Saturday, January 28, 2012

Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

29/01/2012 11:26am

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA

Utusan Online 29/1/2012

Friday, January 27, 2012

Warna pagi

Setiap pagi InsyaAllah saya ke Masjid/Surau berdekatan rumah untuk memimpin solat Fajar. Kehadiran jemaah yang ramai menunjukan sesebuah mukim atau taman perumahan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Allah menurunkan rahmatNya keatas penduduk dan masyarakat kerana mereka menegakan syiar yang dituntut oleh Islam. Warna pagi dipenuhi pengisian tazkirah dan wacana ilmiah oleh para mubaligh menyampaikan risalah Tuhan dan pesan Nabi SAW menjadi penawar penyembuh jiwa kepada mereka yang sedang berusaha melakukan anjakan paradigma melaksanakan transformasi diri menjadi muslim sejati sepertimana ikrar dan baiah yang kita lafazkan semasa solat "Sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam " .

Baiah Kepada Tuhan

Setiap Muslim berbaiah dengan Allah sebanyak lima kali sehari semalam. Berbaiah bermakna berjanji dan bersumpah setia bahawa seluruh kehidupan dan kematian hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya . Keredhaan Tuhan akan diperolehi bilamana manusia mengikut perintah dan suruhanNya dengan ikhlas dalam setiap perbuatan dan tindakan . Hamba yang ikhlas akan melaksanakan perintah Tuhan dengan penuh jujur dan rasa tanggungjawab dalam setiap keadaan dan suasana tanpa mengira kedudukan dan jawatan. Mereka tidak saja membina hubungan yang baik dengan Pencipta malah sesama manusia, menyantuni haiwan dan tumbuhan sebagai ekosistem kehidupan di bumi supaya tetap terpelihara untuk menjamin kesinambungan dan kelestarian generasi kemudian . Mereka takut dengan kemurkaan Allah dan balasan yang bakal diterima bila kembali mengadap Illahi. Bagi orang yang benar-benar insaf bahawa kematian itu pasti datang tanpa berita ia akan bersedia menunaikan setiap perintah Tuhan dengan sebaik mungkin. Ruang dan peluang yang masih ada diisi dengan melaksanakan perbuatan makruf dan menghindarkan diri dari terjebak dengan kemungkaran . Selagi nadi masih berdenyut, jantung bekerja mengepam darah keseluruh tubuh, paru paru masih berfungsi menerima oksigen dan sistem saraf pusat (CNS) masih mampu menghantarkan impuls kesetiap organ tubuh merupakan nikmat yang paling besar kepada manusia untuk melakukan mahasabah diri (self assessment) sebelum tibanya noktah kehidupan .Bila ajal tiba, hubungan dengan dunia terputus dan tidak ada yang dapat menolong kita kecuali tiga perkara iaitu ; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh . Apakah ketiga -tiga perkara tersebut telah kita miliki ? Segala kegiatan hidup manusia selama di dunia akan diperlihatkan walaupun sebesar zarah samada baik atau sebaliknya. Jika hati tergerak untuk berbuat kebaikan jangan tangguh, lakukan segera kerana disana nanti telah menunggu segala kebaikan dan amalan.

Solat Benteng Iman

Rukun Islam yang kedua ialah solat. Fardhu solat diwajibkan kepada orang Islam yang mukallaf (akil baligh) dan sempurna akal (tidak gila) . Islam yang didatangkan oleh Allah SWT mempunyai tata hukum yang sempurna (kamil) kepada manusia baik secara individu, berumahtangga, bermasyarakat dan bernegara. Islam datang membawa keselamatan dan kesejahteraan hidup melalui kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada Tuhan dalam beribadah seperti solat, puasa, zakat dan Haji . Solat menjadi benteng iman menghadapi kemungkaran kerana " Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran" . Solat yang bagaimana dapat menjadi pendinding daripada perkara tersebut? Tentunya solat yang berkualiti mampu membangun spiritual dan jasmaniah manusia menjadi insan terpuji . Orang yang sempurna solatnya sentiasa memelihara diri dari sebarang unsur kemungkaran.

