Sunday, July 12, 2015

Apabila Wujud Dualisma


Kisah penciptaan alam semesta telah diceritakan oleh Allah di dalam Al Qur'an  untuk manusia mengambil pengajaran dan renungan tentang hakikat kehidupan. Suasana masyarakat dunia pada hari ini berada dalam keadaan tidak tenteram. Ketidaktenteraman ini disebabkan berlakunya berbagai kegawatan hidup yang mencemaskan manusia. Kejatuhan mata wang dan parahnya transaksi dagangan antara negara menjadi penyebab kemeruduman ekonomi. Negara yang di bebani dengan hutang yang serius akan menuju era kegelapan sepertimana yang berlaku kepada Greece sekarang. Greece tempat bermulanya peradaban Barat yang termasyhur telah mengalami krisis euro-zone  yang sangat kritikal sehingga menjejaskan kehidupan rakyatnya. Kekuatan kepimpinan dan  pentadbiran dalam  pengurusan ekonomi negara menjadi indikator kesejahteraan rakyat. Pengurusan sumber ekonomi bergantung kepada kecekapan pemimpin yang mampu menjana pendapatan dan pengeluaran hasil negara. Penguatkuasaan hukuman kepada penjarah ekonomi perlu dilaksanakan dengan keras untuk kesejahteraan dan keharmonian manusia. Negara akan hancur sekiranya rasuah dan ketidakjujuran pengurusan dan pentadbiran berlaku secara berleluasa di semua peringkat. Demikian sedikit pencerahan informasi yang perlu di fikirkan bersama.

Epistimologi dualisma

Dari segi epistimologi (ilmu) tidak terdapat dualisma dalam Islam. Sumber asas ilmu ialah berasal dari Allah. Hakikat manusia sama di sisi Tuhan kecuali TAQWA. Begitu juga tidak ada pemisahan antara ulama dan professional. Kehancuran doktrin sesebuah organisasi atau siasah di sebabkan aliran pemikiran yang memisahkan professionalisma dengan agamawan  sedangkan ulama dan umarak itu perlu berjalan seiring untuk kesejahteraan dan keadilan umah. Kebijaksanaan pemimpin merungkaikan kemelut menjadi indikator kemercuan organisasi. Gabungan idea antara keduanya boleh memantapkan pengurusan organisasi bukannya saling berantagonis sehingga memberi impak negatif kepada umah.Organisasi yang baik mempunyai kepimpinan yang berwibawa,berdaya maju dan paling utama mengajak manusia untuk bersama membangun bersama Islam melalui pendekatan yang bijaksana.Sesungguhnya setiap pergeseran itu bermula dari pemimpin bukannya pengikut. Sejarah lampau membuktikan apabila Parameswara memeluk Islam dan menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah, seluruh rakyat mengikut jejak langkah Baginda. Inilah yang dimaksudkan dengan kredibiliti dan aura kepimpinan.

Bahaya dualisma

Aliran  pemikiran dualisma secara juzu'iah (compartmentalize) dalam kalangan pemimpin membawa kemusnahan kepada umah. Memisahkan golongan ilmuan Islam dengan professional tidak mendatang kebaikan kepada umah kerana fungsi ilmu ialah mencari titik temu secara autentik iaitu Redha Tuhan dalam setiap perbuatan dan tindakan.Pemimpin yang mencari Redha Tuhan tidak tergugah dengan ganjaran emas berlian, cukup dengan pendapatan yang mereka miliki kerana sifat QANAAH menjadi ukuran orang beriman. Itulah yang diajarkan oleh Nabi Saw walau pun Baginda seorang Pemimpin Agung dunia tetapi hidupnya terlalu sederhana. Paradigma tauhid yang menjadi tunjang orang beriman seharusnya menjadi indikator penyatuan umah, namun sayang sekali terlalu langka dalam jiwa pemimpin sehingga punahnya sosialisasi kehidupan. Antara fardu kifayah dan fardu ain saling melengkapi antara satu sama lain. Ramai Sarjana yang memiliki ijazah dalam berbagai bidang termasuk lulusan Pengajian Islam baik di dalam mau pun luar negara namun tidak mampu memanifestasikan pendidikan Al Qur'an secara syumul untuk menyatukan umah. Kendatipun memiliki ilmu tetapi  kurang beradab, tidak bijaksana malah langsung sirna pekerti sebagai ilmuan sejati. Justeru tidak hairan berlaku ketidakaturan dalam mengendali dan memimpin organisasi. Pemimpin berwibawa mempunyai kejernihan diri, berlapang dada dan paling penting berusaha menyampaikan risalah Rabbani kepada seluruh manusia memanggil mereka mendekati Tuhan Yang Berhak di Sembah iaitu Allah SWT  sesuai dengan pesan Al Qur'an Ud' U ILA SABILI RABBIKA BIL HIKMAH hingga akhir ayat.

Image result for ud'u ila sabili


Wallahua'lam

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Kuala Lumpur.
Isnin 13 Julai 2015
26 Ramadhan 1436H

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...