Che Yahya Hj Che Soh dari tingkat 1 Masjidil Haram .Foto ini dirakam oleh Akmal menggunakan telefon bimbit ku.
Che Akmal Ramadhan kelihatan kemas memakai ihram
Che Akmal Ramadhan bersama keluarga di Jabal Rahmah
Che Akmal Ramadhan semasa di Taneem
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Tuhan sekalian alam . Selawat beserta salam untuk Nabi tercinta Muhammad SAW pembawa obor kebenaran yang menerangi jazirah Arab dan seluruh pelosok bumi dengan cahaya iman sehingga Islam tersebar seantero dunia. Allah SWT mentakdirkan lahirnya Nabi di Kota Mekah Al Mukarammah yang tandus gersang dikelilingi bukit-bukit batu seolah-olah untuk memberitahu dan mempersiapkan diri Nabi bagi menghadapi ancaman dan intimidasi penduduk Mekah yang cukup keras kepala, kasar dan sukar menerima kebenaran .
Mekah Al Mukarramah menjadi tumpuan manusia sejak berabad yang lalu . Allah SWT mengutus Nabi Ibrahim As bersama puteranya Ismail AS membina Kaabah di sebuah lembah berdekatan bukit SAFFA dan MARWA dan memerintahkan manusia melakukan tawaf sebanyak tujuh kali semasa mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) . Bukit Saffa dan Marwa menjadi bukti kebenaran Al Quran yang cukup sinonim dengan keluarga Nabi Ibrahim As sewaktu Baginda diperintahkan Allah meninggalkan puteranya yang masih kecil Nabi Ismail As bersama ibunya Hajar . Setelah kehabisan bekalan yang ditinggalkan Hajar terpaksa berlari-lari antara dua bukit ini sebanyak 7 kali mencari sumber air untuk anaknya yang dalam kehausan. Dengan izin Allah terpancut mata air yang dikenali ZAM-ZAM . Warna air zam zam yang jernih, bersih dan kelihatan bercahaya menjadi penawar segala penyakit merupakan minuman kegemaran Nabi SAW , para sahabat dan seluruh umat Islam sejak dulu hingga sekarang . Jarak Saffa dan Marwa sejauh lebih kurang 200m pergi - balik menjadi tempat Saie bagi jemaah Haji dan Umrah .
Sumber Youtube Sai Haj

Perjalanan Haji Istimewa
Dengan izin Allah jua kami sekeluarga dijemput ke Tanah suci sekali lagi untuk mengerjakan Haji pada tahun ini 1432H . Pada tahun 2001 Aku dan isteri menunaikan ibadah Haji melalui KSB Travel dan tinggal di Hotel Dar As Sallam (sekarang funduk ini tiada lagi kerana projek pembesaran Masjidil Haram). Kali ini bersama empat orang anak , (Siti Aliyah,Siti Aisyah ,Che Akmal Ramadhan dan Che Siti Salwani) manakala dua orang anak lagi tidak dapat ikut sama kerana urusan masing-masing ( Ali Akbar bekerja dan Siti Maisarah - final semester di KAPLAN BIRMINGHAM- UK ). Kami melapor diri di Kompleks Tabung Haji-Kelana Jaya jam 11 malam dan bertolak ke Tanah Suci pada hari Sabtu 29 Oktober 2011 jam 5.00 pagi dengan penerbangan KT 86 dari KLIA .
Pesawat Saudi membawa jemaah Haji ke Mekah
Sebaik tiba di Jeddah Hujjatul Airport ( sekitar jam 11 pagi waktu Jeddah ) kami dibenarkan berehat sehingga selesai waktu Zuhur dan menaiki bas mengikut nombor kumpulan yang telah ditetapkan ke Mekkah dan tiba di Hotel QASR AS SHOORUQ , Maktab 89 (tempat penginapan yang jaraknya kira-kira 600m dari Masjidil Haram) waktu Maghrib. Setelah mendapat bilik di tingkat 11 (no bilik 1109) bersama teman jemaah iaitu Mohd. Amiruddin bin Amran dan Mohd. Kamil bin Samad kami menyimpan bag pakaian. Petugas Tabung Haji meminta semua jamaah berkumpul di lobi hotel pada jam 10 malam untuk melakukan Tawaf Qudum (Tawaf selamat datang) dan Saie Haji bagi jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad, jemaah yang berniat Haji Tamattuk dikehendaki mengerjakan tawaf Umrah , Saei dan bertahallul ( mendapat pahala 1 umrah ) . Setelah selesai tahallul (Haji Tamattuq) kami kembali ke hotel dan menukarkan pakaian Ihram. Bagi jemaah yang memilih melakukan Haji Ifraq mereka kekal dalam Ihram sehinggalah selesai mengerjakan Haji ( lebih kurang 7 hari dalam pakaian ihram serta menjaga semua pantang larangnya ).