Rumusan

Tujuan Allah mencipta manusia untuk beribadah kepadaNya dalam semua keadaan dan suasana.
Sebagai hamba manusia wajib akur dengan hukum Allah
Redha Allah menjadi KPI dalam kehidupan manusia
Janji Allah adalah benar dan berjumpa denganNya pasti berlaku.

Wallahua'lam Al fakir Che yahya Hj Che Soh

28 January 2012 | Last updated at 08:03AM

Razali dies

FORMER Selangor player Razali Alias, 51, died at the Selayang Hospital yesterday due to Hepatitis B.

RAZALI ALIAS

RAZALI ALIAS Al Fatihah.

Razali, a midfielder who was in the Selangor side that won the Malaysia Cup in 1982, 1984 and 1986, will be buried at the Bukit Cerakah Muslim Cemetery in Puncak Alam, Shah Alam today.

Razali's son Mohd Raqib, 26, said his father -- who was admitted a week ago, died at 2.25pm yesterday.

"During a medical check up, the doctor had confirmed that my father's kidneys had failed," he said when contacted.

Razali played alongside the likes of Mokhtar Dahari, R. Arumugam and Zainal Abidin Hassan during his Selangor career.

Razali's remains were brought to his house at 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam. Bernama

New Straits Time :28 January 2012

SBPA: CUEPACS tetap 5 perkara

PULAU PINANG 27 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak lima perkara diberikan perhatian utama oleh pasukan petugas khas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Lima perkara itu adalah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji kakitangan Gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan kakitangan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan kakitangan yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, kesemua perkara itu telah dimaklumkan semasa mesyuarat pertama petugas khas mengkaji SBPA pada Rabu lalu.

Menurutnya, beliau juga mahu tiga lagi pemimpin kanan CUEPACS dibawa masuk ke dalam mesyuarat kedua pasukan petugas khas tersebut akan datang.

"Kalau saya seorang sahaja dalam mesyuarat berkenaan, saya akan tarik diri.

"Saya mohon empat pemimpin CUEPACS mesti berada dalam pasukan itu iaitu Presiden, timbalannya, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberi jaminan semakan semula skim SBPA yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.

Pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya.

CUEPACS sebelum ini mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang didakwa tidak adil terhadap mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Omar memberitahu, beliau juga kesal apabila dimaklumkan terdapat segelintir kakitangan awam sudah pun menerima gaji berdasarkan skim SBPA.

"Sepatutnya semasa SBPA disemak, pelaksanaannya ditangguhkan termasuk pembayaran gaji. Kita tidak mahu pasukan petugas khas ini hanya ditubuhkan bagi menyedapkan hati CUEPACS," ujarnya.

Utusan Online Sabtu 28/1/2012

Thursday, January 26, 2012

Jumlah calon lulus STAM merosot


Naimah Ishak mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STAM pada sidang media di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 26 Jan. - Seramai 3,996 atau 60.7 peratus daripada 6,584 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM ) 2011 berjaya memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Naimah Ishak berkata, jumlah tersebut menurun berbanding 4,138 calon memperoleh sijil pada 2010.

Katanya, calon yang gagal memperoleh sijil turut bertambah seramai 189 calon atau 2.6 peratus iaitu 2,588 berbanding 2,399 calon pada 2010.

“Jumlah yang mendapat sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) menurun iaitu seramai 326 berbanding 413 orang, manakala jumlah calon yang gagal pula meningkat kepada 2,588 bagi tahun lalu berbanding 2,399 pada 2010.

“Selain itu, jumlah yang mendapat keputusan pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan Jayyid (baik) juga menurun iaitu masing-masing 529 dan 1,602 calon berbanding 804 dan 1,961 calon pada 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STAM 2011 di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Naimah berkata, jumlah calon yang mendapat gred Mumtaz (cemerlang) untuk semua 10 mata pelajaran yang diduduki bagi STAM 2011 adalah sebanyak 53 calon berbanding hanya 50 calon pada 2010.

“Jumlah calon yang mendapat keputusan semua Rasib (gagal) pula meningkat kepada 249 calon berbanding hanya 131 calon pada 2010 iaitu peningkatan sebanyak 1.77 peratus.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan pencapaian calon-calon STAM ini menunjukkan peningkatan dari segi nilai Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 3.23 pada 2010 kepada 3.19,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas prestasi mata pelajaran STAM 2011, Naimah berkata, sebanyak enam mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratusan calon yang lulus berbanding 2010.

“Subjek Fiqh dan Balaghah mencatatkan peningkatan kelulusan calon masing-masing sebanyak 0.3 peratus, Hadith dan Mustolah serta Insya’ dan Mutala‘ah pula masing-masing meningkat kepada 0.5 peratus dan 0.4 peratus berbanding tahun 2010.

“Manakala, bagi mata pelajaran Tafsir dan Ulumuhu serta Arudh dan Qafiyah mencatatkan peningkatan kelulusan masing-masing sebanyak 1.2 peratus dan satu peratus berbanding 2010,” katanya.

Sementara itu, ditanya faktor penurunan calon yang mendapat pangkat lulus dan peningkatan calon gagal, katanya, pihaknya akan membuat siasatan lanjut mengenai perkara tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan faktor pelajar sendiri yang tidak mampu menguasai bahasa Arab dengan baik.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, calon yang gagal (Rasib) dalam STAM dan ingin memperbaiki semula keputusan mereka boleh berbuat demikian dalam tempoh tiga tahun.

Utusan Online 27/1/2012

Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM

27/01/2012 3:15pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. — BERNAMA

Utusan Online 27/1/2012

Mesyuarat MPSM WPKL 26 Jan 2012

Pn Hajah Shamsiah Bte Ahmad YDP MPSMWP Kuala Lumpur merangkap Pengetua Cemerlang SMK COCHRANE Kuala Lumpur

Mesyuarat Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSMWPKL) yang ke - 6 berlangsung hari ini di SMK Sungai Besi Kuala Lumpur dengan dihadiri sebahagian besar Ahli Jawatan Kuasa bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan. Tepat jam 10.00 pagi Pengerusi Pn Shamsiah Ahmad yang juga YDP MPSM memulakan mesyuarat dengan membaca ummul kitab , Al Fatihah. Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada dua orang orang AJK yang telah mendapat kenaikan pangkat ke Gred DG54 Pengetua Cemerlang iaitu Hj Jawahir Mondakir dan Hajah Norizan Mohd Akhir dan beberapa orang pengetua Wilayah Persekutuan .Semoga dengan pelantikan tersebut menjadi pemangkin kepada kemajuan pendidikan anak-anak .

Agenda perbincangan berkisar kepada persiapan persidangan MPSM Peringkat Kebangsaan yang dijangka pada 23-25 Februari atau 1-3 Mac nanti di Pekan Pahang. Mesyuarat diberi maklum YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Ab Razak bersetuju untuk menjadi tetamu kehormat MPSM pada kali ini. Kehadiran PM sangat bermakna bagi ahli MPSM dan seluruh warga guru untuk mengetahui dan mendengar sendiri perkembangan terbaharu mengenai proses transformasi pendidikan negara yang dilaksanakan.

Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah berkenaan persiapan menyambut Hari Guru (HG) Peringkat Wilayah Persekutuan yang mana MPSM telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Sambutan, Protokol dan Penajaan. Selain itu MPSM telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah kepada kursus XPLUS yang mempunyai fokus kepada kecemerlangan pendidikan negara.

MPSM juga telah dipertanggungjawabkan untuk berbengkel membincangkan Skim Gaji SBPA dan Skim Gaji SSM ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati dalam pelaksanaan skim baru ini . Hasil dan rumusan akan diserahkan kepada pihak CUEPAC untuk tindakan selanjutnya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 16.30petang.





Tuesday, January 24, 2012

Up to 60 feared dead in Papua New Guinea landslide

lanslide

People walk over a landslide and on a road in Nogoli yesterday. The landslide swept through two villages in Papua New Guinea on Tuesday, covering much of the settlements in mud. -- Reuters photo

