Monday, August 29, 2016

Antara tanggungjawab dan risiko

Sorotan kejadian kemalangan yang mengakibatkan kecederaan dan kematian sering berlaku di sekolah . Beberapa bulan lalu seorang pelajar meninggal di hempap tiang gol semasa di sekolah dan terkini peristiwa malang berlaku pula di sebuah sekolah di Putrajaya, pelajar PT3 terjatuh dari tingkat tiga kerana dikatakan menolong kawan mengambil beg . Belum lagi kes kes salahlaku lain seperti buli, peras ugut dan pergaduhan sehingga mengakibatkan kecederaan serius berlaku dalam kalangan pelajar yang tidak di laporkan dalam media. Peranan guru dan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak anak di rumah dan di sekolah. Era teknologi memungkinkan setiap peristiwa berlaku cepat menjadi viral dalam fb, whatsApp dan telegram sehingga menjejaskan reputasi sekolah dan Kementerian Pendidikan.

 Semuanya itu menuntut kerjasama dan kepekaan setiap lapisan masyarakat untuk menjamin keselamatan pelajar tetap terjaga. Kita tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik peristiwa berlaku yang jelas insiden seperti ini mengundang banyak masalah kepada pihak sekolah. Pastinya Pengetua dan seluruh warga sekolah terlalu sedih dengan peristiwa berlaku. Apa lagi ibu bapa pelajar terbabit pastinya teramat sukar menerima berita kematian yang mengejutkan. Paginya sempat bersalaman dengan anak kesayangan siangnya menerima berita pemergian. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan dan kesilapan dan ditempatkan bersama orang orang beriman.

Kebanyakan akhbar melaporkan kejadian tersebut di muka depan dengan paparan bangunan sekolah dan gambar mangsa yang berperwatakan baik dan kacak. Takziah kepada keluarga semoga tabah menghadapi musibah dan ujian Tuhan ini.
Dalam pada itu Menteri Pendidikan Datuk Mahazir Khalid berkata reka bentuk bangunan sekolah akan di kaji semula bagi memastikan tidak berlaku insiden yang tidak di ingini.

Tanggungjawab sekolah

Antara tanggungjawab dan risiko meletakan pengetua dalam keadaan selalu cemas. Kes kes seperti ini memang tidak di jangka tetapi benar benar terjadi. Tugas dan tanggungjawab sekolah memang berat terpaksa berdepan dengan berbagai isu , hanya mereka yang cekal, sabar kuat mental dan fizikal sahaja mampu menangani masalah yang berlaku. Antara tanggungjawab dan menanggung risiko, itu lah tugas pengetua. Pastinya pihak sekolah terpaksa berdepan dengan berbagai persoalan yang datang dari segenap penjuru terutama ibu bapa, Kementerian, Jabatan Pendidikan dan pihak Polis yang akan turun menyiasat ke sekolah. Bagi mereka yang tidak pernah berada di sekolah walau pun dia juga seorang guru kerana lama bertugas di KPM, JPN dan PPD mungkin tidak memahami budaya dan ragam pelajar apa lagi populasinya mencapai ribuan orang. Tugas Pengetua sangat mencabar untuk memastikan keselamatan ketenteraman dan keharmonian warga sekolah. Semua mata dan telinga tertumpu kepada sekolah bila berlaku kemalangan. Berbagai andaian di buat tentang guru dan pengurusan sekolah. Cukup lah saya mengatakan Pengetua dan pengurusan sekolah mengambil 100% tanggungjawab melaksanakan tugas dengan penuh jujur dan amanah.

Reka bentuk sekolah

PIBG Kebangsaan mencadangkan reka bentuk sekolah di kaji semula untuk mengelakkan berulangnya peristiwa seperti ini pada masa akan datang. Bangunan yang bagaimana di kira selamat, mungkin tidak bertingkat atau selapis sahaja tetapi keperluan tanah di Kuala Lumpur sangat terhad untuk pembinaan sekolah. Barang kali kaedah yang paling selamat dengan memastikan semua bangunan sekolah di reka bentuk seperti jabatan kerajaan lain sepenuhnya berhawa dingin dengan tingkap berkunci sepanjang pdp berlangsung.

Semoga peristiwa malang tidak lagi berulang di sekolah sekolah kita.

csyahya victory
Rabu 31 August, 2016.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...