Sesungguhya perkara yang paling mendamaikan seseorang manusia ialah bilamana ia dapat berbicara langsung dengan Tuhannya. Berbicara dengan Allah melalui pembacaan kalam suci Al Quran dengan penuh penghayatan dan tadabbur. Sebentar lagi suara Muazzin akan berkumandang memecah kesunyian mengajak manusia membesarkan Tuhan. Burung burung turut bangun berkicau riang menyambut ketibaan fajar . Suasana fajar yang lembut tenang dan sejuk disapa bayu pagi sungguh menenangkan. Titisan embun didedaunan bak mutiara yang bersinar menggamit siapa sahaja yang mahu memerhati perlakuan alam berjalan mengikut hukum Tuhan.
Demi Fajar
Ketenangan Jiwa
Demi Fajar
Allah SWT bersumpah dengan makhluknya iaitu Fajar dan Matahari yang bersinar di pagi hari dan Bulan bila mengiringinya , Demi Bumi yang menghamparkannya dan Demi diri Manusia yang MenyempurnakanNya lalu diilhamkan kepada manusia jalan kebaikan dan jalan keburukan dan sesungguhnya beruntunglah (menang) orang yang menyucikan dirinya dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya. Tuhan tempat rujukan manusia baik ketika senang lebih lebih lagi dalam keadaan susah. Analogi yang paling mudah manusia akan menyebut Allah bila merasa dirinya terancam ,tidak selamat. Ketika berada diudara dengan ketinggian mencapai 33,000 kaki pesawat bergegar semasa melintasi kelompok awan segera kita menyebut asma Allah. Itu tandanya manusia bergantung harap sepenuhnya kepada Tuhan. Bagi yang bukan Islam mereka akan menyebut Oh My God, Oh My Lord secara spontan menggambarkan bahawa Allah sebagai penyelamat dan pelindung kepada mereka.
Ketenangan Jiwa
Tuhan mencipta manusia terdiri dari dua unsur Rohani dan Jasmani (Body and Soul). Makanan Rohani ialah menghambakan diri kepada Allah dengan penuh kesetiaan(Obedient and loyal to The God The Almighty) . Mengikhlaskan diri kepadaNYa dalam setiap perbuatan dan tindakan. Mencari redha Tuhan bukan meminta pujian orang. Orang yang ikhlas sentiasa menyembunyikan setiap perbuatan baik sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan. Orang yang ingin mencari keredhaan Tuhan tidak tamak, tidak rakus, tidak mengambil kesempatan untuk menguntungkan diri melalui sumber yang tidak sah ( haram ) walau pun mempunyai ruang dan peluang untuk melakukannya. Justeru Rohaninya selalu beroleh ketenangan dan merasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan kepadanya.
Makanan Jasmani ialah berbentuk gizi yang cukup bagi membolehkan manusia menjalankan fungsi tubuh untuk aktiviti harian. Makanan yang berzat dan mengandungi kadar lemak ,protein dan karbohirat seimbang membantu mencergaskan badan . Badan yang sihat mencerdaskan minda. Sumber makanan yang halal dan baik (Halalan Toyyiban) sangat diperlukan untuk menjana kekuatan iman bagi membenteng diri terjerumus kedalam kefasadan yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment