KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS berikutan para pelabur terus berwaspada terhadap keputusan mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia hari ini, kata seorang peniaga.
Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.6170/6200 berbanding dolar US 3.5960/5990 semalam.
Seorang peniaga berkata, penurunan mata wang tempatan itu mencerminkan risiko kejutan pemotongan kadar faedah walaupun kemungkinan ia berlaku sangat tipis.
"BNM dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus, berikutan ekonomi negara ini akan terus kekal berisiko disebabkan kejatuhan harga minyak dan nilai mata wang yang menurun," katanya.
Berita Harian Online
Rabu 28 Januari,2015.
No comments:
Post a Comment