PORT MORESBY: As many as 60 people are feared dead after a massive landslide wiped out an entire village in a scene of “utter devastation” in Papua New Guinea, reports and aid workers said today.
The disaster struck near a huge ExxonMobil liquefied natural gas project in the country’s rugged southern highlands on Tuesday as people slept, leaving a trail of destruction.
PNG media said 40 bodies had been recovered and another 20 people were still missing.
The director of PNG’s National Disaster Centre, Martin Mosi, said it appeared lives had been lost but he could not verify how many.
“The numbers are fluctuating and they need to be verified, but yes, there could very well be casualties,” he told AFP.
Staff from his office were en route via helicopter and he said once they were on the ground, he would have a clearer picture.
“It was a big landslide and it covered a big area where there used to be small hamlets, so we are expecting a number of deaths,” Mosi added.
The Pacific nation’s Prime Minister Peter O’Neill was also rushing to the scene, near Tari.
“He has just left and will have a look at the landslide area and see what assistance is needed,” an official in his office said Wednesday morning.
Nanduka Yandi, an aid worker for US-based NGO Population Services International, was at the scene of the landslide soon after it happened on Tuesday and said many people were killed, with few escaping the carnage.
“It was really huge. It covered 42 houses and only three or four people managed to escape. Everyone else died,” he told AFP by telephone.
“It is quite remote and yesterday there was hardly anyone here to dig out the bodies or help people. People lost their entire families. They are in shock.” He described the scene as “utter devastation”. “Tonnes of mud and huge stones came down. It destroyed the whole area.” He recounted how one guest house owner was not in his home at the time and returned to find his wife, children and mother and father all missing.
Yandi said it had been raining in the area at the time, although some locals quoted by the media claimed the landslide was caused by blasting at a nearby quarry.
An aerial shot of the disaster showed mud and other debris extending for at least one kilometre (half a mile) across a forested area.
A spokeswoman for ExxonMobil said all its personnel were accounted for and it was in close contact with the Natural Disaster Centre.
“We have closed down work in the surrounding area,” she said.
ExxonMobil’s A$16 billion (US$16.8 billion) LNG project is due to begin production in 2014 and will see PNG’s natural gas sold across Asia for the next 30 years.
Local MP Francis Potape told the Australian Broadcasting Corporation he feared there could be further landslides as the area was still very unstable.
“We could still see rocks still coming down in front of our eyes and we could also see water trapped in the mountainside rushing out,” he said.
ABC said the main road in the area had been cut in half, hindering rescue workers’ attempts to reach the scene. -- AFP

Source :New Straits Time 25 January 2012

ARKIB : 23/01/2012
0

Sejarah Sekolah Integriti

SEKOLAH Integriti telah ditubuhkan pada April 2008 secara kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Sekolah Integriti ini beroperasi di enam buah penjara mengikut zon seperti berikut;

i. Sekolah Integriti Kluang [Penjara Kluang, Johor] - Zon Selatan

ii. Sekolah Integriti Kajang [Penjara Kajang, Selangor] - Zon Tengah

iii. Sekolah Integriti Marang [Penjara Marang, Terengganu] - Zon Timur

iv. Sekolah Integriti Sungai Petani [Penjara Sungai Petani, Kedah] - Zon Utara

v. Sekolah Integriti Puncak Borneo [Penjara Kuching, Sarawak] - Zon Sarawak

vi. Sekolah Integriti Kota Kinabalu [Penjara Kota Kinabalu, Sabah]- Zon Sabah

Terdapat juga dua buah Sekolah Henry Gurney yang berada di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia iaitu Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

Kedua-dua buah sekolah telah beropreasi sejak tahun 1950-an lagi.

Kesemua sekolah ini telah didaftarkan sebagai sekolah kerajaan pada Januari 2011.

Kesemua sekolah ini menjalankan aktiviti seperti mana sekolah kawalan penuh Kementerian Pelajaran dan membenarkan setiap pelajar yang berdaftar di sekolah ini untuk menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber :Utusan Online 25/1/2012

Memerhati Gelagat Pengguna Jalan Raya

Hari ini 24 Januari 2012 semua lebuh raya (motor way) mula sesak dengan kenderaan yang bertali arus menuju ke destinasi masing-masing setelah bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina . Seawal jam 12 tengahari tadi kenderaan menuju kearah selatan kelihatan bertambah banyak. Berlaku kemalangan dekat R dan R Seremban membabitkan tiga buah kenderaan menyebabkan kesesakan hampir 2 kilometer. Saya bersama isteri dalam perjalanan ke Alor Gajah menghantar anak di UITM Lendu sempat memerhati gelagat sesetengah pengguna jalan raya yang kurang sabar dan sangat mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan keselamatan orang lain . Keadaan seperti ini berlaku setiap musim perayaan atau cuti umum.



