Monday, June 6, 2016

Casablanca @ Rumah Putih الدار البيضاء




















Funduk Prince de Paris 
Casablanca

Kebanyakan nama-nama hotel menggunakan bahasa Arab iaitu Funduk seperti mana di Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah. Casablanca ialah  kota terbesar di Morocco. Tidak seperti Marrakesh yang sunyi, Casablanca kota yang hidup sampai pagi. Terletak di bahagian tengah barat Morocco merupakan kota yang sibuk dan pelabuhan terpenting di utara benua Afrika .Kenderaan bertali arus hingga waktu dini hari. Kota metropolitan ini mempunyai rangkaian perniagaan dengan negara-negara di dunia ,juga sebagai kota pelancongan yang mempunyai budaya dan pertalian sejarah yang panjang dengan negara-negara sekitarnya seperti Sepanyol, Portugal dan Perancis. Assimilasi budaya terlihat pada ciri bangunan dan cara hidup masyarakatnya.Casablanca dalam Bahasa Arab bererti " Rumah Putih" Dar Abiad mempunyai tarikan tersendiri terutama keunikan dan keindahan Masjid Hasan II yang terkenal mempunyai menara yang paling tinggi di dunia. Masjid ini terletak di pinggir lautan Atlantik menghadap laut lepas , antara yang termoden di dunia. Kami bertiga Hj Shamsuddin , Dr Ab Muin dan saya berkesempatan menunaikan solat sunat di bahagian bawah Masjid setelah puas mencari dan bertanya bilik air untuk berwudhu' dan membuang hajat kecil. Bahasa utamanya ialah  Arab Morocco, Berber dan juga Perancis.

















Casablanca































































































 Kawasan pelancongan di Casablanca













































Jalannya bersih di hias dengan bunga-bunga merah



































Masjid Hasan II yang moden


















Bersama Hj Din di Masjid Hassan II





























Mengabadi kenanngan di pantai yang indah berlatar
belakangkan Pemerintah Morocco










csyahya victory 
Selasa 7 Jun 2016
2 Ramadhan 1437 H

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...