmu dan pengajian hingga keperingkat sarjana . Ilmu yang tidak dibaringi dengan keyakinan tidak akan dapat mengenal Tuhan secara imani. Peristiwa Nabi Nuh AS membuat kapal dengan perintah Tuhan mungkin sukar dipercayai secara akli bagi mereka yang goyah pegangan akidahnya.
Gambar: Kejadian tsunami Jepun bukti kekuasaan Allah .
Kejadian Tsunami besar dalam sejarah dunia pada zaman Nabi Nuh As benar-benar berlaku setelah 'Tannur" (permukaan bumi yang memancarkan air - Huud : 40) pecah dan langit terbuka pintu seluas-luasnya menurunkan hujan yang tidak berhenti sehingga menenggelamkan bumi mengorbankan umat manusia termasuk isteri dan anak kandung baginda sendiri. Allah SWT menyelamatkan orang-orang beriman bersama Nuh dalam bahteranya. Peristiwa tsunami zaman Nabi Nuh As merupakan balasan dan laknat Allah kepada kaum Nuh yang ingkar, mempersendamainkan seruan Nabinya dan mencabar supaya diturunkan azab .
Sumber video you tube
Tsunami Jepun
Nuh Memanggil Anaknya

Kehebatan Al Quran terbukti sebagai penawar duka, penyembuh segala penyakit kerana didalamnya penuh dengan mutiara (Luk Luk) dan khazanah ilmu yang sangat mahal sehingga menjadi penghibur kepada Nabi dan para sahabat dikala mereka menghadapi mehnah dan ujian daripada kaumnya. Nur Al Quran menjadi penyuluh kehidupan Baginda dalam setiap keadaan. Nabi tidak akan berkata sesuatu kecuali dengan bimbingan wahyu dari Tuhan . Peristiwa Gua Hira' yang memproklamasikan Nabi saw menjadi utusan Tuhan merupakan detik permulaan penyebaran risalah suci ini ke muka bumi. Bermula detik tersebut Allah swt menabalkan Nabi saw sebagai pesuruhNya untuk menyampaikan Islam dengan syumul (sempurna) tanpa meninggalkan walaupun sepatah ayat dan huruf yang diturunkan Allah.( Ballighu anni walau aayat).
Kejadian Tsunami Dalam Al Quran
Akal manusia selalu melihat sesuatu secara logika atau berdasarkan pemikiran terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku. Orang sukar mempercayai fenomena yang berlaku tanpa bukti yang meyakinkan sedangkan alam ghaib itu tidak dapat dicerna oleh minda sekalipun kita mempunyai kekuatan ilmu dan pengajian hingga keperingkat sarjana . Ilmu yang tidak dibaringi dengan keyakinan tidak akan dapat mengenal Tuhan secara imani. Peristiwa Nabi Nuh AS membuat kapal dengan perintah Tuhan mungkin sukar dipercayai secara akli bagi mereka yang goyah pegangan akidahnya.
Gambar: Kejadian tsunami Jepun bukti kekuasaan Allah .
Kejadian Tsunami besar dalam sejarah dunia pada zaman Nabi Nuh As benar-benar berlaku setelah 'Tannur" (permukaan bumi yang memancarkan air - Huud : 40) pecah dan langit terbuka pintu seluas-luasnya menurunkan hujan yang tidak berhenti sehingga menenggelamkan bumi mengorbankan umat manusia termasuk isteri dan anak kandung baginda sendiri. Allah SWT menyelamatkan orang-orang beriman bersama Nuh dalam bahteranya. Peristiwa tsunami zaman Nabi Nuh As merupakan balasan dan laknat Allah kepada kaum Nuh yang ingkar, mempersendamainkan seruan Nabinya dan mencabar supaya diturunkan azab .
Sumber video you tube
Tsunami Jepun
Nuh Memanggil Anaknya
Mengikut Al Quran, bahtera Nuh As belayar membelah gelombang besar menggunung dengan penuh aman membawa orang beriman dan pasangan haiwan (jantan- betina) sambil Nuh memanggil manggil anaknya " Hai anak ku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu bersama orang kafir HUUD: 42) . Anaknya menjawab "Aku akan mencari tempat perlindungan ke gunung yang dapat menyelamatkan aku dari air bah". Nuh berkata tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah saja yang Maha Penyayang. Gelombang menjadi penghalang antara mereka dan Nuh melihat anaknya bernama Qana'an tenggelam dalam pusaran gelombang yang sungguh dahsyat itu. . Allah memerintahkan Bumi menyedut air dan langit berhenti hujan sehingga kapal Nabi Nuh As berlabuh di Bukit Judi. Setengah riwayat mengatakan bahawa Bukit Bersejarah ini terletak di Turki manakala dalam beberapa riwayat lain bukit ini berada di Jordan dan Lebanon . Sebagai seorang ayah Nabi Nuh tetap menyayangi anaknya lalu baginda berdoa merayu kepada Allah tentang nasib anaknya. Allah menjawab sesungguhnya dia bukan termasuk dalam kalangan keluargamu.
Tamsil dan Pengajaran
Bah besar benar-benar terjadi di zaman Nabi Nuh As menenggelamkan bumi.
Janji Allah benar dan pasti berlaku mengikut kehendakNYa
Para Nabi paling banyak menerima ujian daripada Allah Swt
Kaum yang ingkar menerima balasan segera
Allah swt menyatakan anaknya (yang ditenggelamkan) bukan dalam kalangan ahli keluarga Nuh As .
wallahu'alam . 23/1/12 al fakir che yahya hj che soh.Tamsil dan Pengajaran
Bah besar benar-benar terjadi di zaman Nabi Nuh As menenggelamkan bumi.
Janji Allah benar dan pasti berlaku mengikut kehendakNYa
Para Nabi paling banyak menerima ujian daripada Allah Swt
Kaum yang ingkar menerima balasan segera
Allah swt menyatakan anaknya (yang ditenggelamkan) bukan dalam kalangan ahli keluarga Nuh As .
No comments:
Post a Comment