Friday, February 16, 2018

Sepetang di perairan pesisir











Deruan angin sore menerjah pantai. Kelihatan ombak bergulung memutih di gigi air silih berganti. Indahnya pemandangan laut lepas membiru. Terdengar buskers mendendangkan lagu " di tepi pantai nan indah" menderu bersama tiupan angin laut yang bebas. Kedengaran tawa riang kanak kanak bersama ayah ibu bermain layang layang di pinggir pantai yang bersih memutih.  Deretan penjaja menjual berbagai makanan dan minuman di bawah pepohon ru yang berderetan mencari rezeki.  Tampak pada pandangan mata lautan luas yang tiada sempadan seolah olah seperti berada di bawah lengkungan langit Tuhan yang sungguh mengkagumkan.  Subhanallah.  Apabila sang suria semakin rendah pemandangan lautan semakin indah. Negeri Trengganu mempunyai keindahan pantai yang bersih memutih di samping banyak pulau pulau yang menjadi destinasi wisata seluruh dunia.  Pulau Perhentian,  Pulau Redang,  Pulau Kapas dan Pulau Bidong  yang suatu ketika dahulu menjadi penempatan orang hanyut Vietnam sejak sekian lama.

Lautan dan kehidupan

Antara lautan dan manusia terkandung seribu makna kehidupan. Sedingin pagi nelayan turun ke laut mencari rezeki meninggalkan anak isteri dengan harapan membawa pulang hasil tangkapan setiap hari.  Berbekalkan semangat dan keyakinan beroleh tangkapan mereka terpaksa meredah ombak gelombang di tengah tengah samudra luas tanpa memikirkan risiko yang bakal  terjadi demi sesuap rezeki.








Pantai bersih

csyahya victory
Jumaat sore 16 Feb 18

Tuesday, February 13, 2018

Hidup Bermanfaat

Bismillah Alhamdulillah sebagai pembuka bicara.  Sesuatu perkara yang baik di mulai dengan menyebut nama Allah dan puji pujian kepadaNya sebagai tanda syukur  seorang hamba. Selawat dan salam untuk junjungan tercinta Rasulullah Saw dan keluarganya yang membawa manusia mengenal iman dan Islam. Sesungguhnya masa begitu cepat berlalu. Tahun 2018 telah memasukki pertengahan Februari dan sebentar lagi tibanya Mac.  Demikian rotasi perjalanan waktu berlalu meninggalkan manusia menjadi sejarah yang tidak mungkin kembali . Waktu tidak bisa di ganti dan pastinya usia yang tertinggal semakin tersisa. Namun sejauh mana manusia menyadari susutnya umur setiap masa menandakan semakin hampir menuju pusara. Justeru manfaatkan lah semaksima mungkin usia yang masih tersisa untuk memenuhi tuntutan Tuhan sebelum datangnya KEMATIAN. Rotasi kehidupan yang bermula di alam roh memasukki alam rahim menuju alam dunia buat seketika kemudian ke alam barzah,  alam akhirat dan alam mahsyar untuk menerima pembalasan samada baik atau sebaliknya. Allah menghitung setiap perbuatan dan amalan hamba hambaNya walaupun sebesar zarah kebaikan yang di lakukan semasa hayat di dunia.  Barzah adalah persinggahan awal manusia.  Jika barzah di limpahi cahaya ketenangan pastinya manusia memperoleh kebahagiaan. Demikian juga jika barzah gelap gulita penuh zulumat petanda manusia menderita di akhirat. Tiada siapa yang boleh menolong kita kecuali ketika datang menemui Tuhan dengan membawa sekeping hati yang sejahtera.  Al Qur'an menyebutnya Qalbun saliim. Sesungguhnya kehidupan di dunia itu sementara@ mataa ul ghurur. Rebutlah kebaikan kerana ia akan datang menemani kita di alam pusara.  Sebaik baik manusia ialah orang yang panjang umurnya baik amalan. Demikian pula sebaliknya.

