Monday, October 4, 2010

Mencari Ketenangan

Bait dalam lagu YAYADAN " Carilah Ketenangan di Sepertiga Malam " dendangan Sharifah Aini menjadi pendorong kepada setiap insan yang tercari-cari erti ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan hidup yang Tuhan pinjamkan sementara ini. Alunan suara merdu, lunak, terang dan jelas setiap patah sebutan ala arab tak jemu didengar. Itulah kelebihan suara yang Allah anugerahkan kepada nya yang sukar ditandingi hingga kini. Ketenangan dan kebahagiaan sesuatu yang sangat didambakan oleh setiap manusia untuk mendepani cabaran hidup masa kini. Berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan manusia untuk mencari ketenangan hidup,namun ianya sangat mahal dan sukar diperolehi . Lihat saja dalam realiti dunia sekarang, berapa banyak orang yang memiliki kekayaan harta benda, wang yang banyak kehidupan serba mewah namun hidupnya resah gelisah,jiwa kosong dan cemas setiap masa. Mengapa semua ini boleh terjadi ? Jawapannya ada dalam diri manusia sendiri. Manusia melihat dirinya adalah segala-galanya tanpa merasakan ia adalah sebahagian dari makhluk Tuhan yang menghuni Bumi. Jika ia diberi kuasa ia melihat kuasa itu adalah mutlak miliknya tanpa bersandarkan kepada Tuhan yang memberikan pinjaman kepadanya. Lalu dengan kuasa ia melihat kesempatan untuk mendapatkan kekayaan dengan cepat dan mudah Bagi orang yang sentiasa memerhati, meneliti dan membuat muhasabah diri (self assessment) tentang kejadian Tuhan di alam ini pasti merasa kagum dan terpegun dengan kebesaran Allah. Contohnya kejadian Angin. Mata manusia tidak mampu melihat angin secara fizikal tetapi yakin kewujudan angin apabila melihat pokok bergoyang dan ombak yang menghempas pantai. Justeru bagi mencari ketenangan yang hakiki munajatlah kepada Allah dikala sepi menjelang dinihari kerana doa insan ketika itu sangat dekat dengan Tuhan. Allah mencipta manusia melalui lima fasa kehidupan iatu : Alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzah dan alam akhirat.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...