Friday, July 10, 2015

Mimosa Pudica Penawar Buasir

Pagi tadi Sabtu 11 Julai 2015 selesai Solat Subuh seperti biasa Ustaz Mat Zin menyampaikan kuliah di Surau Alfalah AU 4 Keramat membicarakan intisari Surah Luqman berkaitan dengan ilmu Allah. Jika lautan itu dijadikan tinta dan pohon pohon sebagai pena nescaya tidak pernah habis ilmu Allah untuk di tulis. Demikian hebatnya ilmu Allah Taala yang seluas langit dan bumi.Manusia kendatipun mempunyai Phd namun ilmunya terlalu sedikit seumpama mencelup jari ke dalam air sisa yang tinggal itulah milik manusia. Demikian perumpamaan ilmu. Justeru manusia tidak boleh berbangga dan bersikap ananiyah bahawa mereka hebat.Sesungguhnya Allah mencipta setiap sesuatu itu tidak sia-sia melainkan untuk manfaat manusia belaka. Sumber ilmu datangnya dari Allah SWT yang diajarkan kepada Nabi Muhammad Saw perantaraan Malaikat Jibril. Al Qur'an yang mulia ialah mutiara kata yang datang daripada Allah Swt membawa berbagai berita untuk manusia. Allah yang mengajar manusia tentang ilmu yang mengikut perbahasan ulama terbagi tiga iaitu : Al Qur'an, As Sunnah dan As Sahabah. Bagi siapa yang mengintrospeksi diri sendiri nescaya akan mengenal Penciptanya  iaitu Allah SWT dengan penuh keimanan.

Rahsia alam 

Alam luas  terbentang mengandungi seribu rahsia yang tidak terungkap oleh minda manusia. Ribuan spesis tumbuhan bukan saja menyejukan ekosistem alam malah banyak menyumbang  kepada kebaikan manusia. Pokok semalu yang nama saintifiknya mimosa pudica menjadi penyembuh penyakit buasir. Mimosa Pudica menguncup bila terkena sentuhan. Tumbuhan renek berduri hidup meliar ini yang kelihatan tidak berharga rupanya mampu menyembuhkan penyakit. Subhanallah. Testimoni ini di ceritakan oleh Ustaz Mat Zin melalui pengalaman beliau sendiri yang pernah mengidap buasir beberapa lama. Buasir ialah ketumbuhan yang membengkak pada rektum menyebabkan sukar untuk membuang air besar. Apabila terlalu kronik terpaksa di potong.  Penyakit ini kerap terjadi kepada kaum lelaki berusia.  Dengan Izin Allah beliau meminum air rebusan pokok semalu penyakitnya beransur hilang dan pulih sepenuhnya. Bagi mereka yang terkena buasir boleh mencuba kaedah ini mudah- mudahan berkesan dengan bantuan dan Izin Allah.

Image result for mimosa pudica
Mimosa Pudica (Pokok semalu)

Inilah morfologi Mimosa Pudica (MP) yang dikatakan mujarab untuk mereka yang terkena penyakit buasir. Setiap ciptaan Tuhan ada manfaat tertentu tinggal lagi manusia terlalu naif kerana ilmu yang sangat sedikit. Berbagai ubatan berasal dari sumber tumbuhan yang dilakukan melalui berbagai proses melalui ujian makmal sebelum di akui oleh pakar perubatan untuk keperluan manusia.Bagi membuktikan kesahan mimosa pudica sebagai ubat yang dapat menyembuhkan buasir kajian secara saintifik perlu dilakukan dengan lebih terperinci dalam bidang kedoktoran.


Wallahua'llam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Kuala Lumpur.
Sabtu 11 Julai 2015
25 Ramadhan 1436H


1 comment:

  1. Rebus pokok semalu sekali akar nya ke tuan? Ada campur benda lain sekali ke?

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...