Perjalanan Haji ditemani anak istimewa kami (Che Akmal Ramadhan ) sehingga semua jemaah mengenali beliau. Keistimewaannya - AKMAL menjadi perhatian semua orang dimana jua samada di Hotel, di Arafah, Muzdalifah ,Mina dan di Madinah. Akmal begitu peramah dan suka menegur jemaah dimana saja asal berjumpa orang, beliau akan menghulurkan tangan untuk bersalam hinggakan polis Arab pun disalaminya. Che Akmal Ramadhan anak yang istimewa dianugerah Allah kepada kami sekeluarga dan menjadi amanah Allah untuk menjaganya selagi hayat dikandung badan. Sewaktu dalam kandungan Akmal - "baby" yang terlalu aktif dan doktor memberi 2 pilihan iaitu : ingin anak - ibu tiada @ ingin ibu - anak tiada,namun berkat yakin dengan kekuasaan Allah - Akmal selamat dilahirkan dengan sedikit masalah ( tali pusat membelit penuh bahagian leher. Setelah doktor pakar kanak-kanak berusaha menangani kes tersebut akhirnya kedengaran tangisan Akmal setelah beberapa saat tidak mendapat bekalan oksigen ( Akmal tidak minta dilahirkan sebegitu tetapi itulah ketententuan Allah terhadap dirinya - kami yakin bahwa Akmal adalah anak syurga yang dititipkan oleh Allah kepada kami sekeluarga dan hanya Allah SWT yang BERKUASA menilai segala amalannya- AMIN ). Itulah rentetan yang berlaku sehinggalah ia membesar . Akmal mampu mengurus diri , berpakaian kemas, bersih dan bergaya cuma beliau tidak dapat mengimbangi emosi terutama bila keinginannya tidak dipenuhi. Dia juga boleh menulis , membaca malah mempunyai Sijil PMR . Sewaktu di Hotel terdengar ditelingaku rungutan dari segelintir jemaah yang kurang selesa dengan kehadiran Akmal kerana kata mereka boleh mengganggu orang lain. Aku hanya diam dan bersabar serta banyak beristighfar menghadapi ujian ini. Kepada para jemaah yang mengenali kami, saya menyusun jari memohon keampunan jika kehadiran Akmal menyusahkan jemaah yang lain . Aku cukup yakin dengan ketentuan Illahi dan pasrah kepadaNya kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dalam dada manusia. Memang tidak dinafikan ada ketika Akmal menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan bila kemahuannya tidak dipenuhi tetapi setelah dipujuk dia kembali normal. Dia perlu didekati dengan lemah lembut dan kasih sayang. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah " Ya Allah sebagaimana Engkau menyempurnakan fizikalnya, sempurnakanlah akal pemikirannya." " Dewasalah ia mengikut umurnya" . Demikian permohonan ku kepada Allah setiap masa lebih-lebih lagi semasa melakukan tawaf dan saie.
Bertolak ke Arafah
Pengurusan Tabung Haji memaklumkan bahawa semua jemaah akan bertolak ke Arafah pada hari Jumaat malam 4 November untuk wukuf yang jatuhnya pada Hari Sabtu 5 November seperti yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi . Kami masing-masing menaiki bas dengan berpakaian ihram dan membawa barang keperluan diri sepertimana yang disenaraikan pihak Tabung Haji. Perjalanan ke Arafah lebih kurang 45 minit dan kami di tempatkan dalam tenda (khemah) D8 bersama jemaah dari KT lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Suasana Arafah yang begitu nyaman, tenang dan mendamaikan sungguh meruntun hati. Kerdilnya diri disisi Illahi dalam suasana begini. Setelah selesai solat Fajar berjamaah, masing-masing mendapatkan sarapan pagi yang dibekalkan Tabung Haji. Sementara menunggu masuknya waktu Zuhur, para jemaah memanfaatkan masa dengan berzikir, bertahmid membaca Al Quran dan menunaikan solat Dhuha. Sebaik Azan Zuhur selesai dikumandangkan Muazzin, para jemaah bersama-sama menunaikan solat dan mendengar khutbah Arafah. Sekali lagi keheningan Arafah menusuk kalbu sehingga titisan air jernih mengalir membasahi pipi . Setiap inci Bumi Arafah dipenuhi jutaan manusia memakai Ihram sedang khusyuk beribadah mengharapkan keampunan dari Allah SWT . Alangkah dhaifnya Aku disisi Mu Ya Tuhan. Ampunilah Ya Allah akan segala dosa yang telah aku lakukan. Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa ku, anak-anak dan isteriku . Jadikanlah kami hambaMu yang beriman dan bertakwa.
Arafah sebelum ketibaan jamaah
Mabit di Muzdalifah
Menuju Mina
Perjalanan menuju Mina dengan bas khas berjalan lancar. Kami tiba di Mina agak awal dan ditempatkan di khemah yang disediakan. Mina terletak antara Mekah dan Muzdalifah kira-kira 4 km dari Masjidil Haram melalui terowong Muassim . Aku, Akmal dan rakan-rakan jemaah berada di khemah paling hujung Maktab 89 (Block D 4) berdekatan bilik air .