Teman Barzah

Kawan gembira senang di jumpa teman menangis tersangat langka. Di saat bahagia ramai teman ikut berjenaka masa susah menderita terlalu sukar untuk di rasai bersama. Demikian analogi sebuah kehidupan di dunia. Apabila manusia sudah tiada akan menjadi cerita kepada yang masih ada.  Justeru tinggalkan lah cerita yang baik baik untuk di kenang sebagai jariah berterusan sepertimana mengalirnya anak sungai menuju lautan yang tidak pernah putus selagi adanya alam. Amalan yang baik di sebut sebut kendatipun kita telah bersemadi di pusara. Siapa yang menemani kita di barzah?  Apakah doa kerap di kirim oleh anak anak yang di tinggalkan? Apakah ilmu yang kita ajarkan menjadi teman di kala menderita atau harta kah teman setia?  Sedakah jariah pastinya akan bersama menemani sepanjang kita berada di sana. Al Qur'an memberitahu manusia merayu rayu kepada Allah untuk kembali ke dunia walaupun seketika untuk melakukan amal soleh namun tidak mungkin. Di sana tempat menerima pembalasan atau ganjaran daripada Tuhan.

Hidup bermanfaat

Sebaik baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Kehadirannya di nanti kehilangannya di tangisi. Berkongsi kebahagiaan sesama insan yang menumpang di bumi Tuhan menjadi matlamat orang yang beriman. Hidup bukan sekadar memenuhi keperluan shahwat dengan mengumpul sebanyak mungkin harta,  mengejar kedudukan dan pangkat yang tidak berpenghujung. Nilai kehidupan di tentukan oleh kesejahteraan, ketenangan dan kedamaian yang tidak bisa di ukur dengan banyaknya materi.  Hidup bermanfaat pasti membawa berkat kerana  sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak mengejar habuan di dunia. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bermanfaat kepada manusia lain termasuk haiwan,tumbuh tumbuhan dan beradab dengan lingkungan untuk kelestarian kehidupan.

Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam
csyahya victory
Rabu 14 Feb 2018

Monday, February 12, 2018

Antara Abu Lahab dan Abu Talib

Islam datang ke muka alam sebagai rahmatan lil alamin. Rahmat Allah memenuhi jazirah bumi dengan keagungan Islam. Sejak zaman Nabi Adam Alaihissalam bumi ini terus bergantI generasi selagi dunia belum kiamat. Para Nabi bertugas menyampaikan pesanan Tuhan mengajak manusia beriman kepada Allah dengan penuh ketaqwaan. Mereka berdakwah kepada kaumnya siang dan malam selama beratus tahun namun sedikit sekali yang beriman kepada Tuhan. Kisah kaum Nabi Noah AS  mewarnai kehidupan umat manusia yang sangat degil dan keras kepala tidak mahu menerima ajakan Baginda. Anaknya Kan'an bersama isteri Baginda di hanyutkan bah besar bersama mereka yang kufur kepada Allah. Perasaan seorang ayah tidak dapat di sembunyikan lantas Nabi Noah memanggil anaknya namun tidak di endahkan.  Hai anak ku mari lah bersama ku jangan kamu ikut orang yang syirik kepada Allah.  Anaknya menjawab aku akan naik ke atas bukit mencari perlindungan namun Nabi Noah berkata tiada siapa dapat menolong kecuali mereka yang di pelihara Allah.  Lalu tenggelam lah anaknya bersama gelombang dahsyat bersama mereka yang tidak beriman kepada Tuhan.Allah SWT memerintahkan langit berhenti lah hujan dan mengarahkan bumi menelan air akhirnya  Bahtera Baginda berlabuh di bukit Judi. Rasa kasih seorang ayah tidak bernoktah lalu Baginda memohon kepada Allah menyelamatkan anaknya namun Allah tidak memperkenankan permintaan Baginda.  Hai Noah sesungguhnya anak mu bukan ahli keluarga mu kerana dia bukan seorang yang soleh. Demikian secuplik peristiwa yang di rekod Al Qur'an terhadap kaum Nabi Noah AS untuk menjadi parameter iman kepada kita.

