Thursday, February 8, 2018

Hidayah Milik Allah

Allah SWT mengutus para Nabi dan Rasul bertujuan membimbing dan mengajak manusia mengenal Pencipta. Awwaludin makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Proses mengenal Pencipta memerlukan ilmu dan iman. Manusia akan hanyut dalam kesesatan jika tidak beriman kepada Tuhan. Iman ialah sebuah keyakinan yang padu terhunjam kukuh di dalam dada sebagai manifestasi tujuan manusia di ciptakan. Tuhan tidak mencipta kan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya. Ilmu mengajar manusia mengenai kehidupan. Agama membawa manusia ke jalan Tuhan. Jalan yang lurus di bawa oleh para Nabi untuk menyelamatkan umatnya dari kebinasaan. Antara ilmu dan Agama saling berkait kendatipun ramai orang berilmu tetapi tidak beriman. Melalui pendidikan manusia memitperolehi ilmu dan kemahiran untuk membina kekuatan Jasmani dan keseimbangan rohani. Pendidikan ialah proses pembentukan akal budi bertunjangkan keabsahan ilmu pengetahuan seharusnya menjadi indikator kesantunan pribadi sebagai manifestasi ilmuan di segani.

Ilmu dan Agama

Ilmu @ Sains seharusnya menjadi pemangkin ke arah mengenal Tuhan jika manusia menggunakan akal mindanya secara impiri untuk mencari kebenaran. Planet bumi tempat bermukimnya manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan sejak jutaan tahun menjadi bukti kekuasaan Tuhan. Tasbih alam tidak pernah berhenti memuji Tuhan sebagai tanda ketundukkan kepada Pencipta. Dari kejauhan terdengar sayup suara bersahut sahutan Margasatwa alam memecah kesunyian hutan menambahkan rasa kagumnya dengan kebesaran Tuhan. Flora dan fauna hidup saling bergantung di antara satu sama lain untuk keseimbangan ekologi alam.  Tidak mungkin alam ini terjadi sendiri atau sering di sebut alam semula jadi melainkan dengan kehendak Ilahi. Siapa yang menanam jutaan spesis tumbuhan yang membanjari bukit dan gunung ganang? Hutan yang menjadi sumber air membawa seribu manfaat untuk kelestarian kehidupan manusia dan penghuni lainnya di bumi. Allah SWT menjadikan gunung ganang sebagai pasak bumi untuk keseimbangan ekosistem alam. Di puncak gunung terbitnya mata air dari celahan akar kayu dan batu batuan mengalir menuruni lembah membentuk air terjun yang mengkagumkan. Subhanallah.
Di permukaan bumi terdapat ribuan malah jutaan sungai yang mengalir menuju ke laut lepas. Ini membuktikan bumi ini terdiri daripada 70 peratus air hanya 30 peratus daratan. Allah lah yang menjadikan lautan luas untuk memudahkan kapal kapal belayar membawa barang dagangan keseantero dunia. Demikian juga dengan manusia yang sebahagian besar dirinya di bangunkan oleh air untuk mengekalkan suhu badan dan keseimbangan hidup. Allahu Akbar.  Manusia memanfaatkan sumber daya alam untuk mencari rezeki yang tidak pernah sirna sejak adanya bumi ini. Ribuan spesis ikan di sungai dan jutaan hidupan laut menjadi sumber pendapatan kepada manusia.

Mencari hidayah

Hidayah ialah petunjuk kebenaran yakni mencari Tuhan yang berhak di sembah.  Tuhan yang di cari ialah Pencipta manusia dan alam sarwajagat yang penuh dengan bukti dan dalil kewujudan Allah. Memang zat Allah tidak dapat di lihat dengan mata tetapi kesannya dapat di pandang dan di rasai.  Manusia tidak dapat melihat angin tetapi yakin benar adanya angin bila pokok bergoyang. Angin bertiup lembut mendamaikan dan angin juga bisa menggoncangkan lautan dengan memukul ombak menggulung hingga memusnahkan kehidupan. Lihatlah ke dalam diri dengan penuh maknawi. Diri yang dulu nya tidak pernah wujud dengan kehendak Tuhan manusia di lahir kan ke muka bumi melalui perantaraan kedua ibu bapa. Pertanyaan tentang hakikat kehidupan terus menerjah fikiran jika kita mahu mencari Tuhan. Secara biologi apabila berkahwin akan memperolehi zuriat namun berapa ramai pasangan yang tidak mempunyai anak kendatipun belasan tahun hidup bersama? Demikian sedikit analogi dalam mencari kebenaran. Hidup tanpa hidayah nescaya berada dalam kesesatan berpanjangan.  Hidayah milik Allah,para Nabi tidak di beri kelebihan untuk memaksa manusia beriman walau pun mereka mempunyai mukjizat. Jika para Nabi mempunyai hak untuk memberi hidayah kepada umat manusia nescaya semuanya akan beriman kepada Allah. Tugas mereka membawa khabar gembira dan berita menakutkan dengan azab siksaan di akhirat akibat perbuatan semasa hidup di dunia.  Perjalanan hidup manusia tidak hanya bernoktah di barzah tetapi terus menempuh beberapa alam lagi iaitu alam akhirat dan mahsyar untuk menerima pembalasan dan ganjaran Tuhan. Di saat mulut terkunci, lidah bisu, seluruh anggota badan menjadi saksi terhadap setiap perbuatan dan amalan manusia semasa dunia tidak terlepas daripada perhitungan Allah. Pasti di perlihatkan walaupun sebesar zarah kebaikan atau sebaliknya.

Di saat meninggalnya Abu Talib baginda tersangat sedih kerana bapa saudara yang di sayangi dan banyak berkorban untuk Islam gagal mengucapkan shahadah.  Walau pun Nabi Saw mampu memberikan syafaat kepada umatnya namun dalam hal Hidayah milik mutlak Allah SWT.


Return to Allah. 
Source: YouTube. 


Wallahua'lam
csyahya victory
Kul Ahad 10 Feb 2018

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...