Saturday, October 30, 2010

Gomo Kelate Gomo -Red Warriors.

Tahniah pasukan Kelantan -Negeri Sembilan 2-1 . Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang baik. separuh masa pertama NS mengungguli permaianan dengan memberikan pukulan kepada pasukan Kelantan, namun kemudian Kelantan bangkit menyamakan kedudukan 1-1 melalui tandukan Hairuddin Omar (no .20) . Kelantan menang dengan 2-1 . Gomo Kelate gomo untuk menjulang PIALA MALAYSIA. Hadiah dan piala kemenangan disampaikan KBDYMM Tengku Mahkota Pahang , Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah. Piala Malaysia dijulang oleh Inderaputra Ketua Pasukan kelantan dengan sokongan hebat pasukan RED WARRIORS.

Majlis Graduasi Sekolah 29 Oktober 2010






Majlis graduasi tahun ini sangat meriah dengan kehadiran para ibubapa diluar jangkaan turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu. Majlis tersebut bermula pada jam 9.30 pagi dirasmikan oleh Timbalan Pengarah , Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat Pn Hajah Hanim bt Ibrahim mewakili Pengarah. Pengetua , dalam ucapannya menyentuh tentang perkembangan pelajaran dan sahsiah para pelajar SMKDK . Berikut ialah teks ucapan penuh Pengetua :
Che'Yahya Che'Soh.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
1. ASSALAMUALAIKUM WR WBKTH.
YBHG PN HJH HANIM BT IBRAHIM, TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN, PEJABAT PELAJARAN WILAYAH KERAMAT , KUALA LUMPUR.
YBRS EN MOHD ZAHRI BIN AB RAHIM YDP PIBG SERTA AJK, GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU KANAN, GURU-GURU, PARA IBU BAPA SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN SEKALIAN.
2. BERSYUKUR KE HADHRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERHIMPUN DI DEWAN INI UNTUK BERSAMA-SAMA MERAIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5 SMK DANAU KOTA SESI 2010. SYABAS DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA AJK PELAKSANA YANG BERPADU TENAGA BAGI MEREALISASIKAN KELANCARAN MAJLIS YANG KITA LAKSANAKAN UNTUK KALI KEDUA INI.
3. BAGI PIHAK SEKOLAH SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN ATAS KESUDIAN PUAN TIMBALAN PENGARAH HADIR MERASMIKAN MAJLIS YANG SANGAT BERMAKNA BUAT SELURUH WARGA SEKOLAH TERUTAMA SEKALI KEPADA GRADUAN DAN GRADUANITA KAMI YANG AKAN MENINGGALKAN ALAM PERSEKOLAHAN MEREKA PADA TAHUN INI .
4. YBHG. PUAN HAJAH, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
SMK DANAU KOTA TERLETAK DI TENGAH-TENGAH KAWASAN PERUMAHAN BERKEPADATAN TINGGI TERDIRI DARIPADA PENGHUNI KONDOMINIUM DAN PANGSAPURI YANG DIBANGUNKAN OLEH PIHAK SWASTA PLATINUM VICTORY SDN BHD . POPULASI PELAJAR SEHINGGA INI (OKTOBER) SERAMAI 1677 ORANG (SESI PAGI DAN PETANG) DENGAN KOMPOSISI KAUM MENGIKUT PECAHAN IALAH ; MELAYU 50% , CINA 40% DAN INDIA 10% . KITA JUGA MEMPUNYAI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN DENGAN BILANGAN PELAJAR SERAMAI 128 ORANG. PADA TAHUN 2011 PERTAMBAHAN PELAJAR AKAN MENINGKAT KEPADA 2080 BERDASARKAN ABM YANG DILULUSKAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN JABATAN. BILANGAN GURU PULA SERAMAI 124 ORANG , STAF BUKAN GURU 15 ORANG DAN PEKERJA PEMBERSIHAN 6 ORANG .
5. YBHG PUAN TIMBALAN , TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.
SAYA KEMUKAKAN PERANGKAAN INI BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI BERSAMA DENGAN HADIRIN BETAPA PADATNYA POPULASI PELAJAR SEKOLAH INI MENJELANG 2011 YANG TENTUNYA MEMERLUKAN JALINAN KERJASAMA DAN PARTISIPASI BERSEPADU SEMUA PIHAK BAGI MENJAMIN PENTADBIRAN ORGANISASI SEKOLAH TERUTAMA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERJALAN DENGAN SEMPURNA.