Bapa saudara Nabi Saw

Mekah tempat lahir dan nembesarnya Baginda Nabi Saw sehingga berkahwin dengan Siti Khadijah dan di kurniakan enam orang anak.  Muhammad ibni Abdullah dari keturunan khurais yang mulia.  Datuknya Abdul Mutalib pembesar Mekah mempunyai 10 orang anak semuanya lelaki.  Ayah Nabi Saw wafat semasa baginda masih dalam kandungan ibunya Siti Aminah.  Setelah lahir baginda di besarkan oleh ibunya dan di titipkan kepada ibu susuan di luar kota Mekah.  Setelah berumur enam tahun baginda mengikut ibunya menziarahi maqam ayahnya namun takdir telah menentukan ibunda tercinta Siti Aminah wafat di Abwa pertengahan jalan antara Mekah dan Madinah. Baginda di pelihara oleh Datuknya Abdul Mutalib untuk beberapa ketika. Saling berganti tangan menjaga dan memelihara Baginda menjadi resam kehidupan .Setelah ketiadaan Abdul Mutalib,  Nabi Saw di pelihara bapa saudaranya Abu Talib yang sangat menyantuni dirinya.  Di sini lah bermula segala galanya.  Nabi ikut bersama berdagang di Syam bersama bapa saudaranya.  Sepanjang perjalanan tompokan awan kelihatan berarak memayungi Baginda hingga sampai ke tempat yang di tuju. Rombongan Abu Talib di datangi pendeta Buhaira seorang yang alim.  Beliau meminta Abu Talib segera kembali ke Mekah kerana di khuatiri akan terjadi peristiwa yang tidak di ingin terhadap Nabi Saw. Lahirnya Nabi akhir zaman di tandai dengan cap Nubuwwah di tubuh Baginda sebagai bukti kenabian.

Tentangan dakwah

Sejak kecil terkenal dengan gelaran Al Amin ertinya orang benar.  Keberadaan Nabi Saw di tengah tengah masyarakat di sambut dengan penuh hormat dan kasih sayang terutama oleh bapa saudaranya Abu Lahab. Mereka menyayangi Nabi Saw kerana mempunyai akhlak terpuji yang sukar di temui dalam kalangan penduduk Mekah. Langit tidak selalunya cerah tompokan awan hitam mula menyelimuti bumi Mekah di saat Nabi Saw menyampaikan kebenaran TUHAN.  Baginda mula di musuhi dan di sakiti oleh kaumnya. Tentangan yang di hadapi dari kalangan keluarga terdekat .Antara memilih kebenaran dan kerabat meletakkan Nabi Saw dalam keadaan yang terlalu sukar. Abu Lahab memusuhi baginda bersama Abu Jahal dan pemuka masyarakat Mekah.  Di saat Nabi menyampaikan pesanan Tuhan Abu Lahab mengatakan celaka kau Muhammad jika ini yang hendak engkau sampaikan kepada kami. Dengan segera Allah menyahut Tabbat Ya Abu Lahab.  Celaka lah kedua tangan Abu Lahab . Turunnya surah Tabbati yadaa Abi Lahab sebagai laknat Allah ke atas Abu Lahab dan isterinya.  Pastinya neraka lah tempat kediamannya.

Bulan dan matahari

Dalam mengembangkan misi kebenaran Baginda Nabi Saw bersama sahabat setia Abu Bakr As Siddiq dan mustadafin berdepan dengan berbagai tekanan sehingga mengancam nyawanya. Melihat tekanan dan kemarahan kuffar kepada seruan Nabi Saw, bapa saudaranya Abu Talib menasihati Baginda supaya berhenti menyampaikan dakwah.  Dengan penuh lembut tetapi tegas, Nabi Saw berkata " Wahai bapa saudaraku jika mereka meletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku dengan harapan supaya aku berhenti daripada menyampaikan pesan Tuhan ku atau aku mati kerananya,  nescaya aku tidak sekali kali berhenti daripada menyampaikannya". Demikian hebatnya ujian yang menimpa Baginda sehingga nyawa menjadi taruhan dalam menyampaikan misi Tuhan. Abu Lahab dan Abu Talib kedua duanya bapa saudara Nabi Saw. Abu Talib tempat menumpang kasih setelah ketiadaan datuknya Abdul Mutalib.  Antara Abu Lahab dan Abu Talib mempunyai sosok yang berbeda walau pun kedua dua tidak beriman.