Monday, January 23, 2012

Fail, Fair, Good, Great, Excellent, Glory and Happiness

Fail, Fair, Good, Great, Excellent, Glory and Happiness will shape our life everyday. People with a positive thinking will encourage their mindset to make a difference in life. They want to change their personal image , struggle in work from fail to fair, fair to good and great to excellent to achieve glory and happiness. Mengapa saya mengungkapkan kata kata tersebut ? Tujuannya untuk menyedarkan diri saya dan guru-guru serta pelajar yang sedang bertungkus lumus mentelaah pelajaran untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Peranan Pengetua

Pengetua ialah orang yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pendidikan sekolah. Sebagai pemimpin instruksional , tugas pengetua memastikan pencapaian akademik pelajar sentiasa melepasi tahap dan piawaian yang ditetapkan. Pengetua perlu bijak merangka strategi dan matlamat untuk mencemerlangkan organisasi. Kecemerlangan yang didambakan bukan saja kemajuan akademik semata-mata tetapi yang paling dominan menjadikan sekolahnya sebuah institusi yang disegani masyarakat dalam segala bidang. Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada kepimpinannya (Leadership). Organisasi yang dulunya malap (fail) memerlukan seorang pemimpin yang berkarismatik, berwibawa, berilmu dan mempunyai visi untuk membawa perubahan. Ketua yang baik tetapi tegas disegani pengikutnya. Seorang Ketua yang berintegriti menjamin warganya bekerja dengan penuh tanggungjawab dan beramanah. Tidak dinafikan walau bagaimana baik sekali pun seseorang pemimpin itu mengurus organisasinya, namun tidak semua orang boleh menerima kepimpinannya kerana manusia itu mempunyai pelbagai persepsi dan kehendak yang berbeza. Justeru sebagai ketua kita perlu laksanakan tugas dan tanggungjawab seoptimal mungkin tanpa memikirkan sebarang prasangka dan prejudis yang boleh merencatkan organisasi ( organization retardation) kerana "The main objectives of teaching is to transfer knowledge to the students and to develop their character with a various skill and competence to achieve human capital. This is our task. School as a formal body is responsible to fulfill the student needs to shape and nurturing their life."

narrated by csyahya 24012012 -enhancing mind

Sunday, January 22, 2012

Kejadian Tsunami Dalam Al Quran

Kitab suci Al Quran sarat dengan peristiwa dan kisah benar yang dirakamkan Allah SWT untuk menjadi petunjuk dan panduan kepada umat manusia. Kebenaran dan keaslian Al Quran tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun baik dalam kalangan orang Islam mau pun bukan Islam. Allah datangkan wahyuNya ke muka bumi melalui Nabi Muhammad SAW kira-kira 1433H untuk menanamkan Akidah dan kepercayaan yang hakiki (Tauhid) bahawa Tuhan yang sebenarnya berhak disembah ialah Allah yang menjadikan langit, bumi, gunung -ganang, sungai dan lautan.


Gambar : Sumber internet

Bukti konkrit bagi siapa yang cuba mencari , menggali, menyelidik, menganalisa menggunakan taakul minda dengan rasional pasti akan menemui Tuhannya. Oleh kerana Rasulullah saw membawa ajaran Islam yang langsung diterima dari Allah swt , beliau dimusuhi, dizalimi, ditindas, dicerca, dimaki hamun malah disakiti hingga terpaksa mempertaruhkan nyawanya mempertahankan Islam walaupun penduduk Mekkah mengetahui dan mengenali baginda seorang yang jujur sehingga digelar AL AMIN. Pada peringkat awalnya Nabi saw menyebarkan kalimah Tauhid kepada keluarga terdekat beliau. Orang pertama yang beriman kepada Allah ialah isteri baginda Sayidatina Siti Khadijah binti Khuwailid, diikuti oleh Ali bin Abi Thalib dan beberapa sahabat terdekat.

