Friday, September 2, 2016

Antara perhambaan dan pengorbanan

Islam rahmatan lil alamin menjadi simbol keagungan alam sejagat. Kesejahteraan bagi seluruh kehidupan. Sebuah Deen yang datang daripada Tuhan bukannya rekaan insan. Makna Islam ialah selamat dan sejahtera. Masuk lah ke dalam Islam secara keseluruhan jangan hanya sekadar di pinggiran. Allah Swt tidak akan menerima cara hidup dan isma isma pemikiran selain dari Islam kerana sesungguhnya bertentangan dengan fitrah kejadian insan sebagai makhluk terbaik ciptaan Tuhan. Terima lah peraturan dan hukum Tuhan dengan penuh perhambaan tanpa bantahan untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Mencari sakinah di dunia dan sakinah di sana. Dunia ialah jambatan menuju akhirat. Berbuat baik semasa hayat di kandung badan dengan penuh perhambaan kepada Tuhan, balasannya pasti kelihatan walau pun sebesar zarah kebaikan di lakukan, demikian sebaliknya.

Antara perhambaan dan pengorbanan menjadi ujian bagi setiap insan sejak ia di lahirkan ke muka alam. Perhambaan hanya kepada Tuhan Pemilik Semesta Alam bukannya sesama insan yang sama taraf kejadian. Namun realiti yang berlaku dalam kehidupan perhambaan tetap berlaku sehingga Allah datangkan Islam sebagai furqan untuk menyelamatkan umat manusia. Tidak ada perbezaan sesama hamba di sisi Tuhan kecuali manusia yang dangkal iman sahaja yang membezakan kedudukan. Indahnya Islam kerana meletakan kedudukan manusia sama taraf kecuali bagi mereka yang beriman dan bertaqwa mendapat tempat yang istimewa di sisi Tuhan. Antara Arab dan Ajam tiada perbezaan kecuali taqwa.

Pengorbanan pula ialah mentaati setiap perintah Tuhan kendati pun bertentangan dengan kehendak dan keinginan. Pengorbanan berkait rapat dengan keimanan. Iman ialah meyakini dengan sebulat hati segala perintah Tuhan yang terkandung dalam Rukun Iman yang menjadi teras seseorang Muslim. Iman berpusat di hati terhunjam kukuh dalam jiwa sehingga sebati dengan tindakan dan perbuatan manusia. Justeru mempertahankan iman lah Baginda Nabi Saw terpaksa meninggalkan bumi kelahirannya Makkah Al Mukarramah menuju Madinah Al Munawarrah. Pengorbanan Baginda bersama para sahabat membawa risalah Tuhan menjadi mercu tanda keagungan Islam ke seluruh alam.

Perhambaan Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran khalilullah sangat termasyhur dalam sirah. Baginda seorang Nabi yang sangat penyantun dan mudah tersentuh dengan segala perintah yang turun dari langit. Al Qur'an menyebutnya Awwahummunib. Kisah Baginda sangat menarik untuk di ikuti kerana penuh dengan rasa perhambaan dan pengorbanan yang sungguh menggetarkan jiwa. Antara logika dan perintah Tuhan menjadi pertembungan dalam diri tetapi keyakinan bulat kepada Allah menjadi mercu tanda hamba yang bertaqwa . Logika akal tidak dapat menerima perbuatan Nabi Ibrahim yang bertentangan dengan prinsip kemanusiaan tetapi ujian Allah itu sangat berat untuk menilai keimanan Baginda. Natijahnya ialah kepasrahan total kepada Allah lalu di balas dengan ganjaran istimewa kepada Baginda berdua. Bagaimana mungkin anak kesayangan yang di tinggalkan bersama ibu di tanah tandus kegersangan bila dewasa akan di korbankan?  Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail AS melaksanakan perhambaan dan pengorbanan dengan penuh keyakinan semata mata mentaati perintah Tuhan. Akhirnya Allah Swt mengurniakan balasan yang sangat besar kepada baginda berdua sehingga ibadah qurban sangat di galakkan dalam Islam untuk menzahirkan  ketaqwaan kepada Tuhan.