Wallahua'lam
csyahya victory
Selasa 13 Feb 2018

Bumi hijau



Durian Belanda

Sesungguhnya bumi ciptaan Tuhan mempunyai pelbagai keistimewaan. Bumi tempat tumbuhnya beraneka spesis tumbuhan dan flora menjadi indikator rezeki kepada sesiapa sahaja yang ingin berusaha bersahabat dengan alam.  Antara alam dan manusia terkandung rahsia kehidupan. Tamsil kehidupan sangat membantu mengenal diri sepertimana turunnya hujan membasahi bumi menghidupkan tumbuh tumbuhan.  Bumi yang tadinya mati kembali segar setelah di sirami hujan dari langit. Setiap kali saya menjirus pepohonan saya selalu berselawat kepada Nabi Saw dan berbisik kepada setiap tanaman hidup subur berbuah lebat.  Subhanallah. 



csyahya victory
Isnin 12 Feb 2018




Teratak kecil



Mulai di bina oleh cgu Bahruddin Mohammad pada 17 Disember 2016 kini pondok kecil ini sudah boleh di jadikan tempat melepaskan lelah sambil beristirehat. Melihat anak anak pokok mulai tumbuh dan membesar sedikit sebanyak menjadi penyeri diri, terubat hati dengan kehijauan dan beraneka bunga menghiasi laman. 

Burung burung pagi sentiasa bernyanyi mengitari laman ini seolah olah memahami tibanya rezeki setelah melihat ku membawa kepingan roti untuk mereka. Kicauan suara sang burung menjadi terapi diri. Pondok kecil di batas kota menjadi ispirasi untuk mencari makna diri.  Pokok pokok durian selat, pisang,  durian, mangga, kelapa,  rambutan, dokong, tamar dan rambutan mula subur menghijau In sha Allah jika di panjangkan usia oleh Tuhan akan dapat mencicipi hasilnya.  Berbudi kepada tanah sedikit sebanyak membuahkan hasil. Aamin. 




csyahya victory
Isnin 12 Feb 2018.




Thursday, February 8, 2018

Hidayah Milik Allah

Allah SWT mengutus para Nabi dan Rasul bertujuan membimbing dan mengajak manusia mengenal Pencipta. Awwaludin makrifatullah. Awal agama mengenal Allah. Proses mengenal Pencipta memerlukan ilmu dan iman. Manusia akan hanyut dalam kesesatan jika tidak beriman kepada Tuhan. Iman ialah sebuah keyakinan yang padu terhunjam kukuh di dalam dada sebagai manifestasi tujuan manusia di ciptakan. Tuhan tidak mencipta kan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya. Ilmu mengajar manusia mengenai kehidupan. Agama membawa manusia ke jalan Tuhan. Jalan yang lurus di bawa oleh para Nabi untuk menyelamatkan umatnya dari kebinasaan. Antara ilmu dan Agama saling berkait kendatipun ramai orang berilmu tetapi tidak beriman. Melalui pendidikan manusia memitperolehi ilmu dan kemahiran untuk membina kekuatan Jasmani dan keseimbangan rohani. Pendidikan ialah proses pembentukan akal budi bertunjangkan keabsahan ilmu pengetahuan seharusnya menjadi indikator kesantunan pribadi sebagai manifestasi ilmuan di segani.