6. SEBAGAI PENGETUA SAYA BERSAMA PARA PENTADBIR DAN GURU-GURU SENTIASA MEMIKIRKAN KAEDAH TERBAIK MERANGKA PERANCANGAN STRATEGIk JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG BERDASARKAN VISI DAN MISI BAGI MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR SENTIASA CEMERLANG MENGGUNAKAN ANALISIS SWOT UNTUK MENGENALPASTI KELEMAHAN, KEKUATAN, PELUANG DAN ANCAMAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH. BERDASARKAN ANALISIS TERSEBUT KITA TELAH MEMPERKENALKAN PROGRAM PEMBESTARIAN PMR DAN SPM DENGAN MEMBERI FOKUS KEPADA AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEPERTI ; PROGRAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU, MEMPERTINGKATKAN BAHASA INGGERIS, PROGRAM GERAK GEMPUR, PROGRAM MUTIARA HATI, HARI BERSAMA IBU BAPA, TEKNIK MENJAWAB SOALAN DAN KEM MUTIARA HATI. HASIL DARIPADA PELAKSANAAN PELBAGAI AKTIVITI TERSEBUT TERBUKTI PENCAPAIAN PELAJAR YANG MENDAPAT SEMUA A DALAM PMR TAHUN 2009 MENINGKAT KEPADA 9 ORANG BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA HANYA 5 ORANG. DEMIKIAN JUGA DENGAN PRESTASI SPM MENINGKAT DARI SEGI PERATUS LULUS SETIAP MATA PELAJARAN IAITU ; BIOLOGI 100% , FIZIK 100%, PEND. SENI VISUAL 100% ,BAHASA CINA 100% , KIMIA 97.5 % DAN BM 82.5 % . GRED PURATA SEKOLAH JUGA NAIK DARI 6.16 KEPADA 5.72 TAHUN 2009 MENINGKAT SEBANYAK 0.44. SAYA YAKIN DENGAN GABUNGAN TENAGA DAN KEPAKARAN YANG DIMILIKI SETIAP GURU INSYAALLAH KITA DAPAT MEREALISASIKAN VISI MENJADI SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2013.
7. PUAN TIMBALAN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BARU LALU, SERAMAI 7 ORANG CALON MENDAPAT 9A , 4 ORANG 8A, 4 ORANG 7A, 11 ORANG 6A, DAN 9 ORANG 5 A. JIKA PENCAPAIAN INI DAPAT DIJADIKAN KAYU UKUR (BENCHMARK) DALAM PEPERIKSAAN SEBENAR SPM NANTI INSYAALLAH KITA DAPAT MERANGKUL KECEMERLANGAN . TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PELAJAR . SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA GURU GURU YANG BERHEMPAS PULAS MEMASTIKAN KEJAYAAN PELAJAR . JUSTERU SAYA INGIN BERPESAN MANFAATKANLAH RUANG DAN PELUANG YANG MASIH TERSISA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN DENGAN BAIK KERANA ;
Research shown that we will forget 70% within an hour and 84% within 48 hours. People learn and memorize information using a variety of learning styles. Learning styles means: How we concentrate, process and remember new and difficult information. Hearing, seeing, reading, writing, illustration and first hand experience. BE A HERO, DONT LOOK BEHIND, SHOW YOUR TALLENT, PROVE YOU’RE ABILITY, BE THE BEST AND DO IT SUCCESSFULLY. YOUR SUCCESS IS OUR HAPPINESS.
8. HADIRIN SEKALIAN.
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI UNGGUL DIPENGARUHI OLEH SIKAP DAN POLA PEMIKIRAN ANGGOTANYA YANG MEMATUHI PERATURAN DAN ARAHAN PERKHIDMATAN YANG DITETAPKAN KERAJAAN. SAYA BERSYUKUR KERANA MENDAPAT KERJASAMA PADU SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH TERMASUK PETUGAS KEBERSIHAN (CLEANER AND GARDENER) YANG SANGGUP MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK DAN SEMPURNA WALAU PUN SEMASA KETIADAAN PENGETUA.
9. HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
BAGI MENJAMIN IKLIM SEKOLAH SENTIASA TERKAWAL, KAMI SEDANG MERANGKA PROGRAM KEMASYARAKATAN UNTUK MEMBENTUK JAWATANKUASA KOMUNITI PENDIDIKAN YANG DIANGGOTAI OLEH PIHAK DBKL,PDRM, AADK, BADAN NGO, PIBG, KAUNSELOR SEKOLAH, GURU DISIPLIN, PIHAK PEMAJU DAN KOMUNITI SETEMPAT UNTUK MENANGANI SALAH LAKU DALAM KALANGAN PELAJAR MENJURUS KE ARAH SIFAR MASALAH SOSIAL.
10. PIHAK SEKOLAH BERASA SANGAT BERUNTUNG KERANA MEMPUNYAI BARISAN KEPIMPINAN PIBG YANG PRIHATIN DENGAN PEMBANGUNAN PRASARANA SEKOLAH. SUMBANGAN PIBG SEBANYAK LEBIH RM18,000 MEMBELI PERABOT KERUSI DAN MEJA MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN PELAJAR. KITA BERHARAP JALINAN AKRAB SEPERTI INI AKAN TETAP UTUH UNTUK KESINAMBUNGAN DAN KELESTARIAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK KITA DI DAERAH INI .
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALLAMUALAIKUM WR.WBRTH.
GRADUASI 291010

