Amanah ialah kepercayaan yang diberikan oleh seseorang, badan, agensi atau organisasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. Perkataan amanah berasal dari bahasa Arab yang merujuk kepada sifat-sifat kenabian iaitu SIDIQ, AMANAH, TABLIGH FATONAH. Keempat-empat elemen ini menjadi pegangan hidup para Nabi yang di pilih Allah menyampaikan risalah kepada umatnya. Sesudah berakhirnya zaman kenabian, tugas ini di warisi pula para sahabat dan tabiin menjalankan tugas para nabi bagi memastikan bumi ini sentiasa makmur, berkat dan mendapat perlindungan dari Tuhan Pencipta Alam. Apabila amanah (integriti) diberikan kepada orang yang bertakwa (takut Allah) pasti ia akan berlaku jujur dalam setiap tindakannya . Dia tidak akan menyalahguna kuasa , berlaku adil, tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri walaupun mempunyai ruang dan peluang yang terbentang untuk berbuat demikian. Allah Subhanahu Wataala menjadikan manusia terdiri dari dua unsur iaitu Rohani dan Jasmani. Rohani tidak kelihatan sepertimana Jasmani tetapi setiap perlakuan Jasmani adalah manifestasi Rohani. Peranan akal (Rohani) menjadi unsur yang paling dominan dalam mengurus diri. Akal yang disinari dengan kejernihan cahaya Illahi akan menuntun diri menuju kebenaran sebaliknya akal yang dicemari unsur syaitani cenderung melakukan kerusakan. Pertembungan antara yang hak dan bathil sering berlaku dalam diri manusia tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Justeru peranan akal budi (iman) perlu dijadikan landasan dalam setiap tindakan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
No comments:
Post a Comment