Ilmu dan Agama

Ilmu @ Sains seharusnya menjadi pemangkin ke arah mengenal Tuhan jika manusia menggunakan akal mindanya secara impiri untuk mencari kebenaran. Planet bumi tempat bermukimnya manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan sejak jutaan tahun menjadi bukti kekuasaan Tuhan. Tasbih alam tidak pernah berhenti memuji Tuhan sebagai tanda ketundukkan kepada Pencipta. Dari kejauhan terdengar sayup suara bersahut sahutan Margasatwa alam memecah kesunyian hutan menambahkan rasa kagumnya dengan kebesaran Tuhan. Flora dan fauna hidup saling bergantung di antara satu sama lain untuk keseimbangan ekologi alam.  Tidak mungkin alam ini terjadi sendiri atau sering di sebut alam semula jadi melainkan dengan kehendak Ilahi. Siapa yang menanam jutaan spesis tumbuhan yang membanjari bukit dan gunung ganang? Hutan yang menjadi sumber air membawa seribu manfaat untuk kelestarian kehidupan manusia dan penghuni lainnya di bumi. Allah SWT menjadikan gunung ganang sebagai pasak bumi untuk keseimbangan ekosistem alam. Di puncak gunung terbitnya mata air dari celahan akar kayu dan batu batuan mengalir menuruni lembah membentuk air terjun yang mengkagumkan. Subhanallah.
Di permukaan bumi terdapat ribuan malah jutaan sungai yang mengalir menuju ke laut lepas. Ini membuktikan bumi ini terdiri daripada 70 peratus air hanya 30 peratus daratan. Allah lah yang menjadikan lautan luas untuk memudahkan kapal kapal belayar membawa barang dagangan keseantero dunia. Demikian juga dengan manusia yang sebahagian besar dirinya di bangunkan oleh air untuk mengekalkan suhu badan dan keseimbangan hidup. Allahu Akbar.  Manusia memanfaatkan sumber daya alam untuk mencari rezeki yang tidak pernah sirna sejak adanya bumi ini. Ribuan spesis ikan di sungai dan jutaan hidupan laut menjadi sumber pendapatan kepada manusia.

Mencari hidayah

Hidayah ialah petunjuk kebenaran yakni mencari Tuhan yang berhak di sembah.  Tuhan yang di cari ialah Pencipta manusia dan alam sarwajagat yang penuh dengan bukti dan dalil kewujudan Allah. Memang zat Allah tidak dapat di lihat dengan mata tetapi kesannya dapat di pandang dan di rasai.  Manusia tidak dapat melihat angin tetapi yakin benar adanya angin bila pokok bergoyang. Angin bertiup lembut mendamaikan dan angin juga bisa menggoncangkan lautan dengan memukul ombak menggulung hingga memusnahkan kehidupan. Lihatlah ke dalam diri dengan penuh maknawi. Diri yang dulu nya tidak pernah wujud dengan kehendak Tuhan manusia di lahir kan ke muka bumi melalui perantaraan kedua ibu bapa. Pertanyaan tentang hakikat kehidupan terus menerjah fikiran jika kita mahu mencari Tuhan. Secara biologi apabila berkahwin akan memperolehi zuriat namun berapa ramai pasangan yang tidak mempunyai anak kendatipun belasan tahun hidup bersama? Demikian sedikit analogi dalam mencari kebenaran. Hidup tanpa hidayah nescaya berada dalam kesesatan berpanjangan.  Hidayah milik Allah,para Nabi tidak di beri kelebihan untuk memaksa manusia beriman walau pun mereka mempunyai mukjizat. Jika para Nabi mempunyai hak untuk memberi hidayah kepada umat manusia nescaya semuanya akan beriman kepada Allah. Tugas mereka membawa khabar gembira dan berita menakutkan dengan azab siksaan di akhirat akibat perbuatan semasa hidup di dunia.  Perjalanan hidup manusia tidak hanya bernoktah di barzah tetapi terus menempuh beberapa alam lagi iaitu alam akhirat dan mahsyar untuk menerima pembalasan dan ganjaran Tuhan. Di saat mulut terkunci, lidah bisu, seluruh anggota badan menjadi saksi terhadap setiap perbuatan dan amalan manusia semasa dunia tidak terlepas daripada perhitungan Allah. Pasti di perlihatkan walaupun sebesar zarah kebaikan atau sebaliknya.

Di saat meninggalnya Abu Talib baginda tersangat sedih kerana bapa saudara yang di sayangi dan banyak berkorban untuk Islam gagal mengucapkan shahadah.  Walau pun Nabi Saw mampu memberikan syafaat kepada umatnya namun dalam hal Hidayah milik mutlak Allah SWT.


Return to Allah. 
Source: YouTube. 


Wallahua'lam
csyahya victory
Kul Ahad 10 Feb 2018

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...