Tuesday, October 26, 2010

meeting with Pengarah

Early in the morning went to JPN WPKL to attend meeting with Pengarah Tuan Hj Adenan Deraman. He brought up several issues about the school development , principals role, teachers and students concern in school. The meeting over at 1200pm. In the afternoon all principals and head masters moved to The Hotel Royal Chulan attending a special ceremony to send off Tan Sri Dato Alimuddin Mohd. Dom , The Education Director General (KPPM) who will officially retire from the post next month. The event hosted by the Principal Council for Federal Territory Kuala Lumpur (MPSM) . More than 300 teachers present to participate in this ceremony. We all principal pray for you , may Allah SWT bless you and your family with a better life and have a good strength psychically and mentally after retirement . SELAMAT BERSARA TAN SRI .

meeting with Pengarah

Saturday, October 23, 2010

Kuliah Subuh Us. Ibrahim Surau Al Falah AU 4

Membaca beberapa hadith berkenaan dengan keperluan Qurban. Nabi SAW bersabda ; bagi mereka yang mampu tetapi tidak melaksanakan ibadah Qurban nescaya berada dalam kemarahan Rasullullah SAW. Berqurban dengan menyembelih kambing, lembu atau unta. Menurut Us. Ibrahim, orang Melayu tidak memiliki ilmu tentang kaedah cara menyembelih unta seperti mana orang-orang Arab. Unta tidak perlu diikat kaki tangan dan direbahkan seperti haiwan yang lain, cukup dengan melakukan sambil berdiri dengan satu kaki depannya dikat sudah cukup untuk disembelih. Allah memerintah manusia supaya melihat dan memerhati bagaimana unta diciptakan. AFALA YANZURU NAILAL IBILI KAIFA KHULILIQAT . Unta ialah binatang kesayangan Nabi SAW, menjadi kenderaan Nabi dan para sahabat baginda . Struktur dan fungsi (anatomi) unta yang tinggi , leher panjang, kulit keras dan tebal mempunyai bonggol yang besar sangat sesuai hidup di sahara . Unta mampu menyimpan air untuk beberapa lama. Satu keistimewaannya ia mempunyai daya ingatan yang tajam dan tidak akan sesat dalam perjalanan menuju sesuatu destinasi.

PIBG SMK DANAU KOTA BANTU SEKOLAH

I would like to take this opportunity to express my deepest appreciation to the Parent -Teacher Association (PTA) especially to the Chairman En. Mohd. Zahari Ab. Rahim and their committee for providing accommodation to help school ( chairs and tables) . PTA spend about RM18,000 .00 for the goods. A good relationship between school and PTA should be maintain and continuing harmony for the student benefits .

Friday, October 22, 2010

Kursus Tata Tertib di KLIH 19-21 Oktober 2010

Attended the course on TATATERTIB conducted by Unit Tatatertib JPN WP KL for several principals from KL and Putrajaya . This course was held on 19-21 October at The Hotel Kuala Lumpur International .This course was given by the officer from Ministry Of Education regarding the rule and regulations of work. As a principal we were face a lot of constraint such as ; The school infrastructure , student affair , relationship with the parent , academic performance, co curriculum, human resource and how to manage the school fun objectively to ensure all the programs run smoothly. The principal as a leader, manager or chief (CEO) in school hold the important post should be able to convince people (subordinate) to do the job well.

Tuesday, October 19, 2010

Lagu Maher Zain Menyentuh Hati Ku

Setelah mendengar, menghayati dan menikmati setiap bait lagu Open Your Eyes, alunan merdu suara Maher Zain penyanyi yang juga komposer terkenal di Sweden membuatkan hatiku sungguh tersentuh, insaf dan merasa begitu kerdil disisi Allah SWT yang mencipta manusia. Bait lagu " when the baby born so helpless and weak" dan "the moon and the sun such as perfect and harmony" antara lirik yang sungguh menggugah hatiku sehingga ada ketikanya tanpa ku sedari titisan air jernih mengalir membasahi pipi ku.

Maher Zain penyanyi antara bangsa yang
berjaya membawa mesej Rabbani menyedarkan
manusia sejagat


Menangis mengenangkan kealfaan dan ghaflah diri dalam kehidupan ini. Kemampuan Maher mengolah, menyusun dan mengadaptasi lagunya dengan keindahan alam mampu membawa pendengar memikir kebesaran Allah Pencipta manusia . Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada hambanya Maher Zain untuk terus berkarya membawa mesej ketuhanan yang sangat didambakan setiap insan. Semua lagu beliau mengandungi pengajaran dan tamsilan yang sangat berkesan dalam usaha mencari kebahagiaan yang hakiki bersandarkan keimanan kepada Tuhan Pencipta Alam.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...