Walau pun berhampiran tandas, kami terpaksa berbaris panjang kerana pengguna terlalu ramai. Ada sesetengah jemaah siap berbaris seawal jam 200 pagi bagi mengelakan kesesakan. Saya kira pihak Kerajaan Arab Saudi perlu menyediakan kemudahan infrastruktur ini dengan lebih banyak dan menaiktaraf bilik-bilik air yang sedia ada untuk menampung bilangan jemaah yang semakin ramai terutama kemudahan kepada pengguna yang tua, uzur dan kurang upaya. Khemah di Mina agak eksklusif kerana berhawa dingin . Walau pun disediakan "air-con" namun bilangan jemaah yang melebihi 20 orang dengan tidur berhimpit dan berlaga kaki mengundang rasa tidak selesa namun itulah realiti yang dihadapi selama 4 malam di Mina. Keadaan di Mina juga sangat tidak bersih. Sampah sarap bertimbun di sini sana mengeluarkan bau yang sungguh menyeksakan . Sikap para jemaah yang kurang berdisiplin meludah merata-rata menyebabkan timbulnya pelbagai wabak penyakit seperti selsema, batuk dan demam berpanjangan. Keadaan bertambah buruk lagi dengan sikap peniaga jalanan yang berjualan dan tidur di kaki lima sepanjang jalan di Mina turut menyumbang kepada kesesakan . Fenomena seperti ini berlaku pada setiap kali musim Haji kerana sikap muslim sendiri yang kurang prihatin dengan kebersihan. Allah SWT sangat menyintai hambaNya yang bersih dan suci. Nabi Muhammad SAW bersabda "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman".
Melontar Jamrat
Pengurusan Tabung Haji (TH) membawa jemaah melontar jamrat kubra pada sebelah malam yang jaraknya 2km sehala melalui terowong Muasim yang penuh sesak dengan ribuan jemaah. Sepanjang jalan menuju Jamrat, kelihatan berkibar megah Jalur Gemilang berselang seli bendera Indonesia Sang Saka Merah putih seolah-olah turut sama menyaksikan ribuan jemaah melaksanakan kewajiban kepada Tuhan. Setelah selesai melontar Jamrat Kubra, jemaah boleh menanggalkan Ihram dan mengenakan pakaian biasa tetapi masih ada lagi pantang larang Haji yang wajib dipenuhi.
Jemaah Haji sedang melontar jamrah 'Aqabah.
Hari-hari berikutnya jemaah boleh memilih melontar mengikut kemampuan masing-masing. Pada hari terakhir di Mina Aku bersama Akmal menunaikan kewajiban sebaik selesai menunaikan solat Subuh. Dari Maktab kami bergerak berpimpin tangan dicelah- celah ribuan orang menuju terowong dengan perasaan sayu dan hiba. Airmata ku mengalir deras kerana terlalu sebak sambil membaca wahyu Illahi mengenai menasik Haji. Gerombolan jemaah dari Indonesia mengalunkan takbir Allahu Akbar Allahu Akbar Wallilahil Hamd disepanjang jalan menuju Jamrat menambahkan lagi rasa syahdu dan kekerdilan diri terhadap Illahi. Aku seperti berkata bahawa bukit-bukit Mina menyaksikan kehadiran kami dan setiap langkah kaki ini juga menjadi saksi di hadapan Allah di Akhirat nanti.
Kembali ke Mekah
Setelah selesai melaksanakan ibadah melontar, kami kembali ke Mekah menaiki bas mengikut nombor giliran yang telah ditetapkan Tabung Haji .Ketika ini jalan-jalan penuh sesak dengan kenderaan yang membawa jemaah sesudah beberapa hari meninggalkan Kota Mekah. Bunyi hon silih berganti merupakan identiti khas pemandu Arab sehingga ada ketikanya memeritkan telinga. Kami selamat kembali ketempat penginapan sebelum waktu Zohor hari Khamis 10 November,2011. Sebelah petangnya Aku bersama Akmal melakukan tawaf dan saie serta bercukur di Kedai Gunting Pakistan dekat Marwa dengan bayaran SR15 seorang.
Umrah dan Ziarah
Setelah selesai mengerjakan ibadah Haji, para jemaah yang tiba awal, sudah bersiap-siap untuk kembali ke Tanah Air mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan Tabung Haji. Bagi mereka yang masih mempunyai masa pengurusan TH menyediakan perkhidmatan ziarah sekitar kota Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Rahmah , Ladang Unta di Hudaibiah .
Masjid Hudaibiah yang penuh dengan sejarah keagungan Islam
Hudaibiah ialah tanah halal mempunyai nilai sejarah yang cukup mahal kepada umat Islam sebelum Nabi SAW dibenarkan masuk ke kota Mekah . Hudaibiah terletak diluar Kota Mekah (Tanah Haram) kira-kira 22km dari Masjidil Haram. Disinilah berlakunya BAIAT (Sumpah Taat Setia) para sahabat dengan Rasulullah SAW untuk memerangi kafir Quraisy yang menghalang Nabi SAW dan para sahabat Baginda memasuki Mekah . Peristiwa ini dikenali dengan BAIAT AL RIDHWAN yang berlaku pada tahun ke 6 Hijriah . Nabi SAW menghantar sahabat baginda Utsman Ibn Affan untuk berunding dengan kaum kafir berkenaan. Diberitakan Utsman telah mati dibunuh kaum kafir menyebabkan para sahabat membaiat Rasulullah untuk memerangi kafir Quraisy. Sebenarnya Utsman selamat dan kembali menemui Nabi SAW membawa perjanjian damai dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini terakam dalam sejarah Islam dengan Perjanjian Hudaibiah. Nabi bersama para sahabat baginda kembali semula ke Madinah. Peristiwa yang cukup penting juga berlaku disini memperlihatkan kebesaran Allah yang memberikan mukjizat kepada Nabi SAW disaat para sahabat kehausan kerana tidak mempunyai air untuk minum dan berwudhu' . Bersama baginda hanya sebaldi air yang digunakan untuk wudhu' dan minum. Melihat para sahabat yang terlalu kehausan Baginda lalu meletakan jarinya yang mulia kedalam baldi tersebut dan keluarlah air dengan banyak melalui celah-celah jarinya sehingga mencukupi untuk minum dan wudhu. Demikan rentetan dua peristiwa penting yang berlaku di Bumi Hudaibiah untuk menjadi tamsil dan ibrah kepada umat terkemudian termasuklah kita yang berziarah atau berniat miqat umrah .
