Al Falah AU4 Keramat
Alhamdulillah dengan izin Allah jua kami kariah Surau Al Falah AU 4 telah melaksanakan solat sunat gerhana pada malam tadi Rabu 31 Jan 2018 setelah selesai fardhu Isya'. Solat gerhana di mulakan dengan niat "Sahaja aku solat sunat gerhana@khusuf dua rakaat makmum atau imam kerana Allah Taala". Solat ini di lakukan dengan dua kali rukuk pada setiap rakaat. Sebaik imam selesai solat, khutbah di bacakan untuk mengingatkan manusia tentang peristiwa yang berlaku.Gerhana terjadi kerana matahari dan bulan berada pada posisi garis yang sama dengan bumi. Gerhana total yang di sebut supermoon kerana jarak bulan dengan bumi terlalu dekat di perkirakan 360,000km.
Sesungguhnya planet bumi ciptaan Tuhan ini mempunyai terlalu banyak keistimewaan. Perbedaan waktu antara negara dan pergantian musim di belahan bumi menjadi indikator kekuasaan Tuhan bagi mereka yang beriman. Bumi kelihatan seperti sebuah pulau kecil di tengah samudra luas tanpa sempadan. Ketika pesawat melintasi lautan alangkah kerdilnya diri melihat kebesaran Tuhan. Kepulan awan berarak perlahan memenuhi ruang angkasa menambah rasa kagum terhadap Pencipta. Allah lah yang meniupkan angin menggerakkan awan sehingga terlihat oleh mata seolah olah terapung apung di antara langit dan bumi. Subhanallah.
Melihat fenomena gerhana baik bulan atau matahari yang berlaku saban tahun menjadi petanda kepada kita betapa alam sarwajagat ini telah semakin senja. Tanda tanda berlakunya Hari Pengakhiran semakin hampir. Setiap yang berlaku di jagatraya ini tidak terlepas daripada ilmu Allah. Memerhati dan menghayati setiap perlakuan alam melalui mata hati menimbulkan keinsafan diri terhadap kekuasaan Ilahi yang mencipta alam ini. Antara logika dan iman menjadi neraca pertimbangan mengenal hakikat kehidupan. Jika Allah mampu mencipta manusia dari tiada hingga berkembangbiak di muka bumi tidak mustahil Allah juga berkuasa membangkitkan orang yang telah mati ribuan tahun. Logika akal sukar menerima kenyataan bagaimana mungkin tulang belulang yang telah hancur boleh menyatu kembali seperti sedia kala. Antara KUN FAYAKUN Allah dengan pemikiran selapis manusia memang kontradik kecuali bagi mereka yang benar benar beriman dan bertaqwa akan menjadi hamba yang patuh dan tunduk kepada TUANnya iaitu Allah SWT dengan Sami'na Waatu'na tanpa bahas.
Setiap yang awal pasti akan berakhir. Demikian juga dengan alam ini. Kiamat pasti berlaku. Apabila bumi di goncangkan dengan goncangan yang kuat manusia berada dalam keadaan mabuk tetapi sebenarnya mereka bukan mabuk, azab Allah terlalu dahsyat sehingga ibu ibu yang menyusu gugur kandungan mereka. Manusia bertanya mengapa bumi terjadi sedemikian? Pada hari ini bumi menceritakan kisahnya. Demikian hebatnya peristiwa zalzalah yang berlaku sehingga menghancurkan kehidupan di bumi. Cukuplah bukti yang kita saksikan seperti tsunami, gempa yang memusnah dan mengorbankan ratusan ribu jiwa. Tidak akan berlaku sesuatu musibah @ bala melainkan dengan izin Allah yang kadang kala terlalu "miracle" berlaku di luar logika minda. Contoh sewaktu tsunami besar Acheh Darussallam, Masjid Agung tidak terusik oleh gelombang badai yang menyapu apa saja di depannya. Akal minda sukar menerima peristiwa tersebut tetapi iman yang terhunjam kukuh dalam dada akan mengagungkan Allah yang memiliki segala kekuasaan. Subhanallah. Semoga kita yang lagi di beri peluang oleh Allah dapat mengambil ibrah terhadap peristiwa alam yang berlaku dengan penuh keinsafan.
Wallahua'llam
csyahya victory
Jumaat 2 Feb 2018.

No comments:
Post a Comment