PM ajak rakyat realisasi masa depan lebih baik
Oleh Mohd Zin Ali
2012/01/01
Kerajaan tetap iltizam pembaharuan dalam semua bidang
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk negara.
Perdana Menteri berkata, kejayaan negara bukanlah sekadar mimpi, sebaliknya akan dapat dirangkul sekiranya semua pihak sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya.

“Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah,” katanya di dalam perutusan Selamat Tahun Baru 2012 yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my.
Najib menyifatkan 2011 adalah tahun amat monumental kepada negara kerana menyaksikan lengkap pelaksanaan atau ‘roll out’ inisiatif dasar kerajaan di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN-2011-2020) yang juga siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) sejak diperkenalkan pada 1971.
Perdana Menteri berkata, bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), DTN adalah komponen terakhir untuk menjadikan negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Semua inisiatif dasar itu jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan Malaysia Baru yang maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran dikongsi setiap rakyat serta sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar,” katanya.
Najib berkata, kerajaan tetap iltizam dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana ia kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik.
“Kerajaan sudah memansuhkan tiga proklamasi darurat, mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman.
“Usaha ini akan diteruskan dalam sesi Parlimen seterusnya pada 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Malaysia mengimbau segala yang dilalui sepanjang tahun lalu untuk dijadikan iktibar dan panduan supaya berusaha lebih gigih bagi memajukan diri, keluarga dan negara.
Beliau turut mengajak rakyat negara ini terus mengamalkan perpaduan, sikap hormat menghormati antara kaum dan mengukuhkan kerjasama bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.
Katanya, rakyat harus berbangga dengan keistimewaan Malaysia yang berupaya mengekal serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian di kalangan penduduk pelbagai agama, bangsa dan budaya.
“Sesungguhnya, perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum adalah prasyarat utama untuk negara kita terus berkembang maju,” katanya di dalam ucapan sempena tahun baru sini, semalam.
Selain itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan kerana berjaya meningkatkan kecemerlangan pendidikan hingga mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Ini membuktikan usaha gigih guru dalam melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah NKRA Pendidikan dan Program Pembangunan Sekolah menunjukkan hasil yang membanggakan,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online ( Ahad 1 Januari,2012 )

No comments:
Post a Comment