Tawaf Widha'
Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Setelah lebih 30 hari berada di Tanah Haram Mekah Al Mukarramah, kami telah dimaklumkan oleh TH untuk ke Madinah pada Khamis 1 Disember.Pada sebelah malamnya semua beg pakaian diturunkan ke lobi Hotel dan diletakan mengikut susunan nombor bas masing-masing. Sebanyak 6 buah bas digunakan untuk membawa jemaah. Esoknya seperti biasa Aku dan Akmal menunaikan solat Fajar di Masjidil Haram dengan rasa sebak dan sayu. Suara imam yang memimpin solat mengalunkan ayat-ayat Allah sungguh menggugah perasaan sehingga air mata tidak tertampung lagi. Subhanallah. Semoga Allah meredhai Aku dan keluarga. Sebaik selesai solat, kami balik ke tempat penginapan dan membeli sarapan pagi. Kira-kira jam 800pagi setelah berwudhu dengan sempurna Aku dan Akmal menuju Kaabah untuk melakukan Tawaf Widha'(perpisahan) . Sungguh terharu untuk berpisah dengan Baitullah ini. Mudah-mudahan Allah SWT izinkan lagi untuk mengunjungi rumah tua ini InsyaAllah.
Menuju Madinah
Seawal pagi petugas telah mengangkat beg-beg pakaian jemaah keatas bas mengikut nombor yang ditetapkan. Penggunaan sistem nombor yang dilaksanakan pengurusan TH cukup sistematik dan terurus . Tepat jam 1100 pagi bas bergerak meninggalkan Kota Mekah menuju Madinah. Kami menaiki bas nombor 1 dengan bilangan jemaah seramai 35 orang termasuk seorang Wakil Rakyat YB Suraya Yaacob dari Kedah yang menunaikan Haji bersama Abang dan kakak iparnya. Perjalanan ke Madinah kira-kira 5 jam. Kami berhenti rehat untuk makan dan solat Zohor dan Asar ( Jamak) selama setengah jam sebelum menyambung perjalanan ke Madinatun Nabi. Alhamdulillah kira-kira pukul 4.30petang bas selamat sampai di Hotel Mooven Pick tempat kami menginap selama 10 hari di Madinah. Para jemaah diberi bilik masing-masing . Aku dan Akmal ditingkat 3 bilik 3101 berkongsi dengan Haji Ismail dan Haji Ab. Rahman. Sebaik meletakan beg pakaian Aku dan Akmal bergegas ke Masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya. Ketika ini Masjid Nabawi penuh sesak dengan jemaah dari pelbagai negara sehingga ada yang terpaksa solat di luar dataran Masjid.
Ruang solat Masjid Nabi yang sentiasa padat dengan jemaah
Bakso Solo
Sepanjang berada di Madinah, kami kerap kali mengunjungi 'Rumah Makan Indonesia' untuk mencicipi masakan Melayu . Restoran ini terletak ditingkat 1 Hotel (Funduk) Dar At Taqwa berdekatan bulatan menara jam. Jemaah Indonesia memenuhi rumah makan ini setiap kali selesai solat. Berbagai macam kueh mueh dan nasi yang disediakan teristimewa sekali Bakso Solo. Harga Bakso semangkuk SR10 menjadi rebutan jemaah termasuk Aku dan Akmal . Musim Haji menawarkan peluang ekonomi yang berlipatganda kepada peniaga disini. Dalam hati berkata kenapa orang Malaysia tidak mengambil peluang menyediakan masakan melayu untuk para jemaah yang rindukan sate, ketupat, rendang, nasi kerabu dan berbagai menu bercita rasa melayu. Mudaha-mudahan ada sate kajang yang beroperasi di Mekah dan Madinah pada musim Haji suatu ketika nanti.
