Monday, February 12, 2018

Teratak kecil



Mulai di bina oleh cgu Bahruddin Mohammad pada 17 Disember 2016 kini pondok kecil ini sudah boleh di jadikan tempat melepaskan lelah sambil beristirehat. Melihat anak anak pokok mulai tumbuh dan membesar sedikit sebanyak menjadi penyeri diri, terubat hati dengan kehijauan dan beraneka bunga menghiasi laman. 

Burung burung pagi sentiasa bernyanyi mengitari laman ini seolah olah memahami tibanya rezeki setelah melihat ku membawa kepingan roti untuk mereka. Kicauan suara sang burung menjadi terapi diri. Pondok kecil di batas kota menjadi ispirasi untuk mencari makna diri.  Pokok pokok durian selat, pisang,  durian, mangga, kelapa,  rambutan, dokong, tamar dan rambutan mula subur menghijau In sha Allah jika di panjangkan usia oleh Tuhan akan dapat mencicipi hasilnya.  Berbudi kepada tanah sedikit sebanyak membuahkan hasil. Aamin. 




csyahya victory
Isnin 12 Feb 2018.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...