csyahya victory
Sat 3 September 2016

Iman adalah mutiara

Kumpulan nasyid Raihan terkenal dengan lagu Iman adalah mutiara meninggalkan kesan mendalam kepada penggemar muzik berunsur ketuhanan. Iman tidak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Demikian indahnya lirik terdapat dalam lagu tersebut yang di nyanyikan oleh Nazri dengan penuh penghayatan. Memang benar iman tidak di warisi kepada anak walau pun ayahnya bertaqwa. Sejarah kehadiran para Nabi dan Rasul ke muka bumi membawa iman iaitu mengajak manusia menyembah Allah. Kisah kisah yang kita baca dalam Al Qur'an Al Kareem sejak zaman Nabi Adam AS para utusan Tuhan membawa tauhid, mengenal Allah Swt Pencipta alam sarwajagat yang berhak di sembah namun tidak semua ajakan para Nabi di ikuti malah kebanyakan mereka di musuhi keluarga dan pengikutnya.

Sejarah dakwah Nabi Nuh AS penuh dengan kepedihan. Beratus ratus tahun Baginda menyeru kaumnya beriman bukan saja mereka tidak mengindahkan malah menjauhi diri daripada Baginda.  Kisah Baginda membuat kapal dengan panduan Malaikat atas wahyu Allah sebagai persiapan menghadapi banjir besar Nabi Nuh AS di ejek dan di tertawakan  oleh kaumnya namun Baginda tetap tabah meneruskan pembinaan kapal sehingga siap. Apabila tiba hari yang di janjikan perut bumi yang di namakan "Tannur" memancarkan air dan pintu langit terbuka seluas luasnya mencurahkan hujan tidak berhenti henti selama beberapa hari menyebabkan berlakunya banjir besar yang menenggelamkan permukaan bumi. Dengan perintah Allah berlayarlah kapal nabi Noh As menempuh gelombang dengan membawa bersama orang orang beriman dan pasangan haiwan jantan betina. Bismillahi majriiha wamursaha innarabbi laghafurru rahim. Di saat bahtera membelah gelombang Baginda terlihat anaknya tenggelam timbul lalu menyeru wahai anak ku mari lah bersama ku jangan kamu ikut orang orang kafir. Anaknya menjawab aku akan mencari perlindungan di atas bukit untuk menyelamatkan diri. Nabi Noh bersabda sesungguhnya pada hari ini tiada siapa yang terlepas kecuali dengan rahmat Allah. Lalu tenggelam lah anak kesayangan di bawa arus mengganas di depan mata Baginda. Kisah ini sangat menarik betapa iman itu sebenarnya tidak dapat di warisi hatta anak seorang Nabi Allah sendiri.

Mutiara Safa Marwa

Meneliti dan menghayati kisah perjalanan sirah para Anbia menemukan kita dengan peristiwa yang paling agung dalam sejarah seperti yang di ungkapkan Al Qur'an mengenai ketulusan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail AS mempertahan iman. Mutiara Safa dan Marwa mewarnai perjalanan yang sangat istimewa bagi insan semulia Nabi Ismail AS dalam peristiwa Qurban. Di saat ayahnya menceritakan mimpi untuk mengorbankan dirinya Nabi Ismail AS menjawab wahai ayahanda jika itu perintah Allah laksanakan lah InsyaAllah aku termasuk orang yang sabar.
Demikian hebatnya mutiara iman yang terhunjam kukuh dalam hati kendatipun terpaksa berdepan dengan mati. Baginda dua beranak sebenarnya adalah mutiara yang sangat berharga dalam mempertahankan iman sehingga Allah menggantikan pengorbanan ini dengan seekor qibash dari syurga. Demikian hebat ujian Tuhan kepada hambaNya yang bertaqwa.

Wallahua'lam
csyahya victory
JUMAAT 2 September 2016.

Wednesday, August 31, 2016

Between war and hunger

The 21 century is known as a global world. The globalization is a new era of human civilization where technology is taking place in all human sectors. The world become smaller and shrinking because of many factors. Global warming, earthquake, tsunami, worsen flood, strong wind,land slide is part of the natural process of the universe. The world map may not be accurate due to earth diameter movements and slowly decreasing from year to year. The global phenomenon happen because of human activities to fulfilling their needs.

At another point several part of the world today  are not peaceful and really not secure to the people. The people of Syria live in critical, struggling hard between war and hunger everyday. They have no meaningful in life like others. Between life and death enforce them to migrate as refugees to other countries. They are force to leave their country to sacrifice good life. Many civilians and innocents were killed under Basyar regime. They do not have enough food and water supply to survive their life. They live in a small tend  without proper facilities. Can we imagine how difficult they face the critical situation, suffering for the whole life. This is a modern world where people claim Human right is part of humanity consciousness. Indeed this is too cruel to the young and elderly people. Most children live in undernourished and surely every night they go to sleep with hunger and thirsty. That is the real panorama of human suffering in Syria. Who will take care for their future?