Bertemu Aidil Azman
Alhamdulillah setelah beberapa hari di Madinah dengan izin Allah SWT Aku bertemu Aidil Azman Hj Nasiron (gambar atas) dari KSB Travel semasa menghantar adik ku Hj. Zulkifli dan isteri Hajah Siti Marhaini yang menggunakan ASH HAR Travel menaiki bas ke Airport Madinah di Hotel Royal Dyar. Kami berpelukan erat dengan genangan air mata kerana lama terputus hubungan.Melihat wajah Azman dan Dato' Mazlan , terbayang Allahyarham Hj Nasiron yang banyak berjasa kepada para jemaah termasuklah kami sekeluarga yang sering menggunakan KSB Travel untuk mengerjakan Haji dan Umrah beberapa tahun lalu. Allahyarham Hj Nasiron sekeluarga cukup mengenali kami terutama Azman yang sangat rapat dengan Akmal. Kami juga bertandang ke rumah beliau di Mekah semasa majlis perkahwinan anak Tuan Hj Nasiron beberapa tahun lalu. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan dilapangkan kuburnya sesuai dengan amal dan ibadahnya semasa hayat beliau. Amin Ya Rabbal Alamin. Azman menjemput kami makan di Royal Dyar dan dilayan seperti keluarga sendiri. Terima kasih Man dan Dato' semoga Allah SWT melipatgandakan pahala tuan dengan rezeki yang melimpah ruah kerana suka membantu orang seperti Allahyarham ayahnya Hj Nasiron.
Ziarah Jejak Nabi Saw
Sepertimana lazimnya, pengurusan TH telah mengatur lawatan ketempat tempat sejarah peninggalan Rasullullah SAW bersama para sahabat semasa berhijrah ke Madinah. Tempat-tempat yang dilawati ialah sekitar Jannatul Baqi' yang menempatkan jasad mulia isteri Baginda SayyidatinaAisyah binti Abu Bakar As Siddiq , Fatimah Az Zarah binti Rasulullah SAW dan ribuan para sahabat baginda, Masjid Quba (Masjid pertama diasaskan Nabi SAW), Masjid Qiblatain (dua kiblat) , Masjid Tujuh dan tempat paling bersejarah ialah Bukit Uhud .
Jabbal Uhud yang menempatkan jasad yang mulia Penghulu Syahid Sayyidina Hamzah R.A
Peristiwa Uhud tersemat dalam lipatan sejarah dimana gugur Syahid Sayyidina Hamzah bapa saudara Nabi SAW bersama ribuan sahabat lain mempertahankan Islam . Menziarahi Jejak Nabi SAW menimbulkan keinsafan mendalam betapa sukarnya membangun sebuah pemerintahan Islam yang terpaksa dibayar dengan darah dan nyawa.
Kembali Ke Tanah Air
Masa untuk berangkat pulang ke tanah air telah tiba. Sebelum berangkat kami melakukan ziarah widha' terlebih dulu dengan mengucapkan salam kepada Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar . Selamat tinggal Madinah semoga Allah SWT memberikan kelapangan lagi untuk berkunjung ke Raudah Nabi Mu . Semua jemaah diminta berada didalam bas pukul 750 pagi dan kami bertolak ke airport Madinah untuk penerbangan pulang ke Malaysia pada Hari Sabtu 10 Disember dan tiba di KLIA jam 400pagi Hari Ahad dengan selamat.
Rumusan dan cadangan
Wallahu'alam . Al Fakir Che yahya Hj Che Soh 17/12/11
Jemaah Haji KT 86
Arafah sebelum ketibaan jamaah
Mabit di Muzdalifah
Setelah berakhirnya waktu wukuf, selesai solat Maghrib dan Isya kami bertolak ke Muzdalifah untuk bermabit ( bermalam) disana. Muzdalifah merupakan kawasan lapang yang luas berpasir dan berdebu.Para jemaah mula mengutip anak-anak batu untuk persediaan melontar di Jamrat . Ramai jemaah yang batuk dan selsema kerana terpaksa berembun dan melelapkan mata diatas alas (tikar) yang dibekalkan Tabung Haji. Disini para jemaah dituntut menguatkan kesabaran diri terutama jika ingin menunaikan qadha hajat kerana tandas yang disediakan sangat terhad. Kami terpaksa berbaris panjang menunggu giliran. Kami meninggalkan Muzdalifah sebaik selesai menunaikan solat subuh menuju Mina.
Menuju Mina
Perjalanan menuju Mina dengan bas khas berjalan lancar. Kami tiba di Mina agak awal dan ditempatkan di khemah yang disediakan. Mina terletak antara Mekah dan Muzdalifah kira-kira 4 km dari Masjidil Haram melalui terowong Muassim . Aku, Akmal dan rakan-rakan jemaah berada di khemah paling hujung Maktab 89 (Block D 4) berdekatan bilik air .
Deretan khemah (tenda) di Mina untuk para
jemaah Haji membuat persiapan melontar di Jamrat .
jemaah Haji membuat persiapan melontar di Jamrat .
