Seluruh kota kota besar seperti Cordoba, Granada, Toledo dan Madrid di Sepanyol mempunyai titian sejarah tersendiri. Bermula dari Cordoba penyebaran Islam terus berkembang menguasai Granada yang di warnai dengan kemegahan Istana Al Hambra (gambar bawah) atau sekarang di kenali dengan Red Castle. Lokasinya sangat strategik terletak di atas bukit berlatar belakangkan banjaran gunung menghijau. Pada waktu malam kerlipan lampu memancarkan cahaya gemerlapan menerangi istana bersejarah ini. Kota ini di hias indah dengan taman-taman bunga berbagai warna kelihatan tersusun dan terpelihara dengan baik. Istana Al Hambra yang dalam Bahasa Arab bererti Merah atau Istana Merah mempunyai ciri Islami yang sungguh memukau pengunjung kerana arkitekturnya terlalu halus dan seni dengan nama nama Allah terukir indah di setiap sudut di dalamnya. Al Hambra menjadi tempat kediaman raja-raja yang memerintah Granada di era kegemilangan Islam namun kini semuanya menjadi bahan sejarah yang terlalu sukar di lupakan. Sayangnya gambar gambar dari kamera tangan tidak begitu terang kerana waktu malam tambah lagi terlalu ramai pelawat yang mengunjungi Istana bersejarah ini. Pemerintahan Islam terakhir yang menguasai Sepanyol khususnya Granada ialah Dinasti Nasrid pada tahun 1238- 1492. Sejak itu lenyap lah sebuah pemerintahan Khalifah selama lebih 500 tahun di bumi ini yang di bawa oleh Tariq Ibn Ziyad dalam mengembangkan misi suci ke bumi Andalus sejak 711 M bersama sama tenteranya seramai 7,000 orang menyeberangi Selat Gibralta menuju Cordoba.
Indahnya Al Hambra
Istana Al Hambra yang tersergam indah menjadi lambang dan mercu tanda keagungan pemerintahan Islam di Granada. Keindahannya di sinari dengan ayat-ayat suci memenuhi ruang di dalam istana yang sangat artistik melambangkan kedaulatan Islam yang mendominasi Granada.Walau pun masih di kekalkan kalimah suci di dalam istana namun sedikit demi sedikit telah hilang keasliannya. Institusi gereja (red castle) telah mempengaruhi kesucian istana yang bersejarah ini dengan menukar namanya kepada Red Castle. Kalimah Allah terukir indah dengan lampu-lampu cendelier menerangi istana ini. Sepanjang pengalaman saya mengunjungi beberapa negara seperti United Kingdom, Holland, Belgium kemudiannya benua Australia, New Zealand, Korea, Taiwan dan Vietnam, ini lah "pengembaraan" yang benar-benar meruntun hati kerana berkesempatan langsung melihat ruin ruin peninggalan Islam di depan mata. Jatuhnya empayar Andalucia yang megah sejak berkurun terlalu berat untuk di terima namun itu lah hakikat yang berlaku. Benar lah firman Tuhan : " Apabila manusia bersyukur Allah akan tambah nikmatNya tetapi apabila manusia itu kufur, tunggu lah azab Allah tersangat pedih" .
Kepedihan kerana hilangnya iman dari dada umat Islam sehingga Masjid bertukar menjadi Gereja, Istana bertukar Cathedral dan kini telah di warta sebagai warisan pelancongan dunia. Dari segi rasionalnya Islam tidak mungkin hilang kerana telah bertapak kukuh sejak berabad tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Mengambil ibrah melalui sejarah, umat Islam perlu meletakkan Allah dan Rasul Saw melebihi segalanya kerana setiap peristiwa yang berlaku pastinya bermula dengan sebab dan akibat. Rapuhnya hubungan dengan Allah, renggangnya sosialisasi kehidupan manusia sehingga berlakunya sengketa berterusan sesama sendiri akhirnya lenyap rasa tauhid kepada Tuhan. Kemusnahan perabadan dan punahnya sesebuah pemerintahan kerana kelalaian dan ketamakan sewaktu di puncak kuasa. Apa yang berlaku di Barat tidak mustahil terjadi di Timur jika kita lalai menjaga hak-hak Allah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dengan penuh jujur dan ikhlas semata-mata mendambakan ridha Tuhan. Radhi tubillahi rabba wabil Islami deena. Wabimuhammadin Nabiyyan Warasuula.
