Thursday, January 26, 2012

Mesyuarat MPSM WPKL 26 Jan 2012

Pn Hajah Shamsiah Bte Ahmad YDP MPSMWP Kuala Lumpur merangkap Pengetua Cemerlang SMK COCHRANE Kuala Lumpur

Mesyuarat Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSMWPKL) yang ke - 6 berlangsung hari ini di SMK Sungai Besi Kuala Lumpur dengan dihadiri sebahagian besar Ahli Jawatan Kuasa bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan. Tepat jam 10.00 pagi Pengerusi Pn Shamsiah Ahmad yang juga YDP MPSM memulakan mesyuarat dengan membaca ummul kitab , Al Fatihah. Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada dua orang orang AJK yang telah mendapat kenaikan pangkat ke Gred DG54 Pengetua Cemerlang iaitu Hj Jawahir Mondakir dan Hajah Norizan Mohd Akhir dan beberapa orang pengetua Wilayah Persekutuan .Semoga dengan pelantikan tersebut menjadi pemangkin kepada kemajuan pendidikan anak-anak .

Agenda perbincangan berkisar kepada persiapan persidangan MPSM Peringkat Kebangsaan yang dijangka pada 23-25 Februari atau 1-3 Mac nanti di Pekan Pahang. Mesyuarat diberi maklum YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Ab Razak bersetuju untuk menjadi tetamu kehormat MPSM pada kali ini. Kehadiran PM sangat bermakna bagi ahli MPSM dan seluruh warga guru untuk mengetahui dan mendengar sendiri perkembangan terbaharu mengenai proses transformasi pendidikan negara yang dilaksanakan.

Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah berkenaan persiapan menyambut Hari Guru (HG) Peringkat Wilayah Persekutuan yang mana MPSM telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Sambutan, Protokol dan Penajaan. Selain itu MPSM telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah kepada kursus XPLUS yang mempunyai fokus kepada kecemerlangan pendidikan negara.

MPSM juga telah dipertanggungjawabkan untuk berbengkel membincangkan Skim Gaji SBPA dan Skim Gaji SSM ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati dalam pelaksanaan skim baru ini . Hasil dan rumusan akan diserahkan kepada pihak CUEPAC untuk tindakan selanjutnya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 16.30petang.





1 comment:

  1. Banyak sekolah akan adakan AGM PIBG pada 25/2/2012. Susahlah kalau Pengetua tidak ada. Kalau boleh, Puan usahakan untuk buat minggu berikutnya.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...