Walau pun berhampiran tandas, kami terpaksa berbaris panjang kerana pengguna terlalu ramai. Ada sesetengah jemaah siap berbaris seawal jam 200 pagi bagi mengelakan kesesakan. Saya kira pihak Kerajaan Arab Saudi perlu menyediakan kemudahan infrastruktur ini dengan lebih banyak dan menaiktaraf bilik-bilik air yang sedia ada untuk menampung bilangan jemaah yang semakin ramai terutama kemudahan kepada pengguna yang tua, uzur dan kurang upaya. Khemah di Mina agak eksklusif kerana berhawa dingin . Walau pun disediakan "air-con" namun bilangan jemaah yang melebihi 20 orang dengan tidur berhimpit dan berlaga kaki mengundang rasa tidak selesa namun itulah realiti yang dihadapi selama 4 malam di Mina. Keadaan di Mina juga sangat tidak bersih. Sampah sarap bertimbun di sini sana mengeluarkan bau yang sungguh menyeksakan . Sikap para jemaah yang kurang berdisiplin meludah merata-rata menyebabkan timbulnya pelbagai wabak penyakit seperti selsema, batuk dan demam berpanjangan. Keadaan bertambah buruk lagi dengan sikap peniaga jalanan yang berjualan dan tidur di kaki lima sepanjang jalan di Mina turut menyumbang kepada kesesakan . Fenomena seperti ini berlaku pada setiap kali musim Haji kerana sikap muslim sendiri yang kurang prihatin dengan kebersihan. Allah SWT sangat menyintai hambaNya yang bersih dan suci. Nabi Muhammad SAW bersabda "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman".
Melontar Jamrat
Pengurusan Tabung Haji (TH) membawa jemaah melontar jamrat kubra pada sebelah malam yang jaraknya 2km sehala melalui terowong Muasim yang penuh sesak dengan ribuan jemaah. Sepanjang jalan menuju Jamrat, kelihatan berkibar megah Jalur Gemilang berselang seli bendera Indonesia Sang Saka Merah putih seolah-olah turut sama menyaksikan ribuan jemaah melaksanakan kewajiban kepada Tuhan. Setelah selesai melontar Jamrat Kubra, jemaah boleh menanggalkan Ihram dan mengenakan pakaian biasa tetapi masih ada lagi pantang larang Haji yang wajib dipenuhi.
Jemaah Haji sedang melontar jamrah 'Aqabah.
Hari-hari berikutnya jemaah boleh memilih melontar mengikut kemampuan masing-masing. Pada hari terakhir di Mina Aku bersama Akmal menunaikan kewajiban sebaik selesai menunaikan solat Subuh. Dari Maktab kami bergerak berpimpin tangan dicelah- celah ribuan orang menuju terowong dengan perasaan sayu dan hiba. Airmata ku mengalir deras kerana terlalu sebak sambil membaca wahyu Illahi mengenai menasik Haji. Gerombolan jemaah dari Indonesia mengalunkan takbir Allahu Akbar Allahu Akbar Wallilahil Hamd disepanjang jalan menuju Jamrat menambahkan lagi rasa syahdu dan kekerdilan diri terhadap Illahi. Aku seperti berkata bahawa bukit-bukit Mina menyaksikan kehadiran kami dan setiap langkah kaki ini juga menjadi saksi di hadapan Allah di Akhirat nanti.
Kembali ke Mekah
Setelah selesai melaksanakan ibadah melontar, kami kembali ke Mekah menaiki bas mengikut nombor giliran yang telah ditetapkan Tabung Haji .Ketika ini jalan-jalan penuh sesak dengan kenderaan yang membawa jemaah sesudah beberapa hari meninggalkan Kota Mekah. Bunyi hon silih berganti merupakan identiti khas pemandu Arab sehingga ada ketikanya memeritkan telinga. Kami selamat kembali ketempat penginapan sebelum waktu Zohor hari Khamis 10 November,2011. Sebelah petangnya Aku bersama Akmal melakukan tawaf dan saie serta bercukur di Kedai Gunting Pakistan dekat Marwa dengan bayaran SR15 seorang.
Umrah dan Ziarah
Setelah selesai mengerjakan ibadah Haji, para jemaah yang tiba awal, sudah bersiap-siap untuk kembali ke Tanah Air mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan Tabung Haji. Bagi mereka yang masih mempunyai masa pengurusan TH menyediakan perkhidmatan ziarah sekitar kota Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Rahmah , Ladang Unta di Hudaibiah .
Masjid Hudaibiah yang penuh dengan sejarah keagungan Islam
Hudaibiah ialah tanah halal mempunyai nilai sejarah yang cukup mahal kepada umat Islam sebelum Nabi SAW dibenarkan masuk ke kota Mekah . Hudaibiah terletak diluar Kota Mekah (Tanah Haram) kira-kira 22km dari Masjidil Haram. Disinilah berlakunya BAIAT (Sumpah Taat Setia) para sahabat dengan Rasulullah SAW untuk memerangi kafir Quraisy yang menghalang Nabi SAW dan para sahabat Baginda memasuki Mekah . Peristiwa ini dikenali dengan BAIAT AL RIDHWAN yang berlaku pada tahun ke 6 Hijriah . Nabi SAW menghantar sahabat baginda Utsman Ibn Affan untuk berunding dengan kaum kafir berkenaan. Diberitakan Utsman telah mati dibunuh kaum kafir menyebabkan para sahabat membaiat Rasulullah untuk memerangi kafir Quraisy. Sebenarnya Utsman selamat dan kembali menemui Nabi SAW membawa perjanjian damai dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini terakam dalam sejarah Islam dengan Perjanjian Hudaibiah. Nabi bersama para sahabat baginda kembali semula ke Madinah. Peristiwa yang cukup penting juga berlaku disini memperlihatkan kebesaran Allah yang memberikan mukjizat kepada Nabi SAW disaat para sahabat kehausan kerana tidak mempunyai air untuk minum dan berwudhu' . Bersama baginda hanya sebaldi air yang digunakan untuk wudhu' dan minum. Melihat para sahabat yang terlalu kehausan Baginda lalu meletakan jarinya yang mulia kedalam baldi tersebut dan keluarlah air dengan banyak melalui celah-celah jarinya sehingga mencukupi untuk minum dan wudhu. Demikan rentetan dua peristiwa penting yang berlaku di Bumi Hudaibiah untuk menjadi tamsil dan ibrah kepada umat terkemudian termasuklah kita yang berziarah atau berniat miqat umrah .