Why an innocent people should get the fate like this? Where are the world leaders ? What are actually they want?  Who can stop the war ? Why it's happen to the middle east country? History was recorded, Iraq and Libya totally damaged and both leaders Saddam Hussein and Muamar Gadaffi were killed. Iraq after Saddam and Libya without Muammar Gadaffi was not much change, the country still not stable and people are struggling hard to survive for good life. Who will responsible to re build these countries after it was totally destroyed?

The people of Palestine

Palestinians also in critical to survive their land since 1948. The war between Palestine and Israel never ending causing many death especially the young and elderly man and women. The Arab countries can't do much to help our brothers and sisters in Palestine. The Islamic Organization Conference  @ OIC just wait and see without taking any possible action to overcome the conflicts effectively.

 Palestine is part of  Arab peninsula situated closely to Egypt, Jordan and Syria but ironically the Jews claimed the land are theirs. History was recorded, the immigrants from several places in Europe migrated to Palestine to build  an illegal settlements, but in the end they conquer the whole land and declared Palestine is their country. Everyday and every night they are afraid to sleep because of bom threat to destroy their home. Where are humanity and where are solidarity to the poor? It is really sad when Palestinians were not allowed to enter the Masjid Al Aqsa to perform their duty to Allah. O Allah protect every single Palestinian from Israel cruelty and free Al Aqsa from their siege. Aamin.
Love our wonderful world with peace and harmony.
csyahya victory
Principal (R) 
Thursday 1 September 2016.




Monday, August 29, 2016

Antara tanggungjawab dan risiko

Sorotan kejadian kemalangan yang mengakibatkan kecederaan dan kematian sering berlaku di sekolah . Beberapa bulan lalu seorang pelajar meninggal di hempap tiang gol semasa di sekolah dan terkini peristiwa malang berlaku pula di sebuah sekolah di Putrajaya, pelajar PT3 terjatuh dari tingkat tiga kerana dikatakan menolong kawan mengambil beg . Belum lagi kes kes salahlaku lain seperti buli, peras ugut dan pergaduhan sehingga mengakibatkan kecederaan serius berlaku dalam kalangan pelajar yang tidak di laporkan dalam media. Peranan guru dan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak anak di rumah dan di sekolah. Era teknologi memungkinkan setiap peristiwa berlaku cepat menjadi viral dalam fb, whatsApp dan telegram sehingga menjejaskan reputasi sekolah dan Kementerian Pendidikan.

 Semuanya itu menuntut kerjasama dan kepekaan setiap lapisan masyarakat untuk menjamin keselamatan pelajar tetap terjaga. Kita tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik peristiwa berlaku yang jelas insiden seperti ini mengundang banyak masalah kepada pihak sekolah. Pastinya Pengetua dan seluruh warga sekolah terlalu sedih dengan peristiwa berlaku. Apa lagi ibu bapa pelajar terbabit pastinya teramat sukar menerima berita kematian yang mengejutkan. Paginya sempat bersalaman dengan anak kesayangan siangnya menerima berita pemergian. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan dan kesilapan dan ditempatkan bersama orang orang beriman.

Kebanyakan akhbar melaporkan kejadian tersebut di muka depan dengan paparan bangunan sekolah dan gambar mangsa yang berperwatakan baik dan kacak. Takziah kepada keluarga semoga tabah menghadapi musibah dan ujian Tuhan ini.
Dalam pada itu Menteri Pendidikan Datuk Mahazir Khalid berkata reka bentuk bangunan sekolah akan di kaji semula bagi memastikan tidak berlaku insiden yang tidak di ingini.

