Monday, August 22, 2016

Pentaksiran Pengetua dan Guru Besar

Institut Aminuddin Baki IAB telah melaksanakan kursus pentaksiran kepada bakal Pengetua dan Guru Besar bertujuan memilih calon calon yang benar benar berpotensi untuk di lantik sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. Mulai tahun 2014 Kursus Profesional Kepengetuaan atau sinonim dengan Nasional Professional Qualification for Education Leaders @ NPQEL telah di wajibkan sebagai pra syarat untuk menjadi Pengetua atau Guru Besar.

Calon calon yang layak perlu mengisi borang permohononan secara online dengan sokongan Ketua Jabatan masing masing. Bagi mereka yang memegang jawatan Guru Kanan atau Pegawai pegawai KPM, JPN dan PPD Gred DG 48 adalah layak memohon mengikuti kursus di IAB.

Calon calon yang memenuhi kriteria akan di panggil menjalani pentaksiran untuk di temuduga oleh Panel yang di lantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri sebelum di terima mengikuti kursus NPQEL di IAB. Sebelum ini calon calon di temuduga setelah mereka tamat menjalani kursus selama 6 bulan di IAB . Bagaimana pun IAB sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada calon calon bagi memudahkan mereka mengikuti kursus. Jawatan yang di tinggalkan selama berada di kampus IAB tidak terjejas, sebaik selesai kursus mereka kembali ke sekolah atau pejabat masing masing.

Kaedah pentaksiran

Calon calon yang telah di terima akan menjalani pentaksiran secara temuduga berkumpulan biasanya antara 5-6 orang, temuduga secara individu dan pemeriksaan modul atau tugasan calon. Semasa temuduga berkumpulan, panel akan meminta salah seorang ahli memilih soalan dalam sampul surat yang di sediakan dan memberi kepada panel untuk di edarkan kepada calon calon. Mereka di minta membaca soalan secara senyap selama lima minit dan sebaik tamat loceng akan di bunyikan. Ahli ahli dalam kumpulan bebas memberikan pandangan berdasarkan soalan. Calon calon di larang sama sekali menconteng atau membuat lakaran pada kertas soalan. Pentaksir mendengar dengan teliti setiap hujah yang di sampaikan dan mencatat dalam borang score setiap calon. Pentaksir tidak perlu mencelah atau memberi sebarang komen semasa sesi perbincangan calon calon. Sebaik selesai tempoh selama setengah jam, loceng di bunyikan. Calon calon di minta berhenti berbincang dan mereka di beri masa lima minit untuk membuat rumusan dalam kertas yang di sediakan.

 Calon calon akan meninggalkan bilik untuk persiapan temu duga secara individu pula. Panel akan memanggil calon calon berdasarkan urutan nama dalam borang yang di sediakan. Peruntukan masa untuk temuduga individu tidak terhad bergantung kepada budi bicara panel dan kualiti calon.
Panel tidak boleh memandu calon dalam masa temuduga. Pertanyaan Panel juga tidak boleh tersasar dari format yang ditetapkan dalam modul.

Panel akan menilai berdasarkan standard atau rubrik yang di sediakan mengikut skala yang di tetapkan. Lazimnya calon akan di beri task untuk di analisis berdasarkan kehendak soalan. Kemahiran menganalisis dan memahami data sangat membantu kompetensi calon.

Tahap kompetensi

Panel akan bersidang setelah selesai temuduga untuk memilih calon calon yang layak melepasi tahap kompetensi sebelum di cadangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia @ BPSM Kementerian Pendidikan untuk di perakukan. Keputusan panel adalah muktamad.

Semoga bermanfaat
csyahya victory
Pengetua ( B )
Smk Sinar Bintang
SEGAMBUT, Park City
Kuala Lumpur.
Sel 23 August 2016



2 comments:

  1. Terima kasih atas pencerahan pentaksiran PGB Tn. hj.
    Saya akan berusaha untuk berjaya dalam pentaksiran tahun 2017 dan berharap diberi peluang untuk perlantikan sebagai seorang pengetua yang cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pn Pauline.Saya doakan kejayaan puan mantan PKHEM saya SMK Sinar Bintang.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...