Thursday, January 8, 2015

Tangisan Krai

Selain Manik Urai, Bandar Kuala Krai (KK) dan Pekan Guchil terjejas teruk kerana banjir. Seluruh infrastruktur tidak berfungsi. Ekonomi lumpuh dan bekalan elektrik masih belum pulih sepenuhnya. Sewaktu kami berada di sana pada 5-6 Januari lalu, KK seperti bandar lama yang tidak berpenghuni. Di merata tempat dipenuhi longgokan sampah mengeluarkan bau yang kurang enak.Pasar Besar Kuala Krai masih belum beroperasi dan deretan kedai di kaki lima depan pasar dipenuhi selut le'it (liat) bercampur sampah sarap yang sungguh menyedihkan.Lebih mendukacitakan lagi Klinik Gigi Kuala Krai turut menerima nasib yang sama.











Public Bank KK dipenuhi timbunan sampah












Sebuah rumah rebah menyembah bumi.










Kedai buku smo di jalan utama
di penuhi selut le'it (liat) tebal.











Khemah dhaif mangsa banjir di pinggir Jalan Gale









Sisa banjir depan ekonjaya










Pekan Guchil

Guchil Tersedu

Pekan  Guchil yang terletak 1.5km dari Bandar KK turut musnah terutama kawasan rendah. rumah-rumah penduduk hanyut di bawa arus deras. Kebanyakan mangsa tinggal di bawah tenda plastik yang terlalu dhaif untuk meneruskan kehidupan harian. Tangisan anak anak tersedu sedu menerima musibah yang terlalu pahit.Dalam situasi begini yang paling penting ialah  makanan minuman dan bekalan air bersih untuk kesejahteraan hidup menjadi matlamat utama selain pakaian dan peralatan sekolah anak anak yang akan memulakan sesi persekolahan pada 11 Januari 2015. Kebanyakan sekolah masih belum dapat digunakan kerana dipenuhi lumpur dan selut hingga betis.Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMKKK) rosak teruk dan pastinya mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Ketika ini agensi Kerajaan seperti Bomba dan Penyelamat,DBKL,JPAM, pelajar pengajian tinggi dan seluruh aparat pemerintah termasuk pihak swasta menghulur tangan meringankan beban yang dihadapi mangsa.















Keadaan Guchil selepas banjir.

Kuala Pertang Musnah

Menyusuri misi ke beberapa buah kampung di Sungai Durian, Chenulang,Kebun Pisang dan seterusnya ke Kuala Pertang Pasir Gajah saya menyaksikan kemusnahan total penempatan penduduk. Masjid hanya tinggal bumbung dan kesan alur banjir jelas terlihat pada ladang kelapa sawit yang terbongkeh (tercabut) akibat terjahan banjir yang terlalu kuat.Kendatipun hujan turun terlalu luar biasa namun lautan tidak pernah tawar untuk menutralkan siklus air di bumi kerana sudah menjadi ketentuan Ilahi (sunnah) laut tidak mungkin tawar.Demikian juga hakikat ujian ini, selagi Allah tidak menghentikan hujan dan memerintahkan bumi supaya menyedut air, pastinya bumi tetap bergenang dengan limpahan air yang boleh menghancurkan kehidupan.






Masjid di Kampung Kuala  Pertang tinggal bumbung.









Sungai Kuala Pertang.






Kehancuran memilukan

Air Deras

Menurut beberapa orang penduduk yang ditemui arus air terlalu deras dan berpusar hingga menghalang bot untuk menyelamatkan mangsa. Mereka bertarung nyawa dengan kudrat yang tersisa menyelamatkan diri dari dihanyutkan air.Di sepanjang jalan menuju perkampungan kelihatan runtuhan rumah dan tanaman yang rosak teruk. Demikian hebatnya kuasa air yang di datangkan Allah sehingga menghancurkan seluruh kehidupan. Setiap peristiwa yang berlaku pasti bersebab yang dalam terma ilmu 'cause-effect'. Tangan manusia menjadi penyebab kerosakan alam. Mudah mudahan banjir cukup sampai di disini saja tiada lagi Tangisan Krai selepas ini. 

Csyahya victory
Sabtu 10 Jan 2015.
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...