Tanggungjawab sekolah

Antara tanggungjawab dan risiko meletakan pengetua dalam keadaan selalu cemas. Kes kes seperti ini memang tidak di jangka tetapi benar benar terjadi. Tugas dan tanggungjawab sekolah memang berat terpaksa berdepan dengan berbagai isu , hanya mereka yang cekal, sabar kuat mental dan fizikal sahaja mampu menangani masalah yang berlaku. Antara tanggungjawab dan menanggung risiko, itu lah tugas pengetua. Pastinya pihak sekolah terpaksa berdepan dengan berbagai persoalan yang datang dari segenap penjuru terutama ibu bapa, Kementerian, Jabatan Pendidikan dan pihak Polis yang akan turun menyiasat ke sekolah. Bagi mereka yang tidak pernah berada di sekolah walau pun dia juga seorang guru kerana lama bertugas di KPM, JPN dan PPD mungkin tidak memahami budaya dan ragam pelajar apa lagi populasinya mencapai ribuan orang. Tugas Pengetua sangat mencabar untuk memastikan keselamatan ketenteraman dan keharmonian warga sekolah. Semua mata dan telinga tertumpu kepada sekolah bila berlaku kemalangan. Berbagai andaian di buat tentang guru dan pengurusan sekolah. Cukup lah saya mengatakan Pengetua dan pengurusan sekolah mengambil 100% tanggungjawab melaksanakan tugas dengan penuh jujur dan amanah.

Reka bentuk sekolah

PIBG Kebangsaan mencadangkan reka bentuk sekolah di kaji semula untuk mengelakkan berulangnya peristiwa seperti ini pada masa akan datang. Bangunan yang bagaimana di kira selamat, mungkin tidak bertingkat atau selapis sahaja tetapi keperluan tanah di Kuala Lumpur sangat terhad untuk pembinaan sekolah. Barang kali kaedah yang paling selamat dengan memastikan semua bangunan sekolah di reka bentuk seperti jabatan kerajaan lain sepenuhnya berhawa dingin dengan tingkap berkunci sepanjang pdp berlangsung.

Semoga peristiwa malang tidak lagi berulang di sekolah sekolah kita.

csyahya victory
Rabu 31 August, 2016.


Monday, August 22, 2016

Pentaksiran Pengetua dan Guru Besar

Institut Aminuddin Baki IAB telah melaksanakan kursus pentaksiran kepada bakal Pengetua dan Guru Besar bertujuan memilih calon calon yang benar benar berpotensi untuk di lantik sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. Mulai tahun 2014 Kursus Profesional Kepengetuaan atau sinonim dengan Nasional Professional Qualification for Education Leaders @ NPQEL telah di wajibkan sebagai pra syarat untuk menjadi Pengetua atau Guru Besar.

Calon calon yang layak perlu mengisi borang permohononan secara online dengan sokongan Ketua Jabatan masing masing. Bagi mereka yang memegang jawatan Guru Kanan atau Pegawai pegawai KPM, JPN dan PPD Gred DG 48 adalah layak memohon mengikuti kursus di IAB.

Calon calon yang memenuhi kriteria akan di panggil menjalani pentaksiran untuk di temuduga oleh Panel yang di lantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri sebelum di terima mengikuti kursus NPQEL di IAB. Sebelum ini calon calon di temuduga setelah mereka tamat menjalani kursus selama 6 bulan di IAB . Bagaimana pun IAB sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada calon calon bagi memudahkan mereka mengikuti kursus. Jawatan yang di tinggalkan selama berada di kampus IAB tidak terjejas, sebaik selesai kursus mereka kembali ke sekolah atau pejabat masing masing.

Kaedah pentaksiran

Calon calon yang telah di terima akan menjalani pentaksiran secara temuduga berkumpulan biasanya antara 5-6 orang, temuduga secara individu dan pemeriksaan modul atau tugasan calon. Semasa temuduga berkumpulan, panel akan meminta salah seorang ahli memilih soalan dalam sampul surat yang di sediakan dan memberi kepada panel untuk di edarkan kepada calon calon. Mereka di minta membaca soalan secara senyap selama lima minit dan sebaik tamat loceng akan di bunyikan. Ahli ahli dalam kumpulan bebas memberikan pandangan berdasarkan soalan. Calon calon di larang sama sekali menconteng atau membuat lakaran pada kertas soalan. Pentaksir mendengar dengan teliti setiap hujah yang di sampaikan dan mencatat dalam borang score setiap calon. Pentaksir tidak perlu mencelah atau memberi sebarang komen semasa sesi perbincangan calon calon. Sebaik selesai tempoh selama setengah jam, loceng di bunyikan. Calon calon di minta berhenti berbincang dan mereka di beri masa lima minit untuk membuat rumusan dalam kertas yang di sediakan.

