Sudah sekian lama blog victory tidak terisi dengan tulisan dan koleksi pengalaman sebagai seorang penjawat awam yang sebelum ini padat dengan kerja kerja pengurusan dan pentadbiran memaju organisasi menjadi sebuah institusi yang berintegriti.
Penulisan merupakan hasil pembacaan, nuansa pemikiran dan olahan pengalaman seseorang selama berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia pekerjaan seperti bidang pendidikan untuk membentuk dan membangun modal insan berketrampilan.
Pendidikan menjadi agenda utama dalam mana mana negara di dunia kerana kemajuan dan pembangunan bangsa di ukur melalui kadar celek huruf rakyatnya. Kemajuan negara di tandai dengan kualiti pendidikan bangsanya. Negara negara maju memberi perhatian serius dalam pembangunan pendidikan seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura .
Pembangunan minda dan sahsiah rakyat berkait rapat dengan kemajuan pendidikan. Justeru penyediaan pra sarana untuk pembangunan industri pendidikan perlu di beri keutamaan. Sekolah sekolah di seluruh negara terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu di lengkapkan dengan infrastruktur yang sempurna untuk keutuhan pembangunan pendidikan jangka panjang.
Sistem pendidikan kita bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memenuhi matlamat menghasilkan modal insan berwibawa.
Falsafah ini cukup mantap untuk di jadikan wahana hala tuju pendidikan negara. Sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada kesungguhan dan komitmen kita semua. Gabungan unsur unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek menjadi kerangka kekuatan ilmu untuk melahirkan intelektual berdaya maju secara holistik. Namun ralatnya dari segi pelaksanaan tidak mampu memenuhi impian FPK kerana terlalu banyak halangan yang di terima oleh peringkat pelaksana di sekolah.
Guru guru hanya menerima modul yang terkandung dalam sillabus dan kurikulum yang di rangka oleh pegawai pegawai di Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan. Mereka mengajar berdasarkan materi yang telah di tentukan dalam sukatan pelajaran.
Sukatan pelajaran mesti di habiskan sebelum peperiksaan akhir tahun berlangsung, jika tidak akan di tegur Nazir dan pihak berwenang di Kementerian, JPN dan PPD. Antara mengejar sukatan dan teguran pihak atasan menjadi paradok kepada guru untuk meneruskan pedagogi di bilik darjah. Tidak terlepas dengan PdP di bilik darjah, guru guru terikat dengan tugas tugas lain seperti ko kurikulum , badan beruniform , kelab , persatuan bagi memenuhi agenda negara 1 murid 1 sukan selain terpaksa menghadiri mesyuarat di Jabatan dan PPD yang memerlukan tumpuan minda dan kecergasan fizikal .
Matlamat pendidikan
Mercu tanda kemajuan organisasi di warnai dengan pengisian visi dan misi dalam rangka melaksanakan transformasi bagi memenuhi matlamat pendidikan menghasilkan figura berintegriti untuk kesinambungan generasi.
Oleh kerana itu peranan pemimpin selaku pengurus organisasi mempunyai impak yang sangat besar untuk menentukan kejayaan atau kemeruduman sesebuah institusi. Peratus kejayaan organisasi terletak kepada gaya kepimpinan seseorang ketua. Jatuh bangun sesebuah institusi juga turut di warnai oleh karekter pemimpin.
Dalam konteks pengurusan sekolah, peranan Pengetua atau Guru Besar menjadi faktor dominan kejayaan pelajar. Pengetua atau Guru Besar yang mesra pelajar, mesra guru, mesra kakitangan tetapi tegas pastinya budaya organisasi turut berobah demikian juga sebaliknya.
Pengalaman membuktikan seseorang ketua yang baik dan bertanggungjawab menjaga kebajikan bawahannya pasti di senangi kerana mereka berasa selesa bekerja tanpa tekanan kendati pun banyak tugasan yang perlu di selesaikan. Konsekuensinya pencapaian dan produktiviti organisasi meningkat dalam skala yang memberangsangkan.
Kepimpinan ialah suatu seni yang perlu di miliki oleh seseorang ketua untuk mempengaruhi pengikutnya bersama sama berpartisipasi memajukan organisasi. Berbagai jenis teori pengurusan di tulis oleh para ahli tetapi tidak semua kaedah yang di perkenalkan dapat di laksanakan dengan berkesan di sekolah atau organisasi. Budaya sesebuah organisasi tidak sama, justeru seseorang pemimpin perlu mengambil pendekatan berhemah dengan mengkaji, memerhati, menganalisis secara teliti sebelum melaksanakan visinya.
Mengurus sumber manusia sememangnya terlalu sukar kerana kepelbagaian ragam dan latar belakang namun selaku pemimpin yang berwibawa, mereka mempunyai pendekatan tersendiri menangani tingkah laku dalam organisasi.
Pemilihan Pengetua dan Guru Besar untuk memimpin sekolah perlu di lakukan secara teliti bagi menjamin kualiti pendidikan. Pemimpin yang berkualiti pastinya mempunyai wawasan yang jelas untuk memajukan organisasi menjadi sebuah institusi yang di segani.
Ilmu dan kemahiran menjadi syarat dalam kepimpinan sebagai asas untuk mengurus sesebuah organisasi. Kecekapan mengurus dan mentadbir organisasi juga ditentukan oleh pengalaman disamping memiliki ilmu dan kemahiran.
Kebijaksanaan seseorang pemimpin menangani isu isu yang berlaku menjadi indikator kecemerlangan sesebuah organisasi. Adunan ilmu, kemahiran,pengalaman dan kecekapan menjadikan seseorang ketua itu bertindak secara bijaksana dalam merungkaikan sebarang masalah yang berlaku dalam organisasi.
Rumusan
Antara realiti dan ilusi bergantung kepada kekuatan organisasi
Keikhlasan pimpinan menjadi simbol kekuatan organisasi
Kecemerlangan organisasi pasti menjadi realiti jika pemimpin mencintai institusi sepenuh hati.
Organisasi akan hancur jika pemimpin tidak jujur.
Organisasi pasti cemerlang jika sumber manusia di manfaatkan sebaik mungkin sebagai sebuah keluarga besar untuk sama sama memikul tanggungjawab membangun institusi yang di segani.
csyahya victory
Pengetua ( B )
Isnin 22 August 2016.

No comments:
Post a Comment