Kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat kerana kestabilan ekonomi sesebuah negara. Kepunahan sosial kerana berlakunya ketidakaturan dalam pengurusan sehingga pungli (pungutan liar) bermaharajalela. Apabila pungli berleluasa dalam setiap aktiviti kehidupan, rakyat kecil menderita kerana terpaksa menampung kehidupan harian dengan perbelanjaan yang terhad malah ketidakcukupan untuk menyara keluarga. Pungli ialah bentuk rasuah yang menyalahi undang-undang negara dan mendapat laknat (Neraka) daripada Tuhan bagi mereka yang memberi dan menerima. Pungli ialah perbuatan yang paling jorok dan mencemarkan institusi masyarakat. Ramai orang berbicara tentang ketelusan dan ketulusan mengurus tetapi masih tetap berlaku ketirisan dalam banyak organisasi baik sektor awam mau pun swasta sehingga menjejaskan kehidupan massa.
Budaya Pungli
Apabila pungli menjadi budaya dan berakar umbi dalam masyarakat rosaklah organisasi yang pastinya memberi impak jangka panjang kepada kestabilan ekonomi negara. Organisasi yang baik mampu mengurus kewangan secara berhemah dengan mematuhi tata cara pengurusan yang ditetapkan bagi sesuatu perolehan atau pembelian. Ketua Jabatan sebagai pegawai pengawal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan organisasinya. Kecemerlangan atau kemeruduman sesebuah organisasi ditentukan oleh Ketua Jabatan. Organisasi sekolah yang di ketuai oleh Pengetua atau Guru Besar merupakan personnel yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan. Pengetua yang mengawal peruntukan berdasarkan PCG setiap mata pelajaran dan Lain-Lain Perbelanjaan Tambahan (LPBT) di samping SUWA Sekolah dan Asrama .
Kejujuran Intelektual
kebobrokan organisasi kerana salah tadbir urus yang berkemungkinan besar terselit secara tersembunyi dalam diri personnel untuk berlaku tidak jujur dengan pengurusan dan pengendalian kewangan dan harta awam. Seandainya setiap penjawat mempunyai kejujuran intelektual (integriti) pastinya tidak berlaku ketidakaturan dalam pengurusan kewangan sehingga merugikan negara. Sebagai pembayar cukai tetap kita berasa terkilan dengan kejadian yang tidak jujur berlaku.Pungli boleh berlaku di mana saja ketika jual beli, pemberian perkhidmatan ,perniagaan, pengendalian sebut harga dan tender yang di keluarkan.Pendidikan mengajar manusia dengan nilai nilai murni seperti jujur, bertanggungjawab, berintegriti berteraskan amanah sebagai simbol kemuliaan ilmu.Manusia yang berilmu cenderung melakukan kebaikan dalam setiap tindakan. Peranan Pengetua tidak sahaja membangun instruksional kurikulum namun yang lebih utama mempastikan setiap sen yang dibelanjakan mesti berpaksikan ketelusan untuk pembangunan sekolah.
Data SPRM
Sumber: www.ourdifferentview.com
Rasuah berlaku di mana-mana selagi manusia bertuhankan nafsu mazmumah yang tidak pernah berasa cukup dengan rezeki yang ada. Data SPRM menunjukan perangkaan tangkapan yang di buat membuktikan rasuah berleluasa dalam kalangan mereka yang berkepentingan.Naluri manusia memang inginkan kesenangan dan kekayaan sehingga tidak sedikit yang terbabit dengan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk mengaut keuntungan diri. Pertembungan antara hak dan batil dengan desakan hidup manusia boleh menjadi kelabu dan gelap mata. Pengaruh wang cukup kuat kepada manusia. Pendidikan integriti perlu diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk memberi kesedaran kepada setiap pelajar mengenai bahaya rasuah yang jika tidak di bendung sedari awal boleh menghancurkan masyarakat,bangsa dan negara.

Sumber: srimuda.blogspot.com
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Kuala LUMPUR.
Rabu 8 Julai,2015.
No comments:
Post a Comment