Tawaf Widha'
Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Setelah lebih 30 hari berada di Tanah Haram Mekah Al Mukarramah, kami telah dimaklumkan oleh TH untuk ke Madinah pada Khamis 1 Disember.Pada sebelah malamnya semua beg pakaian diturunkan ke lobi Hotel dan diletakan mengikut susunan nombor bas masing-masing. Sebanyak 6 buah bas digunakan untuk membawa jemaah. Esoknya seperti biasa Aku dan Akmal menunaikan solat Fajar di Masjidil Haram dengan rasa sebak dan sayu. Suara imam yang memimpin solat mengalunkan ayat-ayat Allah sungguh menggugah perasaan sehingga air mata tidak tertampung lagi. Subhanallah. Semoga Allah meredhai Aku dan keluarga. Sebaik selesai solat, kami balik ke tempat penginapan dan membeli sarapan pagi. Kira-kira jam 800pagi setelah berwudhu dengan sempurna Aku dan Akmal menuju Kaabah untuk melakukan Tawaf Widha'(perpisahan) . Sungguh terharu untuk berpisah dengan Baitullah ini. Mudah-mudahan Allah SWT izinkan lagi untuk mengunjungi rumah tua ini InsyaAllah.
Menuju Madinah
Seawal pagi petugas telah mengangkat beg-beg pakaian jemaah keatas bas mengikut nombor yang ditetapkan. Penggunaan sistem nombor yang dilaksanakan pengurusan TH cukup sistematik dan terurus . Tepat jam 1100 pagi bas bergerak meninggalkan Kota Mekah menuju Madinah. Kami menaiki bas nombor 1 dengan bilangan jemaah seramai 35 orang termasuk seorang Wakil Rakyat YB Suraya Yaacob dari Kedah yang menunaikan Haji bersama Abang dan kakak iparnya. Perjalanan ke Madinah kira-kira 5 jam. Kami berhenti rehat untuk makan dan solat Zohor dan Asar ( Jamak) selama setengah jam sebelum menyambung perjalanan ke Madinatun Nabi. Alhamdulillah kira-kira pukul 4.30petang bas selamat sampai di Hotel Mooven Pick tempat kami menginap selama 10 hari di Madinah. Para jemaah diberi bilik masing-masing . Aku dan Akmal ditingkat 3 bilik 3101 berkongsi dengan Haji Ismail dan Haji Ab. Rahman. Sebaik meletakan beg pakaian Aku dan Akmal bergegas ke Masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya. Ketika ini Masjid Nabawi penuh sesak dengan jemaah dari pelbagai negara sehingga ada yang terpaksa solat di luar dataran Masjid.
Ruang solat Masjid Nabi yang sentiasa padat dengan jemaah
Bakso Solo
Sepanjang berada di Madinah, kami kerap kali mengunjungi 'Rumah Makan Indonesia' untuk mencicipi masakan Melayu . Restoran ini terletak ditingkat 1 Hotel (Funduk) Dar At Taqwa berdekatan bulatan menara jam. Jemaah Indonesia memenuhi rumah makan ini setiap kali selesai solat. Berbagai macam kueh mueh dan nasi yang disediakan teristimewa sekali Bakso Solo. Harga Bakso semangkuk SR10 menjadi rebutan jemaah termasuk Aku dan Akmal . Musim Haji menawarkan peluang ekonomi yang berlipatganda kepada peniaga disini. Dalam hati berkata kenapa orang Malaysia tidak mengambil peluang menyediakan masakan melayu untuk para jemaah yang rindukan sate, ketupat, rendang, nasi kerabu dan berbagai menu bercita rasa melayu. Mudaha-mudahan ada sate kajang yang beroperasi di Mekah dan Madinah pada musim Haji suatu ketika nanti.
Bertemu Aidil Azman
Alhamdulillah setelah beberapa hari di Madinah dengan izin Allah SWT Aku bertemu Aidil Azman Hj Nasiron (gambar atas) dari KSB Travel semasa menghantar adik ku Hj. Zulkifli dan isteri Hajah Siti Marhaini yang menggunakan ASH HAR Travel menaiki bas ke Airport Madinah di Hotel Royal Dyar. Kami berpelukan erat dengan genangan air mata kerana lama terputus hubungan.Melihat wajah Azman dan Dato' Mazlan , terbayang Allahyarham Hj Nasiron yang banyak berjasa kepada para jemaah termasuklah kami sekeluarga yang sering menggunakan KSB Travel untuk mengerjakan Haji dan Umrah beberapa tahun lalu. Allahyarham Hj Nasiron sekeluarga cukup mengenali kami terutama Azman yang sangat rapat dengan Akmal. Kami juga bertandang ke rumah beliau di Mekah semasa majlis perkahwinan anak Tuan Hj Nasiron beberapa tahun lalu. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan dilapangkan kuburnya sesuai dengan amal dan ibadahnya semasa hayat beliau. Amin Ya Rabbal Alamin. Azman menjemput kami makan di Royal Dyar dan dilayan seperti keluarga sendiri. Terima kasih Man dan Dato' semoga Allah SWT melipatgandakan pahala tuan dengan rezeki yang melimpah ruah kerana suka membantu orang seperti Allahyarham ayahnya Hj Nasiron.
