Friday, January 20, 2012

Unta Menangis Di Jabal Rahmah

Kenangan semasa mengerjakan Ibadah Haji sungguh meruntun hati. Tanyalah kepada siapa sahaja yang pernah berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah pasti terkenangkan bumi yang penuh keberkatan ini. Perasaan rindu menghimbau kenangan menggamit perasaan setiap jemaah membuatkan mereka sentiasa terbayangkan Kaabah , Sai, Tawaf dan bersolat di Masjidil Haram yang penuh ketenangan dan keberkatan. Mengerjakan ibadat di Tanah Haram mempunyai keistimewaan yang telah dijanjikan Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda dan memperolehi ketenangan jiwa yang didambakan setiap manusia.

Unta menangis di Jabal Rahmah

Peristiwa yang masih terkenang dalam ingatan semasa mengerjakan ibadah Haji lalu (1432H) ialah semasa menziarahi Bukit Rahmah (Jabbal Rahmah) bersama para jemaah KT 86. Tuan punya unta berebut-rebut menawarkan khidmat menaiki unta kepada para jemaah yang menziarah Jabbal Rahmah. Unta-unta yang dihiasi cantik dan berwarna warni menjadi tarikan pengunjung terutama kepada kanak-kanak.


Wajah seekor unta bergenang air mata di Jabal Rahmah .
Gambar internet

Saya terpandang seekor unta dengan penuh sayu kedua-dua kelopak matanya digenangi air mata apabila saya secara tidak sengaja membaca sepotong ayat Allah dalam surah AL GHAASYIYAH( Hari Pembalasan) ayat 17 "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan " . Mungkinkah unta mengerti dan memahami ayat tersebut atau secara kebetulan ? Unta menjadi kenderaan utama masyarakat Arab sejak berkurun membawa barang dagangan dan keperluan harian. Unta juga menjadi kenderaan utama Nabi Saw dan para sahabat semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah dan seluruh jazirah Arab dalam menjalankan misi dakwah mengembangkan Islam.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...