 Calon calon akan meninggalkan bilik untuk persiapan temu duga secara individu pula. Panel akan memanggil calon calon berdasarkan urutan nama dalam borang yang di sediakan. Peruntukan masa untuk temuduga individu tidak terhad bergantung kepada budi bicara panel dan kualiti calon.
Panel tidak boleh memandu calon dalam masa temuduga. Pertanyaan Panel juga tidak boleh tersasar dari format yang ditetapkan dalam modul.

Panel akan menilai berdasarkan standard atau rubrik yang di sediakan mengikut skala yang di tetapkan. Lazimnya calon akan di beri task untuk di analisis berdasarkan kehendak soalan. Kemahiran menganalisis dan memahami data sangat membantu kompetensi calon.

Tahap kompetensi

Panel akan bersidang setelah selesai temuduga untuk memilih calon calon yang layak melepasi tahap kompetensi sebelum di cadangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia @ BPSM Kementerian Pendidikan untuk di perakukan. Keputusan panel adalah muktamad.

Semoga bermanfaat
csyahya victory
Pengetua ( B )
Smk Sinar Bintang
SEGAMBUT, Park City
Kuala Lumpur.
Sel 23 August 2016



Sekolah Tiada Pengetua

Beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kosong tanpa pengisian ekoran persaraan Pengetua. Sekolah sekolah tersebut ialah SMK Sinar Bintang Segambut, SMK Bukit Maluri, SMK Segambut, SMK Raja Ali dan beberapa buah lagi di Zon Bangsar Pudu yang masih belum di isi. Kekosongan yang agak lama pastinya memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi. Pastinya tugas dan tanggungjawab jawab di tanggung oleh PK Pentadbiran dan Kurikulum sebelum pengisian perjawatan Pengetua di laksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Sekolah sekolah yang telah ketiadaan Pengetua di Pudu Bangsar setakat yang saya maklum ialah SMK Victoria, SMK Dato Onn Jalan San Peng dan dalam waktu dekat seorang lagi rakan Pengetua yang akan bersara iaitu Pengetua SMK Taman Connaught Pn Siti Zarinah pada 26 Ogos 2016.

Kita mengharapkan KPM dapat menyegerakan penempatan Pengetua bagi meringankan tugas dan tanggungjawab PK T/ A mengurus dan mentadbir sekolah.

csyahya victory
Isnin 22 Ogos, 2016.

Sunday, August 21, 2016

Antara Realiti dan Ilusi

Sudah sekian lama blog victory tidak terisi dengan tulisan dan koleksi pengalaman sebagai seorang penjawat awam yang sebelum ini padat dengan kerja kerja pengurusan dan pentadbiran memaju organisasi menjadi sebuah institusi yang berintegriti.

Penulisan merupakan hasil pembacaan, nuansa pemikiran dan olahan pengalaman seseorang selama berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia pekerjaan seperti bidang pendidikan untuk membentuk dan membangun modal insan berketrampilan. 

Pendidikan menjadi agenda utama dalam mana mana negara di dunia kerana kemajuan dan pembangunan bangsa di ukur melalui kadar celek huruf rakyatnya. Kemajuan negara di tandai dengan kualiti pendidikan bangsanya. Negara negara maju memberi perhatian serius dalam pembangunan pendidikan seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura .

Pembangunan minda dan sahsiah rakyat berkait rapat dengan kemajuan pendidikan. Justeru penyediaan pra sarana untuk pembangunan industri pendidikan perlu di beri keutamaan. Sekolah sekolah di seluruh negara terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu di lengkapkan dengan infrastruktur yang sempurna untuk keutuhan pembangunan pendidikan jangka panjang.

Sistem pendidikan kita bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memenuhi matlamat menghasilkan modal insan berwibawa.

Falsafah ini cukup mantap untuk di jadikan wahana hala tuju pendidikan negara. Sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada kesungguhan dan komitmen kita semua. Gabungan unsur unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek menjadi kerangka kekuatan ilmu untuk melahirkan intelektual berdaya maju secara holistik. Namun ralatnya dari segi pelaksanaan tidak mampu memenuhi impian FPK kerana terlalu banyak halangan yang di terima oleh peringkat pelaksana di sekolah.

Guru guru hanya menerima modul yang terkandung dalam sillabus dan kurikulum yang di rangka oleh pegawai pegawai di Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan.  Mereka mengajar berdasarkan materi yang telah di tentukan dalam sukatan pelajaran.

