Majlis graduasi tahun ini sangat meriah dengan kehadiran para ibubapa diluar jangkaan turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu. Majlis tersebut bermula pada jam 9.30 pagi dirasmikan oleh Timbalan Pengarah , Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat Pn Hajah Hanim bt Ibrahim mewakili Pengarah. Pengetua , dalam ucapannya menyentuh tentang perkembangan pelajaran dan sahsiah para pelajar SMKDK . Berikut ialah teks ucapan penuh Pengetua :
Che'Yahya Che'Soh.
Che'Yahya Che'Soh.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
1. ASSALAMUALAIKUM WR WBKTH.
YBHG PN HJH HANIM BT IBRAHIM, TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN, PEJABAT PELAJARAN WILAYAH KERAMAT , KUALA LUMPUR.
YBRS EN MOHD ZAHRI BIN AB RAHIM YDP PIBG SERTA AJK, GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU KANAN, GURU-GURU, PARA IBU BAPA SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN SEKALIAN.
2. BERSYUKUR KE HADHRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERHIMPUN DI DEWAN INI UNTUK BERSAMA-SAMA MERAIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5 SMK DANAU KOTA SESI 2010. SYABAS DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA AJK PELAKSANA YANG BERPADU TENAGA BAGI MEREALISASIKAN KELANCARAN MAJLIS YANG KITA LAKSANAKAN UNTUK KALI KEDUA INI.
3. BAGI PIHAK SEKOLAH SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN ATAS KESUDIAN PUAN TIMBALAN PENGARAH HADIR MERASMIKAN MAJLIS YANG SANGAT BERMAKNA BUAT SELURUH WARGA SEKOLAH TERUTAMA SEKALI KEPADA GRADUAN DAN GRADUANITA KAMI YANG AKAN MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN MEREKA PADA TAHUN INI .
4. YBHG. PUAN HAJAH, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
SMK DANAU KOTA TERLETAK DI TENGAH-TENGAH KAWASAN PERUMAHAN BERKEPADATAN TINGGI TERDIRI DARIPADA PENGHUNI KONDOMINIUM DAN PANGSAPURI YANG DIBANGUNKAN OLEH PIHAK SWASTA PLATINUM VICTORY SDN BHD . POPULASI PELAJAR SEHINGGA INI (OKTOBER) SERAMAI 1677 ORANG (SESI PAGI DAN PETANG) DENGAN KOMPOSISI KAUM MENGIKUT PECAHAN IALAH ; MELAYU 50% , CINA 40% DAN INDIA 10% . KITA JUGA MEMPUNYAI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN DENGAN BILANGAN PELAJAR SERAMAI 128 ORANG. PADA TAHUN 2011 PERTAMBAHAN PELAJAR AKAN MENINGKAT KEPADA 2080 BERDASARKAN ABM YANG DILULUSKAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN JABATAN. BILANGAN GURU PULA SERAMAI 124 ORANG , STAF BUKAN GURU 15 ORANG DAN PEKERJA PEMBERSIHAN 6 ORANG .
5. YBHG PUAN TIMBALAN , TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.
SAYA KEMUKAKAN PERANGKAAN INI BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI BERSAMA DENGAN HADIRIN BETAPA PADATNYA POPULASI PELAJAR SEKOLAH INI MENJELANG 2011 YANG TENTUNYA MEMERLUKAN JALINAN KERJASAMA DAN PARTISIPASI BERSEPADU SEMUA PIHAK BAGI MENJAMIN PENTADBIRAN ORGANISASI SEKOLAH TERUTAMA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERJALAN DENGAN SEMPURNA.