Kepedihan kerana hilangnya iman dari dada umat Islam sehingga Masjid bertukar menjadi Gereja, Istana bertukar Cathedral dan kini telah di warta sebagai warisan pelancongan dunia. Dari segi rasionalnya Islam tidak mungkin hilang kerana telah bertapak kukuh sejak berabad tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Mengambil ibrah melalui sejarah, umat Islam perlu meletakkan Allah dan Rasul Saw melebihi segalanya kerana setiap peristiwa yang berlaku pastinya bermula dengan sebab dan akibat. Rapuhnya hubungan dengan Allah, renggangnya sosialisasi kehidupan manusia sehingga berlakunya sengketa berterusan sesama sendiri akhirnya lenyap rasa tauhid kepada Tuhan. Kemusnahan perabadan dan punahnya sesebuah pemerintahan kerana kelalaian dan ketamakan sewaktu di puncak kuasa. Apa yang berlaku di Barat tidak mustahil terjadi di Timur jika kita lalai menjaga hak-hak Allah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dengan penuh jujur dan ikhlas semata-mata mendambakan ridha Tuhan. Radhi tubillahi rabba wabil Islami deena. Wabimuhammadin Nabiyyan Warasuula.
Sayunya hati melihat kalimah Tauhid yang menyinari Al Hambra
menjadi pusat perabadan Islam di benua Eropah suatu ketika dulu.
Tembok luar Istana Al Hambra
Berehat sebentar melepas lelah.
Masjid Granada
Kami menjamak solat Maghrib dan Isya' di Masjid Granada yang tenang dan bersih bersama masyarakat Islam di sekitar ini yang kebanyakan mereka dari Morocco dan tempatan. Laungan azan hanya terdengar di sekitar Masjid sahaja. Kami saling berta'aruf untuk mengenal lebih dekat sesama saudara Muslim. Selesai solat Ahmad Zaruk pemandu pelancong membawa kami makan malam di Dewan Masjid Granada yang indah dan kemas. Keakraban saudara seiman cukup terasa walau pun baru berjumpa. Mereka menyediakan makanan dan minuman dengan penuh rasa ikhlas kepada kami melalui memek muka dan santunan yang baik meladeni tetamu. Alhamdulillah.
Mehrab Masjid Granada
Mengabadi kenangan di Masjid Granada
Taman Al Hambra
Di antara tempat yang menarik ialah Taman Al Hambra Granada. Berbagai jenis spesis bunga bungaan menghiasi taman ini. Pelawat dari berbagai negara tidak putus-putus mengunjungi Taman ini yang sangat sinonim dengan sejarah Al Hambra. Berpuluh-puluh bas setiap hari membawa pelancong ke sini menikmati keindahan alam lingkungan yang sungguh menyegar minda.
Antara jenis bunga di Taman Al Hambra
Sekitar Granada
Sudah menjadi resam orang perempuan tidak akan puas jika tidak membeli dan berbelanja. Granada kotanya bersih dan agak sibuk. Sambil menunggu isteri bersama rakan-rakan membeli buah tangan saya di sapa sepasang suami isteri dari Belanda. Mereka bertanya dari mana saya kata dari Malaysia Kuala Lumpur.Mereka begitu teruja mendengar Kuala Lumpur kerana pernah melawat Penang beberapa kali. Lagi rancak berbual bila saya mengatakan pernah ke Amsterdam ,Rotherdam dan Madu Rodam beberapa tahun lalu.Kami bersalaman setelah isteri saya memanggil untuk bersama sama rombongan ke restaurente Nasi Arab tidak jauh dari deretan kedai. Sepanjang dua malam di sini kami mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar Granada. Kesan peninggalan silam masih terdapat di tengah tengah kota yang suatu ketika dahulu menjadi tempat persinggahan para musafir yang datang ke sini. Gerbang berbentuk arca Islam masih utuh di lestari (Gambar bawah ) kendati pun sudah berabad usianya. Ukiran ayat-ayat suci memenuhi setiap lengkung dan sudut menggambarkan Granada suatu ketika dulu sebuah kota Islam yang terkemuka. Lokasinya di tengah bangunan dan pasaraya yang sibuk. Tempat wudhu' masih kelihatan dengan baik di tengah halaman penempatan sementara ini. Tinggalan sejarah ini menjadi simbol kedaulatan Pemerintahan Ummayah yang menyinari Granada sejak berkurun.
Arca yang terukir nama nama Allah
Tempat wudhu' masih di pelihara
Arca yang terukir nama nama Allah
Tempat wudhu' masih di pelihara
No comments:
Post a Comment