Saturday, July 30, 2011

Seminar Penghayatan Nilai Islam Dalam Gagasan 1 Malaysia


Ucaputama

Seminar tersebut diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu) Anjuran Yayasan Guru Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seminar ini dihadiri sebahagian besar Pengetua dan Guru Besar Wilayah Persekutan Kuala Lumpur . Ucaputama disampaikan mantan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (gambar). Beliau telah menyorot kembali sejarah negara semasa pasca kemerdekaan dan peranan yang harus dimainkan oleh para guru untuk melakukan perobahan sejajar dengan hasrat kerajaan melaksanakan trasformasi pembangunan negara. Tan Sri Alimuddin seterusnya menyentuh tentang pelaksanaan konsep kerja secara berjamaah sepertimana dalam solat dapat diaplikasikan dalam tadbir urus seharian. Beliau juga mengingatkan peserta supaya dapat melaksanakan konsep 1 Malaysia dalam transformasi Pendidikan Negara seperti pelaksanaan Sekolah berprestasi Tinggi, Linus, Baiah, SIT dan terkini konsep kerja berdasarkan X-PLUS bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun saja lagi. Para pendidik perlu mengekalkan semangat patriotisma yang tinggi untuk memastikan kelangsungan "survival" negara.

Penceramah Berkualiti

Penceramah kedua ialah Dr. Ainuddin Ab Ghani mantan Pensyarah Ekonomi Universiti Malaya berkelulusan Ph.D dari Manchester UK telah menghuraikan dengan jelas dan terperinci konsep 1 Malaysia . Seorang pesyarah yang berpengetahuan luas , mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi (high skill communications) membuatkan peserta teruja dengan gaya penyampaian yang bersahaja, lucu dan berjenaka tetapi mempunyai mesej yang sangat padat .Beliau juga menyentuh peranan guru masa dulu yang jauh berbeza dengan zaman kini. Profesyen perguruan suatu ketika dahulu menjadi rebutan dan mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan masyarakat sehingga statusnya melebihi seorang wakil rakyat. Guru dulu menjadi rujukan dan pusat sumber masyarakat bagi mendapatkan ilmu dan maklumat. Senerio sekarang jauh berobah, peranan guru dilihat seakan akan " touch n go" dengan andaian peranan mereka tidak lagi dihargai oleh masyarakat. Guru dahulu tidak hanya berfungsi dalam persekitaran sekolah tetapi turut terjun ditengah tengah masyarakat sebagai agen perubahan. Mereka memiliki keupayaan menyakinkan masyarakat melalui ilmu dan kepimpinan yang dimiliki.

Peranan Guru

Manusia bergelar guru mempunyai kemampuan mengubah pemikiran murid melalui penyampaian ilmu dan maklumat berinfomatif. Seorang guru seharusnya memiliki ilmu, kognitif dan psikomotor yang mampan bagi membolehkannya mengaplikasi proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan untuk melahirkan Modal Insan , Modal Ekonomi dan Modal sosial yang unggul mempunyai jati diri untuk pembangunan negara.

Air Tangan Ibu

Fenomena remaja dan pelajar sekolah abad millinineum ini sangat membimbangkan banyak pihak . Desakan hidup memaksa ibu bapa tidak mempunyai ruang untuk bersama anak-anak menyebabkan mereka memilih jalan sendiri. Dirumah ibu jarang sekali menyediakan masakan dan minuman dari air tangan mereka sendiri untuk anak-anak dan keluarga menyebabkan hilangnya roh keberkatan dalam makanan. Pembantu (Bibik) mengambil alih tugas memasak dan menyediakan makanan keluarga atau memilih warung makanan di luar yang belum tentu terjamin baik lagi suci (Halalan Toyyiban) .

Cerita P.Ramlee

Filem arahan dan lakonan Tan Sri P.Ramlee bersama rakan-rakannya Sudin, Ajis, Tompel,Mat Sentul dan Ibrahim Din mempunyai pengaruh besar dalam pembentukan semangat cintakan negara yang padu dan jitu (Filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan). P. Ramlee seorang pengarah dan pelakon yang hebat meninggalkan khazanah seni yang tiada dapat dicari ganti hingga ke saat ini. Disisi lain beliau merupakan seorang pelakon yang mempunyai versetail dan serba boleh sehingga orang tidak pernah jemu menonton hatta kepada kanak-kanak sekarang ini. Beliau boleh membawa watak sebagai seorang guru, (hari-hari che' gu main bola) penyanyi, pendakwah dan pendekar. Gabungan tiga sahabat Ajis , Sudin dan Ramlee cukup membuatkan penonton tertawa hingga keluar air mata. Mereka bertiga cukup selamba, bersahaja dan berjenaka tetapi mempunyai mesej yang sangat mendalam. Renungi dialog spontan Ajis dan Sudin mencari rumah sewa yang cukup bermakna . Itu kubur bahalul, tempat kau nak mampus . Buat naik darah orang saja kata Ajis kepada Sudin.















Ramlee, Ajis dan Sudin dalam Filem Seniman Bujang Lapok.


Che'Yahya Che'Soh.
30 Julai 2011.












No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...