Sukatan pelajaran mesti di habiskan sebelum peperiksaan akhir tahun berlangsung, jika tidak akan di tegur Nazir dan pihak berwenang di Kementerian, JPN dan PPD. Antara mengejar sukatan dan teguran pihak atasan menjadi  paradok kepada guru untuk meneruskan pedagogi di bilik darjah. Tidak terlepas dengan PdP di bilik darjah, guru guru terikat dengan tugas tugas lain seperti ko kurikulum , badan beruniform , kelab , persatuan  bagi memenuhi agenda negara 1 murid 1 sukan selain terpaksa menghadiri mesyuarat di Jabatan dan PPD yang memerlukan tumpuan minda dan kecergasan fizikal .

Matlamat pendidikan

Mercu tanda kemajuan organisasi di warnai dengan pengisian  visi dan misi dalam rangka melaksanakan transformasi bagi memenuhi matlamat pendidikan menghasilkan figura berintegriti untuk kesinambungan generasi.

Oleh kerana itu peranan pemimpin selaku pengurus organisasi mempunyai impak yang sangat besar untuk menentukan kejayaan atau kemeruduman sesebuah institusi. Peratus kejayaan organisasi terletak kepada gaya kepimpinan seseorang ketua. Jatuh bangun sesebuah institusi juga turut di warnai oleh karekter pemimpin.

Dalam konteks pengurusan sekolah, peranan Pengetua atau Guru Besar menjadi faktor dominan kejayaan pelajar. Pengetua atau Guru Besar yang mesra pelajar, mesra guru, mesra kakitangan tetapi tegas pastinya budaya organisasi turut berobah demikian juga sebaliknya.

Pengalaman membuktikan seseorang ketua yang baik dan bertanggungjawab menjaga kebajikan bawahannya pasti di senangi kerana mereka berasa selesa bekerja tanpa tekanan kendati pun banyak tugasan yang perlu di selesaikan. Konsekuensinya pencapaian dan produktiviti organisasi meningkat dalam skala yang memberangsangkan.

Kepimpinan ialah suatu seni yang perlu di miliki oleh seseorang ketua untuk mempengaruhi pengikutnya bersama sama berpartisipasi memajukan organisasi. Berbagai jenis teori pengurusan di tulis oleh para ahli tetapi tidak semua kaedah yang di perkenalkan dapat di laksanakan dengan berkesan di sekolah atau organisasi. Budaya sesebuah organisasi tidak sama, justeru seseorang pemimpin perlu mengambil pendekatan berhemah dengan mengkaji, memerhati, menganalisis secara teliti sebelum melaksanakan visinya.

Mengurus sumber manusia sememangnya terlalu sukar kerana kepelbagaian ragam dan latar belakang namun selaku pemimpin yang berwibawa, mereka mempunyai pendekatan tersendiri menangani tingkah laku dalam organisasi.

Pemilihan Pengetua dan Guru Besar untuk memimpin sekolah perlu di lakukan secara teliti bagi menjamin kualiti pendidikan. Pemimpin yang berkualiti pastinya mempunyai wawasan yang jelas untuk memajukan organisasi menjadi sebuah institusi yang di segani.

Ilmu dan kemahiran menjadi syarat dalam kepimpinan sebagai asas untuk mengurus sesebuah organisasi. Kecekapan mengurus dan mentadbir organisasi juga ditentukan oleh pengalaman disamping memiliki ilmu dan kemahiran.

Kebijaksanaan seseorang pemimpin menangani isu isu yang berlaku menjadi indikator kecemerlangan sesebuah organisasi. Adunan ilmu, kemahiran,pengalaman dan kecekapan menjadikan seseorang ketua itu bertindak secara bijaksana dalam merungkaikan sebarang masalah yang berlaku dalam organisasi.

Rumusan

Antara realiti dan ilusi bergantung kepada kekuatan organisasi

Keikhlasan pimpinan menjadi simbol kekuatan organisasi

Kecemerlangan organisasi pasti menjadi realiti jika pemimpin mencintai institusi sepenuh hati.

Organisasi akan hancur jika pemimpin tidak jujur.

Organisasi pasti cemerlang jika sumber manusia di manfaatkan sebaik mungkin sebagai sebuah keluarga besar untuk sama sama memikul tanggungjawab membangun institusi yang di segani.

csyahya victory
Pengetua ( B )
Isnin 22 August 2016.


Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...