Sepanjang berada di Kota DarulNaim selama empat hari tiga malam, cuaca sungguh menyengit dan membahang kadang kala hingga 38 DC menyebabkan ramai orang rimas dan tidak selesa. Menurut beberapa orang kampung yang ditemui, sejak banjir besar melanda negeri ini, hujan tidak turun, jika pun ada hanya sekejap beberapa minit sahaja tidak mampu mengusir debu berterbangan.Semasa saya berada di Kampung Batu Hitam Pasir Puteh mengunjungi rumah saudara kebakaran berlaku di belakang rumahnya berdekatan sawah kemungkinan terlalu panas menyebabkan daun-daun kering bergeser sehingga kawasan tersebut terbakar. Dengan pantas Che gu Hassan bersama isterinya memadamkan api dari merebak.Teriknya panas mengundang berbagai fenomena kepada manusia terutama batuk, demam dan kekeringan air dalam badan. Menjaga pemakanan dan minuman sangat mustahak untuk mengekalkan kesihatan.Mengelak makan minum di tempat terbuka sangat baik dalam keadaan begini untuk kesihatan diri berpanjangan. Mengambil buah-buahan seperti tembikai seharusnya dielakkan kerana memungkinkan cepatnya mengundang penyakit. Minum air putih dalam kuantiti yang banyak untuk menghindarkan diri dari dehidrasi merupakan langkah terbaik mengekalkan keseimbangan badan kerana tubuh manusia memerlukan lebih 70 peratus air (total body water) untuk menjana pertumbuhan sel-sel badan.
csyahya victory
Rabu 18 Mac2015.
Rabu 18 Mac2015.
No comments:
Post a Comment