Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk Mary Yap Timbalan Menteri Pendidikan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengerusi PIBG Puan Laureen Tan, Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan pelajar -pelajar sekalian. Pertama dan utamanya saya ingin merafakan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya kita dapat mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini seperti mana dirancang.Bagi pihak sekolah, saya merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis kami dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK Sinar Bintang pada tahun ini.
YB Datuk dan hadirin sekalian,
SMK Sinar Bintang mempunyai bilangan pelajar seramai 1,687 orang dengan komposisi kaum Cina 90 peratus, Melayu 5 peratus,India 5 peratus dan lain-lain.Pencapaian akademik berada pada tahap yang boleh di banggakan dengan kualiti pelajar yang mendapat cemerlang A dalam SPM dan juga PT3 tahun lalu.Bilangan guru pula seramai 126 orang dari sesi pagi dan petang. Dalam peperiksaan SPM lalu seramai 6 orang calon mendapat semua A, 2 orang mendapat 10 A 1B, selebihnya seramai 17 orang mendapat antara 7A - 9A. Pihak sekolah telah merangka berbagai program dan aktiviti seperti Mutiara Pintar, Titian Kasih, Skor A, Cemerlang Mutiara yang terangkum dalam PEMBESTARIAN SPM dan PT3 untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Pembestarian SPM dan PT3 menjadi kerangka kepada "School Task Action Result" atau STAR untuk penjaminan kualiti pelajar kami. Pihak pengurusan telah menetapkan sasaran 60% pencapaian akademik, 20% Kokurikulum dan 20% sahsiah sebagai garis panduan hala tuju sekolah.
YB Datuk dan hadirin,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang bukannya diadakan bagi memenuhi takwim sekolah secara tradisi tetapi lebih penting menjadi perangsang kepada pelajar untuk terus berusaha mencipta kejayaan untuk membangun masa depan yang berkualiti dan mapan. The country needs intellectual and specialist human resource to develop the
nation.There are lots of opportunities to the people who are really interested
to participate in nation building. The school leavers must not waste their
chances to choose the right course at the Higher Education which is available to
the world market.The most important factors is that graduates must perform
well in their fields as a symbol of successful job career.
YB Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kecemerlangan pelajar bukan sahaja di ukur dari segi pencapaian akademik semata-mata tetapi merangkumi pembabitan dalam aktiviti Ko Kurikulum, Sukan dan sahsiah yang baik turut menjadi penanda aras kemercuan diri seseorang.Sekolah merupakan organisasi yang sangat berwibawa untuk membina peradaban manusia kerana ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi pemangkin kecekapan diri pelajar untuk bersosialisasi dalam kehidupan.
What kind of students should we produce to enhance the nation wide? What is
their aims in future and how far they can survive their social life to adapt
with the community culture when they leave the school?There are several question
which is always interrupt in my mind on students dilemma today.Most of students and
parents aiming straight A's in all subjects. That's good and of course they
want excellent result but in the other way we need our students must be able to
think and analyzing the fact rather than memorizing in all subject. This is a
true dilemma that happen to our students in school or University
currently. Knowledge is an essential tool to the people in this era.The world is
moving with the new technology development in all sectors. People who are
scared to move forward,they will irrelevant and left behind in all aspects in
life.
YB Datuk dan hadirin sekalian.
Sebagai pengetua, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini selari dengan dasar Kementerian untuk melahirkan modal insan yang berwibawa dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Justeru itu, penekanan kepada pedagogi guru menjadi keutamaan untuk merealisasikan hasrat pembangunan modal insan yang cemerlang. Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang mengucapkan tahniah dan syabas kepada pada pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan pelajar-pelajar terus melakar kejayaan untuk kecemerlangan diri, keluarga, bangsa dan tanah air tercinta.
SMK Sinar Bintang.
Sekian, Terima Kasih.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang
25 Mac 2015- Rabu