Sunday, December 25, 2011

Hantar Kak Lang Balik UK


Malam tadi (Ahad 25 Disember) sesudah solat Isya, kami sekeluarga menuju ke KLIA menghantar Kak Lang ( Hjh Siti Aisyah bt Hj Che Yahya -gambar ) anak ketiga kami balik ke Sheffield, United Kingdom setelah bercuti selama dua bulan lebih - kerana menjadi "dhuyufur rahman 1432 H yakni menunaikan fardhu Haji di Tanah Suci Mekah dari 29 Oktober - 10 Disember 2011 yang lalu. Siti Aisyah yang membahasakan dirinya Kak Lang dalam kalangan keluarga bekerja di UK sebagai Pharmacist sebaik tamat pengajian di University Of Nottingham, Nottingham - UK Julai, 2009. Pada awalnya dia menjalani amali pharmacy disebuah tempat bernama " Grimsby (Quite Town) " oleh majikannya Lloydspharmacy selama setahun. Setelah lulus ujian dan diberi pengiktirafan sebagai Pharmacist bertauliah dari Persatuan Pharmacist United Kingdom, Siti Aisyah telah berpindah ke Sheffield pada tahun 2010 hinggalah sekarang. Beliau bertugas sebagai Relief Pharmacist dengan 10 buah pharmacy yg perlu dijaga secara bergilir-gilir mengikut jadual yg ditetapkan - beliau perlu bergerak dari satu tempat ketempat yg lain menggunakan transport awam .Pada Mei yang lalu, kami suami isteri berkesempatan mengunjunginya dan menziarahi adiknya - Siti Maisarah (anak keempat yg baru selesai ACCA di KAPLAN BIRMINGHAM dan sedang menunggu results) yang juga merupakan graduanita perakauanan dari Warwick University, Coventry - United Kingdom [ Julai 2010 ] . Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNYA , rezeki serta perlindunganNYA pada setiap masa , dimana saja kepada anak-anak ku . Amin..






2 comments:

  1. nak tanya..belajar kt university of nottingham tu ambil course pharmacy la ye..ok x??

    ReplyDelete
  2. Kakak saya buat pharmacy di Nottingham Uni, UK. Alhamdulillah, Nottingham is one of the best places to read pharmacy in the UK :) So all in all okay la alhamdulillah.

    Sorry for the late reply. My dad is quite economical when it comes to replying comments :)

    Sarah, Aisyah's sister

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...