Kota terakhir yang melengkapkan perjalanan kami ke Sepanyol ialah Madrid yang terkenal dengan stadium REAL MADRID yang hebat dan cantik. Kami menikmati makan tengah hari di Restaurente Turki . Pemiliknya Omar dari Turki. Makanannya boleh tahan, ada cita rasa dan yang paling terjamin halal lagi baik.Ramuan asli yang di datangkan dari Turki memang selera terutama nasi dengan kambing dan ayamnya terasa seperti makan nasi Arab. Madrid ialah ibu kota Sepanyol menjadi simbol peminat bola sepak dunia. Kami berkesempatan memasukki stadium Madrid dengan bayaran euro 3 untuk melihat dari dekat tempat perlawanan bola sepak tersohor di dunia ini.
Stadium luas
Memasukki Stadium REAL MADRID dengan bayaran euro 3 sambil minum kopi di tempat yang di sediakan khas untuk mengambil gambar persekitarannya yang luas dan eksklusif. Selama ini hanya melihat di TV kehebatan Madrid tapi kini saya langsung menyaksikan sendiri keindahannya. Rakan rakan mengambil peluang membeli cenderamata terutama berjenama bola sepak sambil bergambar di setiap sudut bangunan stadium yang luas ini.
Bergambar di hadapan bangunan bersejarah
Pusat Kota
Sepanjang hari terakhir di Madrid, Ahmad Zaruk membawa kami ke pusat kota untuk membeli buah tangan dan melihat keramaian di sini. Pelbagai ragam manusia yang di temui untuk memancing duit. Masing masing menunjukkan kemahiran "silap mata" yang kelihatan menakjubkan . Sebenarnya hanyalah sebuah permainan yang menipu penglihatan kita. Dengan hanya bertongkatkan sebelah tangan terlihat seperti terapung apung di udara .
Kemahiran mengelabui mata
Kami di beri masa sejam untuk menikmati suasana di pusat kota ini. Peluang ini di manfaatkan oleh rakan rakan untuk bergambar dengan pelbagai gaya kerana bukannya senang untuk sampai ke sini lagi mungkin ini lah kali pertama dan terakhir dalam hidup.
Berposing dengan berbagai gaya
Remang senja di Madrid
Perjalanan ke Hotel
Sepanjang perjalanan menuju hotel kami sempat bergambar kenangan di beberapa tempat bersejarah antaranya ialah bangunan yang mempunyai ciri rekabentuk Islam yang indah di pinggir Madrid . Kami menginap di hotel Torre Garden yang tidak berapa jauh dari Airport Madrid untuk persiapan pulang keesokan harinya.
Se awal jam 6 pagi bersiap
ke Lapangan Terbang Madrid
Selamat Tinggal Andalucia

Pengalaman selama lima hari di bumi Andalucia dan lima hari di Morocco terasa begitu singkat. Masih banyak tempat tempat bersejarah belum di terokai. Mudah mudahan ada umur, rezeki dan kesempatan aku datang lagi. Selamat tinggal Qurtuba, selamat tinggal Al Hambra, selamat tinggal Selat Gibralta. Sesungguhnya nama nama mu tercatat dalam sejarah sebagai kota peradaban yang gemilang dalam Islam walau pun kini telah hilang di mamah zaman.
Lapangan terbang antara bangsa Madrid.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut Park City Kuala Lumpur.
Ahad 5 Jun 2016
29 Syaaban 143
No comments:
Post a Comment