Ziarah Jejak Nabi Saw
Sepertimana lazimnya, pengurusan TH telah mengatur lawatan ketempat tempat sejarah peninggalan Rasullullah SAW bersama para sahabat semasa berhijrah ke Madinah. Tempat-tempat yang dilawati ialah sekitar Jannatul Baqi' yang menempatkan jasad mulia isteri Baginda SayyidatinaAisyah binti Abu Bakar As Siddiq , Fatimah Az Zarah binti Rasulullah SAW dan ribuan para sahabat baginda, Masjid Quba (Masjid pertama diasaskan Nabi SAW), Masjid Qiblatain (dua kiblat) , Masjid Tujuh dan tempat paling bersejarah ialah Bukit Uhud .
Jabbal Uhud yang menempatkan jasad yang mulia Penghulu Syahid Sayyidina Hamzah R.A
Peristiwa Uhud tersemat dalam lipatan sejarah dimana gugur Syahid Sayyidina Hamzah bapa saudara Nabi SAW bersama ribuan sahabat lain mempertahankan Islam . Menziarahi Jejak Nabi SAW menimbulkan keinsafan mendalam betapa sukarnya membangun sebuah pemerintahan Islam yang terpaksa dibayar dengan darah dan nyawa.
Kembali Ke Tanah Air
Masa untuk berangkat pulang ke tanah air telah tiba. Sebelum berangkat kami melakukan ziarah widha' terlebih dulu dengan mengucapkan salam kepada Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar . Selamat tinggal Madinah semoga Allah SWT memberikan kelapangan lagi untuk berkunjung ke Raudah Nabi Mu . Semua jemaah diminta berada didalam bas pukul 750 pagi dan kami bertolak ke airport Madinah untuk penerbangan pulang ke Malaysia pada Hari Sabtu 10 Disember dan tiba di KLIA jam 400pagi Hari Ahad dengan selamat.
Rumusan dan cadangan
Memasang Niat yang betul semata-mata kerana mencari redha Allah
Ibadah Haji merupakan fardhu yang wajib bagi yang berkemampuan sekali seumur hidup.
Ibadah Haji seeloknya ditunaikan dalam usia muda
Ibadah Haji mengajar manusia bersabar, taat dan patuh kepada Allah .
Persiapan fizikal dan mental sangat dituntut sebelum mengerjakan Ibadah Haji
Menguasai dan mendalami ilmu tentang Haji dan Umrah secukupnya.
Membiasakan diri melakukan solat sunat Taubat dan memperbanyak istighfar .
Memperbanyakan sedekah (jika berkemampuan)
Redha dengan setiap kententuan yang berlaku .
Ibadah Haji seeloknya ditunaikan dalam usia muda
Ibadah Haji mengajar manusia bersabar, taat dan patuh kepada Allah .
Persiapan fizikal dan mental sangat dituntut sebelum mengerjakan Ibadah Haji
Menguasai dan mendalami ilmu tentang Haji dan Umrah secukupnya.
Membiasakan diri melakukan solat sunat Taubat dan memperbanyak istighfar .
Memperbanyakan sedekah (jika berkemampuan)
Redha dengan setiap kententuan yang berlaku .
Wallahu'alam . Al Fakir Che yahya Hj Che Soh 17/12/11
Salam Hj, saya Syed Abdul Razak fotographer semasa musim haji di Maktab Tabung Haji Abrar Janadriah yang lepas. Semasa di sana Tuan ada mengambil video aktiviti haji? jika ada saya perlukannya untuk tujuan video kenangan Haji yang sedang saya edit. Saya juga mencari seorang Sahabat TH Maktab 86 yang bernama Dato' Ahmad Mohamad. Kalau2 ada contact number dia. Syukran.
ReplyDeleteemail saya: syrazak@gmail.com
Salam Tuan Haji. Terima kasih kerana sudi membaca perjalanan Haji saya. Selamat menjalin silaturrahim . Maaf saya tiada video, cuma kamera dan telefon bimbit untuk gambar kenangan. Maaf juga saya kurang pasti nama sahabat TH yang tuan maksudkan mungkin kalau tengok wajah saya cam. Wassallam.
ReplyDeleteSalam Tuan Haji,saya Ruslan dari Tmn.Melur Ampang amat terkesan dengan kesabaran tuan haji melayani kerenah dan keletah Hj Akmal membuatkan saya terasa saya seorang hamba yang sangat kerdil dan ini menjadikan saya seorang yang lebih penyabar dan semoga sifat ini berkekalan dlm diri saya...
ReplyDelete