Saturday, March 28, 2015

Naluri Mantan Pengetua Jusa C

























 


 Pihak sekolah sungguh bertuah kerana pada hari ini Sabtu 28 Mac 2015 Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan 1 telah sudi meluangkan masa memenuhi jemputan kami sebagai tetamu kehormat Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Seluruh warga sekolah cukup teruja dengan ketibaan beliau.Naluri mantan Pengetua (JUSA C) yang begitu mulia terhadap dunia pendidikan sungguh mengujakan kami. Datuk Mary Yap sangat mesra dengan pelajar dan guru-guru. Sireh pulang ke gagang demikian katanya. Beliau cukup tersentuh melihat persekitaran sekolah yang bersih, kemas dan ceria.Beliau mengagumi para pelajar yang beretika dan berdisiplin mendengar dengan teliti ucapannya dan Pengetua menjadi indikator kecemerlangan budaya sekolah. YB Timbalan Menteri tidak putus-putus memberikan pujian kepada SMK Sinar Bintang sehingga menyarankan kalau ada pertandingan 3K sekolah ini mampu beroleh kejayaan.Demikian harapan Timbalan Menteri. Sepanjang ucapannya YB Timbalan Menteri menyentuh tentang kepentingan pendidikan kepada masa depan anak-anak dengan menghayati dan memahami program transformasi seperti mana dalam PPPM 2013-2025 yang berfokus kepada sasaran utama pembentukan modal insan berkualiti dan mapan.

Warga SMKSB bersama Datuk Mary Yap











Di bilik Pengetua.

 




















Mulianya hati mantan Pengetua kendati pun
berstatus Timbalan Menteri Pendidikan.











YB Timb Menteri menerima cendera hati dari pihak sekolah

Majlis yang gilang gemilang turut dihadiri wakil JPN dan PPWS bersama SIP+ dan SIC+ dan ibu bapa memenuhi Dewan Bestari. Ketibaan YB Datuk disambut Pengetua dan Guru-Guru diperkarangan ilmu SMK Sinar Bintang. Beliau bersalaman dengan semua guru yang beratur panjang dengan penuh mesra kemudian berhenti sejenak memerhati skrin TV yang memaparkan aktiviti pelajar dan sekolah sebelum ke bilik Pengetua.














Guru guru memberikan post istimewa.



















Bersama Pegawai PPWS Pn Ayu




















Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.

2 comments:

  1. jiwa guru tetap kekal abadi dalam sanubari

    ReplyDelete
  2. Betul Wan. Beliau begitu menghayati citra keguruan yang sebati dalam diri kendati pun kini seorang Timbalan Menteri. Syabas dan tahniah YB Datuk Mary Yap.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...