Monday, February 12, 2018

Antara Abu Lahab dan Abu Talib

Islam datang ke muka alam sebagai rahmatan lil alamin. Rahmat Allah memenuhi jazirah bumi dengan keagungan Islam. Sejak zaman Nabi Adam Alaihissalam bumi ini terus bergantI generasi selagi dunia belum kiamat. Para Nabi bertugas menyampaikan pesanan Tuhan mengajak manusia beriman kepada Allah dengan penuh ketaqwaan. Mereka berdakwah kepada kaumnya siang dan malam selama beratus tahun namun sedikit sekali yang beriman kepada Tuhan. Kisah kaum Nabi Noah AS  mewarnai kehidupan umat manusia yang sangat degil dan keras kepala tidak mahu menerima ajakan Baginda. Anaknya Kan'an bersama isteri Baginda di hanyutkan bah besar bersama mereka yang kufur kepada Allah. Perasaan seorang ayah tidak dapat di sembunyikan lantas Nabi Noah memanggil anaknya namun tidak di endahkan.  Hai anak ku mari lah bersama ku jangan kamu ikut orang yang syirik kepada Allah.  Anaknya menjawab aku akan naik ke atas bukit mencari perlindungan namun Nabi Noah berkata tiada siapa dapat menolong kecuali mereka yang di pelihara Allah.  Lalu tenggelam lah anaknya bersama gelombang dahsyat bersama mereka yang tidak beriman kepada Tuhan.Allah SWT memerintahkan langit berhenti lah hujan dan mengarahkan bumi menelan air akhirnya  Bahtera Baginda berlabuh di bukit Judi. Rasa kasih seorang ayah tidak bernoktah lalu Baginda memohon kepada Allah menyelamatkan anaknya namun Allah tidak memperkenankan permintaan Baginda.  Hai Noah sesungguhnya anak mu bukan ahli keluarga mu kerana dia bukan seorang yang soleh. Demikian secuplik peristiwa yang di rekod Al Qur'an terhadap kaum Nabi Noah AS untuk menjadi parameter iman kepada kita.

Bapa saudara Nabi Saw

Mekah tempat lahir dan nembesarnya Baginda Nabi Saw sehingga berkahwin dengan Siti Khadijah dan di kurniakan enam orang anak.  Muhammad ibni Abdullah dari keturunan khurais yang mulia.  Datuknya Abdul Mutalib pembesar Mekah mempunyai 10 orang anak semuanya lelaki.  Ayah Nabi Saw wafat semasa baginda masih dalam kandungan ibunya Siti Aminah.  Setelah lahir baginda di besarkan oleh ibunya dan di titipkan kepada ibu susuan di luar kota Mekah.  Setelah berumur enam tahun baginda mengikut ibunya menziarahi maqam ayahnya namun takdir telah menentukan ibunda tercinta Siti Aminah wafat di Abwa pertengahan jalan antara Mekah dan Madinah. Baginda di pelihara oleh Datuknya Abdul Mutalib untuk beberapa ketika. Saling berganti tangan menjaga dan memelihara Baginda menjadi resam kehidupan .Setelah ketiadaan Abdul Mutalib,  Nabi Saw di pelihara bapa saudaranya Abu Talib yang sangat menyantuni dirinya.  Di sini lah bermula segala galanya.  Nabi ikut bersama berdagang di Syam bersama bapa saudaranya.  Sepanjang perjalanan tompokan awan kelihatan berarak memayungi Baginda hingga sampai ke tempat yang di tuju. Rombongan Abu Talib di datangi pendeta Buhaira seorang yang alim.  Beliau meminta Abu Talib segera kembali ke Mekah kerana di khuatiri akan terjadi peristiwa yang tidak di ingin terhadap Nabi Saw. Lahirnya Nabi akhir zaman di tandai dengan cap Nubuwwah di tubuh Baginda sebagai bukti kenabian.

Tentangan dakwah

Sejak kecil terkenal dengan gelaran Al Amin ertinya orang benar.  Keberadaan Nabi Saw di tengah tengah masyarakat di sambut dengan penuh hormat dan kasih sayang terutama oleh bapa saudaranya Abu Lahab. Mereka menyayangi Nabi Saw kerana mempunyai akhlak terpuji yang sukar di temui dalam kalangan penduduk Mekah. Langit tidak selalunya cerah tompokan awan hitam mula menyelimuti bumi Mekah di saat Nabi Saw menyampaikan kebenaran TUHAN.  Baginda mula di musuhi dan di sakiti oleh kaumnya. Tentangan yang di hadapi dari kalangan keluarga terdekat .Antara memilih kebenaran dan kerabat meletakkan Nabi Saw dalam keadaan yang terlalu sukar. Abu Lahab memusuhi baginda bersama Abu Jahal dan pemuka masyarakat Mekah.  Di saat Nabi menyampaikan pesanan Tuhan Abu Lahab mengatakan celaka kau Muhammad jika ini yang hendak engkau sampaikan kepada kami. Dengan segera Allah menyahut Tabbat Ya Abu Lahab.  Celaka lah kedua tangan Abu Lahab . Turunnya surah Tabbati yadaa Abi Lahab sebagai laknat Allah ke atas Abu Lahab dan isterinya.  Pastinya neraka lah tempat kediamannya.

Bulan dan matahari

Dalam mengembangkan misi kebenaran Baginda Nabi Saw bersama sahabat setia Abu Bakr As Siddiq dan mustadafin berdepan dengan berbagai tekanan sehingga mengancam nyawanya. Melihat tekanan dan kemarahan kuffar kepada seruan Nabi Saw, bapa saudaranya Abu Talib menasihati Baginda supaya berhenti menyampaikan dakwah.  Dengan penuh lembut tetapi tegas, Nabi Saw berkata " Wahai bapa saudaraku jika mereka meletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku dengan harapan supaya aku berhenti daripada menyampaikan pesan Tuhan ku atau aku mati kerananya,  nescaya aku tidak sekali kali berhenti daripada menyampaikannya". Demikian hebatnya ujian yang menimpa Baginda sehingga nyawa menjadi taruhan dalam menyampaikan misi Tuhan. Abu Lahab dan Abu Talib kedua duanya bapa saudara Nabi Saw. Abu Talib tempat menumpang kasih setelah ketiadaan datuknya Abdul Mutalib.  Antara Abu Lahab dan Abu Talib mempunyai sosok yang berbeda walau pun kedua dua tidak beriman.

Wallahua'lam
csyahya victory
Selasa 13 Feb 2018

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...