Pemandangan Kota Amsterdam yang cantik dan menarik dipenuhi rumah rakit
Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Amsterdam berlatarbelakang basikal yang menjadi simbol kegunaan masyarakat Amsterdam .
Kesempatan berada di Bumi Holland tepatnya Amsterdam selama 3 hari 4 malam sungguh mengujakan kami sekeluarga . Pengalaman berada disana bersama keluarga (4 beranak) membawa aku mengenali secara dekat negara Belanda yang mempunyai struktur geografi yang sebahagian besarnya dikelilingi air (every where canals) . Negara ini terletak dibawah paras laut (below sea level) pamah dan tidak berbukit. Belanda terkenal dengan perusahaan keju (cheese) dan bunga Tulips . Penerbangan dari Lapangan Terbang Birmingham (tempat kami bercuti selama dua minggu) ke Amterdam selama 45 minit dengan pesawat tambang murah bmibaby berasa seperti berada di KLIA menuju Langkawi. Kami tiba di lapangan terbang Schiphol lebih kurang jam 10. 00 pagi (waktu UK-Holland sama). Setelah urusan imigresen selesai, kami menaiki keretapi ke Amsterdam yang mengambil masa selama kira kira 15 minit menuju ke Hotel Grand Continental ditengah tengah kota Amsterdam.
Menaiki cruise bersama keluarga mengelilingi kota Amsterdam .
Menaiki CruiseMenaiki cruise bersama keluarga mengelilingi kota Amsterdam .
Hari pertama tiba, kami menaiki cruise melihat kota Amsterdam dari dekat. Perjalanan selama satu jam dihiasi dengan panorama yang mengasyikan melalui celah-celah bangunan lama yang kelihatan kukuh dan kuat. Mengikut perkiraan ku bangunan tersebut berusia lebih seratus tahun yang dijaga dan dipelihara dengan baik . Deretan rumah rumah rakit tersusun indah di sepanjang Terusan menerjah ingatan ke Kelantan seolah olah seperti ada persamaan budaya kehidupan antara masyarakat Amsterdam dan Kota Bharu. Sepanjang pemerhatian ku orang orang disini sangat mementingkan kejujuran dalam setiap urusan .
Melawat Brussels
Hari kedua kami mengunjungi Brussels dengan menaiki bas pelancung dari Amsterdam. Para pelancung terdiri daripada pelbagai etnik . Ada dari Arab, Uk, Perancis dan pelancung tempatan.
Perjalanan ke Brussels mengambil masa lebih 2 jam 30 minit. Dalam bas kami diberitahu supaya "prepare ourselves completely or do your private business" kerana bas tidak menyediakan tandas . Sepanjang perjalanan mataku terpegun dengan keindahan alam ciptaan Tuhan yang di anugerahkan kepada negara ini. Hijau kekuningan beradun lembut bunga bungaan sejauh mata memandang menggamit siapa saja yang melihatnya . Dari kejauhan kelihatan sekumpulan lembu dan kambing biri biri (sheep) sedang asyik meragut rumput berhampiran terusan (small canal) . Terusan yang jernih kebiruan membuatkan fikiranku terkenangkan permatang sawah di Kedah dan Perlis. Lebih kurang sejam perjalanan kami singgah di Antwerpen sebuah kota lama yang bersejarah. Kami sempat bergambar dan melihat barang barang cenderamata untuk kenangan sebagai buah tangan . Masa yang diberi terlalu singkat menyebabkan kami tercungap-cungap mengejar waktu untuk mengambil gambar sekitar Antwerpen.
Not Our Culture
Perjalanan diteruskan menuju Brussels , Belgium melalui motorway yang cantik dan bersih . Kebanyakan penumpang melayani fikiran masing masing dan ada juga yang berborak kecil. Pemandu Pelancung asyik berceloteh dalam Bahasa Belanda dan sesekali menggunakan Bahasa Inggeris . Perjalanan yang mengasyikan meluntur keseronokan kami dengan sikap tidak profesional pemandu pelancung yang memandang kearahku kerana sendawa dalam bas. "This is not our culture" katanya. Semua penumpang diam . Dalam hati cukup menyampah dengan karenah pemandu pelancung tersebut. Bukan kami saja yang tidak selesa dengannya, penumpang lain pun menunjukan reaksi yang serupa . Mulai hari itu aku cukup berhati hati mengeluarkan angin melalui mulut. Kami tiba di Brussel seperti yang dijadualkan . Di Brussels kami melawat Grands Palace dan beberapa tempat bersejarah disamping membeli sedikit buah tangan sebagai kenangan. Pada kira kira jam 5.30 petang kami bertolak balik ke Amsterdam dan tiba di hotel penginapan kira kira jam 700 malam. Pada pagi esoknya kami melawat Marken, Madu Rodam dan Den Haag (ibu kota Holland).
No comments:
Post a Comment