6. SEBAGAI PENGETUA SAYA BERSAMA PARA PENTADBIR DAN GURU-GURU SENTIASA MEMIKIRKAN KAEDAH TERBAIK MERANGKA PERANCANGAN STRATEGIk JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG BERDASARKAN VISI DAN MISI BAGI MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR SENTIASA CEMERLANG MENGGUNAKAN ANALISIS SWOT UNTUK MENGENALPASTI KELEMAHAN, KEKUATAN, PELUANG DAN ANCAMAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH. BERDASARKAN ANALISIS TERSEBUT KITA TELAH MEMPERKENALKAN PROGRAM PEMBESTARIAN PMR DAN SPM DENGAN MEMBERI FOKUS KEPADA AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEPERTI ; PROGRAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU, MEMPERTINGKATKAN BAHASA INGGERIS, PROGRAM GERAK GEMPUR, PROGRAM MUTIARA HATI, HARI BERSAMA IBU BAPA, TEKNIK MENJAWAB SOALAN DAN KEM MUTIARA HATI. HASIL DARIPADA PELAKSANAAN PELBAGAI AKTIVITI TERSEBUT TERBUKTI PENCAPAIAN PELAJAR YANG MENDAPAT SEMUA A DALAM PMR TAHUN 2009 MENINGKAT KEPADA 9 ORANG BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA HANYA 5 ORANG. DEMIKIAN JUGA DENGAN PRESTASI SPM MENINGKAT DARI SEGI PERATUS LULUS SETIAP MATA PELAJARAN IAITU ; BIOLOGI 100% , FIZIK 100%, PEND. SENI VISUAL 100% ,BAHASA CINA 100% , KIMIA 97.5 % DAN BM 82.5 % . GRED PURATA SEKOLAH JUGA NAIK DARI 6.16 KEPADA 5.72 TAHUN 2009 MENINGKAT SEBANYAK 0.44. SAYA YAKIN DENGAN GABUNGAN TENAGA DAN KEPAKARAN YANG DIMILIKI SETIAP GURU INSYAALLAH KITA DAPAT MEREALISASIKAN VISI MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2013.
7. PUAN TIMBALAN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BARU LALU, SERAMAI 7 ORANG CALON MENDAPAT 9A , 4 ORANG 8A, 4 ORANG 7A, 11 ORANG 6A, DAN 9 ORANG 5 A. JIKA PENCAPAIAN INI DAPAT DIJADIKAN KAYU UKUR (BENCHMARK) DALAM PEPERIKSAAN SEBENAR SPM NANTI INSYAALLAH KITA DAPAT MERANGKUL KECEMERLANGAN . TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PELAJAR . SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA GURU GURU YANG BERHEMPAS PULAS MEMASTIKAN KEJAYAAN PELAJAR . JUSTERU SAYA INGIN BERPESAN MANFAATKANLAH RUANG DAN PELUANG YANG MASIH TERSISA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN DENGAN BAIK KERANA ;
Research shown that we will forget 70% within an hour and 84% within 48 hours. People learn and memorize information using a variety of learning styles. Learning styles means: How we concentrate, process and remember new and difficult information. Hearing, seeing, reading, writing, illustration and first hand experience. BE A HERO, DONT LOOK BEHIND, SHOW YOUR TALLENT, PROVE YOU’RE ABILITY, BE THE BEST AND DO IT SUCCESSFULLY. YOUR SUCCESS IS OUR HAPPINESS.
8. HADIRIN SEKALIAN.
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI UNGGUL DIPENGARUHI OLEH SIKAP DAN POLA PEMIKIRAN ANGGOTANYA YANG MEMATUHI PERATURAN DAN ARAHAN PERKHIDMATAN YANG DITETAPKAN KERAJAAN. SAYA BERSYUKUR KERANA MENDAPAT KERJASAMA PADU SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH TERMASUK PETUGAS KEBERSIHAN (CLEANER AND GARDENER) YANG SANGGUP MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK DAN SEMPURNA WALAU PUN SEMASA KETIADAAN PENGETUA.
9. HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
BAGI MENJAMIN IKLIM SEKOLAH SENTIASA TERKAWAL, KAMI SEDANG MERANGKA PROGRAM KEMASYARAKATAN UNTUK MEMBENTUK JAWATANKUASA KOMUNITI PENDIDIKAN YANG DIANGGOTAI OLEH PIHAK DBKL,PDRM, AADK, BADAN NGO, PIBG, KAUNSELOR SEKOLAH, GURU DISIPLIN, PIHAK PEMAJU DAN KOMUNITI SETEMPAT UNTUK MENANGANI SALAH LAKU DALAM KALANGAN PELAJAR MENJURUS KE ARAH SIFAR MASALAH SOSIAL.
10. PIHAK SEKOLAH BERASA SANGAT BERUNTUNG KERANA MEMPUNYAI BARISAN KEPIMPINAN PIBG YANG PRIHATIN DENGAN PEMBANGUNAN PRASARANA SEKOLAH. SUMBANGAN PIBG SEBANYAK LEBIH RM18,000 MEMBELI PERABOT KERUSI DAN MEJA MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN PELAJAR. KITA BERHARAP JALINAN AKRAB SEPERTI INI AKAN TETAP UTUH UNTUK KESINAMBUNGAN DAN KELESTARIAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA DI DAERAH INI .
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALLAMUALAIKUM WR.WBRTH.
GRADUASI 291010
No comments:
Post a Comment