Desiran angin yang bertiup membawa bersama kisah duka walau pun kita tidak pernah bersua.Nama mu ku sebut setiap masa kerana kau kekasih paling setia untuk menemani ku dikala duka dan gembira . Aku sangat merindui mu kekasih ku wahai Rasullullah. Engkau manusia paling mulia kekasih Allah di dunia dan di syurga.
Selawat dan salam ku titip buat mu dan seluruh kerabat ahlil bait yang memancarkan cahaya ke seluruh alam. Nama mu tak lekang dibibir jutaan umat menghimpun doa dan mengirimkan selawat. Apakah dapat aku menumpang syafaat dari mu dikala tiada siapa yang dapat menolong? Apabila catatan amal diperlihatkan di Mahshar tempat perhimpunan . Dikala itu manusia kebingungan memohon perlindungan dari Tuan wahai Nabi Akhir Zaman. Hanya bantuan mu yang dapat menyelamatkan ku dari seksaan dan hisab yang berpanjangan kerana Engkau mempunyai keistimewaan disisi Tuhan.
Allah mengutus mu ke muka alam membawa rahmat yang tidak terbilang. Mengajar manusia mengenal Tuhan yang berhak disembah, justeru engkau disakiti, dimusuhi manusia termasuk kaum kerabat sendiri. Hebatnya ujian yang diterima tidak mematahkan semangat memacu Islam berdiri gagah menjadi lambang kemegahan umat di sepanjang zaman.
Di bawah lengkung langit malam aku bermohon kepada Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang semoga dikurniakan sedikit syafaat dari Nabi Mu Muhammad SAW ketika tiada siapa yang boleh memberikan pertolongan .Wahai Allah sudilah kiranya Engkau mendengar rintihan hambaMu yang dhaif ini .

No comments:
Post a Comment