Perjalanan ke Toledo dari Granada melalui jalan berbukit yang agak curam dengan pemandangan yang cantik. Kami menginap di hotel Mayoral berdekatan dengan stesyen bas. Bentuk muka bumi Toledo umum nya berbukit. Kami singgah makan tengah hari dan solat jamak Zohor dan Asar di kawasan Rehat dan Rawat di sebuah restaurante milik Morrocan. Makanannya ada rasa dan sesuai dengan selera. Ada udang, sotong, ikan dan ayam, banyak pilihan. Kami seterusnya menuju Toledo. Walau pun Toledo tanahnya tinggi namun infrastruktur untuk publik di utamakan dengan penyediaan escalator untuk sampai ke pusat kota. Ini lah escalator yang paling jauh sepanjang saya ingat. Kami meyelusuri sekitar bandar ini dengan berjalan kaki mendaki bukit untuk makan malam di sebuah restaurente Syria terletak di kawasan tersudut yang sukar di temui kecuali bagi mereka yang arif dengan suasana di sini. Melewati ke restaurente ini ternampak bergantungan " makanan tidak halal" di kedai berdekatan. Saya kurang berselera makan di sini kerana terbayang nasib anak-anak dan orang-orang tua di Syria yang sedang kebuluran dan terpaksa berjuang menyabung nyawa untuk terus hidup. Mereka meninggalkan tanah air menyeberangi lautan, ada yang tidak kesampaian, mati di perjalanan tidak kurang juga terpaksa mendiami khemah pelarian dalam serba kekurangan akibat kekejaman regim Asad. Selesai makan malam kami masing-masing membeli belah sekadar untuk kenangan di sekitar bandar ini. Seperi kota-kota lain juga, Toledo telah di wartakan sebagai pusat warisan dunia oleh UNESCO sejak tahun 1986, tiga dasawarsa yang lalu.
Escalator yang panjang
Makan malam di Syrian Restaurente
Toledo
Escalator yang panjang
Makan malam di Syrian Restaurente
Toledo
Panorama Toledo yang cantik
Antara Toledo dan Madrid
Antara Toledo dan Madrid tidak jauh kira-kira 75 km sahaja tetapi jalannya curam berliku melalui lereng lereng bukit . Selesai sarapan pagi di Mayoral Hotel bersama telor kentang dan kopi, kami bergerak meninggalkan kota warisan yang menyimpan banyak khazanah silam ini. Bas membawa kami 18 orang menuju Madrid yang terkenal dengan kesebelasan tersohor Real Madrid. Sepanjang perjalanan pemandu bas yang exclusive ini memutarkan lagu lagu evergreen Sepanyol yang klasik . Walau pun tidak mengerti seni katanya tetapi sedap didengar menjadi halwa telinga kami yang berumur ini. Sebelum tiba di Madrid, Ahmad Zaruk pemandu pelancong membawa kami singgah di outlet untuk memberi ruang kepada rombongan membeli buah tangan. Selesai membeli belah kami meneruskan perjalanan ke Madrid.
Pn Farida dan Pn Hazipah
menikmati keindahan suasana di sini.
Bersiap ke Madrid
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut Park City, Kuala Lumpur.
Sabtu 4 Jun 2016
No comments:
Post a Comment