Al Quran Penawar Duka

Kehebatan Al Quran terbukti sebagai penawar duka, penyembuh segala penyakit kerana didalamnya penuh dengan mutiara (Luk Luk) dan khazanah ilmu yang sangat mahal sehingga menjadi penghibur kepada Nabi dan para sahabat dikala mereka menghadapi mehnah dan ujian daripada kaumnya. Nur Al Quran menjadi penyuluh kehidupan Baginda dalam setiap keadaan. Nabi tidak akan berkata sesuatu kecuali dengan bimbingan wahyu dari Tuhan . Peristiwa Gua Hira' yang memproklamasikan Nabi saw menjadi utusan Tuhan merupakan detik permulaan penyebaran risalah suci ini ke muka bumi. Bermula detik tersebut Allah swt menabalkan Nabi saw sebagai pesuruhNya untuk menyampaikan Islam dengan syumul (sempurna) tanpa meninggalkan walaupun sepatah ayat dan huruf yang diturunkan Allah.( Ballighu anni walau aayat).

Kejadian Tsunami Dalam Al Quran

Akal manusia selalu melihat sesuatu secara logika atau berdasarkan pemikiran terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku. Orang sukar mempercayai fenomena yang berlaku tanpa bukti yang meyakinkan sedangkan alam ghaib itu tidak dapat dicerna oleh minda sekalipun kita mempunyai kekuatan ilmu dan pengajian hingga keperingkat sarjana . Ilmu yang tidak dibaringi dengan keyakinan tidak akan dapat mengenal Tuhan secara imani. Peristiwa Nabi Nuh AS membuat kapal dengan perintah Tuhan mungkin sukar dipercayai secara akli bagi mereka yang goyah pegangan akidahnya.

Gambar: Kejadian tsunami Jepun bukti kekuasaan Allah .

Kejadian Tsunami besar dalam sejarah dunia pada zaman Nabi Nuh As benar-benar berlaku setelah 'Tannur" (permukaan bumi yang memancarkan air - Huud : 40) pecah dan langit terbuka pintu seluas-luasnya menurunkan hujan yang tidak berhenti sehingga menenggelamkan bumi mengorbankan umat manusia termasuk isteri dan anak kandung baginda sendiri. Allah SWT menyelamatkan orang-orang beriman bersama Nuh dalam bahteranya. Peristiwa tsunami zaman Nabi Nuh As merupakan balasan dan laknat Allah kepada kaum Nuh yang ingkar, mempersendamainkan seruan Nabinya dan mencabar supaya diturunkan azab .






Sumber video you tube
Tsunami Jepun


Nuh Memanggil Anaknya



Mengikut Al Quran, bahtera Nuh As belayar membelah gelombang besar menggunung dengan penuh aman membawa orang beriman dan pasangan haiwan (jantan- betina) sambil Nuh memanggil manggil anaknya " Hai anak ku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu bersama orang kafir HUUD: 42) . Anaknya menjawab "Aku akan mencari tempat perlindungan ke gunung yang dapat menyelamatkan aku dari air bah". Nuh berkata tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah saja yang Maha Penyayang. Gelombang menjadi penghalang antara mereka dan Nuh melihat anaknya bernama Qana'an tenggelam dalam pusaran gelombang yang sungguh dahsyat itu. . Allah memerintahkan Bumi menyedut air dan langit berhenti hujan sehingga kapal Nabi Nuh As berlabuh di Bukit Judi. Setengah riwayat mengatakan bahawa Bukit Bersejarah ini terletak di Turki manakala dalam beberapa riwayat lain  bukit ini berada di Jordan dan Lebanon .  Sebagai seorang ayah Nabi Nuh tetap menyayangi anaknya lalu baginda berdoa merayu kepada Allah tentang nasib anaknya. Allah menjawab sesungguhnya dia bukan termasuk dalam kalangan keluargamu.

Tamsil dan Pengajaran

Bah besar benar-benar terjadi di zaman Nabi Nuh As menenggelamkan bumi.
Janji Allah benar dan pasti berlaku mengikut kehendakNYa
Para Nabi paling banyak menerima ujian daripada Allah Swt
Kaum yang ingkar menerima balasan segera
Allah swt menyatakan anaknya (yang ditenggelamkan) bukan dalam kalangan ahli keluarga Nuh As .

wallahu'alam . 23/1/12 al fakir che yahya hj che soh.


Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...