Monday, August 22, 2016

Sekolah Tiada Pengetua

Beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kosong tanpa pengisian ekoran persaraan Pengetua. Sekolah sekolah tersebut ialah SMK Sinar Bintang Segambut, SMK Bukit Maluri, SMK Segambut, SMK Raja Ali dan beberapa buah lagi di Zon Bangsar Pudu yang masih belum di isi. Kekosongan yang agak lama pastinya memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi. Pastinya tugas dan tanggungjawab jawab di tanggung oleh PK Pentadbiran dan Kurikulum sebelum pengisian perjawatan Pengetua di laksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Sekolah sekolah yang telah ketiadaan Pengetua di Pudu Bangsar setakat yang saya maklum ialah SMK Victoria, SMK Dato Onn Jalan San Peng dan dalam waktu dekat seorang lagi rakan Pengetua yang akan bersara iaitu Pengetua SMK Taman Connaught Pn Siti Zarinah pada 26 Ogos 2016.

Kita mengharapkan KPM dapat menyegerakan penempatan Pengetua bagi meringankan tugas dan tanggungjawab PK T/ A mengurus dan mentadbir sekolah.

csyahya victory
Isnin 22 Ogos, 2016.

3 comments:

  1. Tertarik saya dgn ulasan tuan...
    Apakah punca utama perkara ini berlaku? Adakah kerana tidak cukup barisan pelapis yg boleh diangkat menjadi pengetua? Atau ramai cikgu2 tidak berminat menjadi pengetua kerana tugasnya yg berat?
    Apa-apa pun seharusnya 'succession planning' perlu dititikberatkan oleh kementerian...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. KPM memerlukan pegawai yang benar benar berpotensi untuk di lantik sebagai PGB mereka perlu mengikuti kursus kepengetuaan @ NPQEL dan menjalani pentaksiran yang di tetapkan IAB

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...