Saturday, January 15, 2011

AL Fatihah Buat Datuk Yaakup Idris@Ederis

Allahyarham Datuk Yaakup Ederis @ Idris (Tengah berkot dan tali leher biru)

Jumaat sekitar jam 100 pagi Datuk Yaakup telah kembali menemui Allah Tuhan Penciptanya dalam satu kemalangan jalanraya di Bukit Putus Negeri Sembilan. Beliau meninggal ditempat kejadian, manakala anak dan isteri dilaporkan patah kaki dan dirawat di Hospital Seremban. Sekitar jam 10.00 pagi aku menerima sms daripada KS Sekolah JPNWP En Abd. Halim Ismail memaklumkan musibah tersebut. Lidah kelu, tergamam , bertafakkur dan terus membaca Al Fatihah dengan genangan air mata yang tidak dapat ku tahan. Wajah cernih, tenang, sejuk penuh sabar terbayang diruang mata . Aku mengenali almarhum semasa berkhidmat di Bahagian Sekolah KPM Pusat Bandar Damansara sekitar tahun 1995-1997. Waktu itu beliau menjawat jawatan KPP (Men) dan kemudian bertukar menjadi Pengetua , Pengarah Metrikulasi, Pengetua SMS Muar dan akhirnya menjawat Jawatan Pengarah Peperiksaan LPM dari tahun 2001-2005. Sepanjang beliau berada di LPM banyak perubahan dilakukan dengan membuka jendela LPM kepada masyarakat khususnya kepada guru, penggubal , pembina dan semua warga LPM termasuk di UPP negeri-negeri . Aku sempat berkhidmat dibawah Datuk semasa di JPNWP KL sebagai KPP Penilaian dan Peperiksaan (2001-2008) .


Merubah Persepsi


Datuk Yaakup berjaya merubah persepsi masyarakat tentang LPM. Era beliau mengemudi LPM menjadikan hubungan antara warga LPM dan UPP Negeri sangat akrab terasa seperti satu keluarga yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Peluang -peluang berkursus dan lawatan kerja di luar negara diberikan kepada pegawai disemua peringkat untuk meningkatkan pengurusan dan pentadbiran peperiksaan. Tanyalah siapa saja yang pernah berkhidmat bersama beliau tentu merasakan kesan yang mendalam kehilangannya. Seorang pemimpin berjiwa "humble" mudah didekati dan prihatin kebajikan anak buahnya tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Pemergiannya diiringi tangisan ribuan anak didik,guru guru dan pegawainya seantero negara. Aku sempat mengunjungi Datin dan anaknya di Hospital Tunku Jaafar Seremban pada Hari Ahad 16 Januari sekitar jam 12.30 tengah hari. Sebaik saja beliau melihat wajahku bersama isteri dan anak , Datin tidak dapat membendung rasa sedihnya titisan air jernih mengalir di kelopak matanya. Demikian juga Aku dan isteri . Kemudian kami menziarahi pula anaknya bersebelahan wad beliau. Kami memberikan kata-kata semangat dan berdoa semoga beliau dan anaknya cepat sembuh. Aku berharap supaya Datin tetap tabah menerima ujian Allah tanpa Datuk di sisi .

Ziarah Pusara

Kami seterusnya memohon izin untuk menziarahi pusara Datuk di Makam Haji Said Seremban bersama anaknya HEZRI . AL FATIHAH. Semoga Allah SWT melapangkan Barzahnya, menerangi nya dengan cahaya keimanan dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh sebagai ahlul jannah. Amin Yarabbal Alamin. Kepada keluarga yang ditinggalkan semoga tabah menerima ujian Tuhan ini kerana mati dan hidup adalah milik MUTLAK Allah SWT dan kita semua akan sampai jua disana tinggal lagi masa dan ketika belum tiba. Setiap yang bernyawa PASTI merasai mati. Sekali lagi dengan rasa sebak aku titipkan Al Fatihah untuk mu Datuk . Selamatlah di sana ..


Che'Yahya Che' Soh 
Pengetua SMKDK

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...