Wednesday, March 23, 2011

Teks Ucapan Pengetua Pada 26 Mac 2011


Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Saudara/ Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia En Ab. Halim bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN WP Kuala Lumpur,

Yang di Hormati En Mohd. Zahri Abd. Rahim YDP PIBG dan AJK

Guru guru Penolong Kanan, Ketua ketua Bidang, Guru-guru, para ibu bapa seterusnya pelajar pelajar yang diraikan sekalian.

Saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih di beri peluang sekali lagi untuk bersama Tuan-tuan dan hadirin dalam majlis penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK DANAU KOTA (lAKE CITY SECONDARY SCHOOL) pada pagi ini. Bagi pihak sekolah saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan KSPS kerana sudi hadir merasmikan majlis kita pagi ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

SMK DANAU KOTA DI KELILINGI KAWASAN PERUMAHAN YANG PADAT DI BANGUNKAN PIHAK SWASTA PLATINUM VICTORY SDN BHD . BILANGAN PELAJAR SEHINGGA INI SERAMAI 1738 ORANG (SESI PAGI DAN PETANG) DENGAN KOMPOSISI KAUM MELAYU 50% , CINA 40% DAN INDIA 10% . KITA JUGA MEMPUNYAI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN 2 KELAS BUAH PERALIHAN. BILANGAN GURU PULA SERAMAI 124 ORANG, STAF BUKAN GURU 15 ORANG DAN PEKERJA PEMBERSIHAN 6 ORANG.

YBHG TUAN KS , TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

SAYA KEMUKAKAN PERANGKAAN INI UNTUK BERKONGSI BERSAMA HADIRIN , POPULASI PELAJAR SEKOLAH INI DIJANGKA MENINGKAT DRASTIK MENJELANG 2012 DENGAN SIAPNYA CONDOMINIUM BARU DI DEPAN SEKOLAH. JUSTERU KERJASAMA DAN PARTISIPASI SEMUA PIHAK SANGAT DIDAMBAKAN BAGI MENJAMIN PENTADBIRAN SEKOLAH TERUTAMA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERJALAN DENGAN SEMPURNA.
SEBAGAI PENGETUA SAYA BERSAMA PARA PENTADBIR DAN GURU-GURU SENTIASA MEMIKIRKAN KAEDAH TERBAIK MERANGKA PERANCANGAN STRATEGI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG BERDASARKAN VISI DAN MISI BAGI MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR SENTIASA CEMERLANG.

KITA TELAH MEMPERKENALKAN PROGRAM PEMBESTARIAN PMR DAN SPM DENGAN MEMBERI FOKUS KEPADA AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEPERTI ; PROGRAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU, MEMPERTINGKATKAN BAHASA INGGERIS, PROGRAM GERAK GEMPUR, PROGRAM MUTIARA HATI, HARI BERSAMA IBU BAPA, TEKNIK MENJAWAB SOALAN DAN KEM MUTIARA HATI. KITA JUGA TELAH MEMANGGIL IBU BAPA DALAM PROGRAM PEMBESTARIAN PMR DAN SPM NAMUN KEHADIRAN MEREKA TERLALU KECIL. PIHAK SEKOLAH AKAN TETAP MENERUSKAN PROGRAM INI UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR PELAJAR KAMI MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG.

BERDASARKAN KEPUTUSAN PMR 2010 SERAMAI 9 ORANG CALON MEMPEROLEHI 9 A SEMUA MATA PELAJARAN DENGAN KELULUSAN 65.22 MENINGKAT SEBANYAK 0.03 BERBANDING TAHUN SEBELUM NYA. MANAKALA SPM PULA SERAMAI 3 ORANG CALON MENDAPAT 9A SEMUA MATA PELAJARAN MEREKA IALAH ; UMAR BIN RAMZAN (8A+ 1A-) , YEONG LIMIN (2A+ 7 A-) DAN SUKANTHAN (4A+ 5A, 1B ) 5 ORANG 8A, 3 ORANG 7A, 4 ORANG 6A DAN 13 ORANG MENDAPAT 5A .
KEPUTUSAN KESELURUHAN JUGA MENINGKAT DARI 82.56 KEPADA 83.11 NAIK 0.55 . GRED PURATA SEKOLAH NAIK DARI 5.72 (2009) KEPADA 5.63 MENINGKAT SEBANYAK 0.09% . BEBERAPA MATA PELAJARAN TURUT MENCATAT KELULUSAN 100% IAITU PSV, TASAWUR ISLAM, BAHASA TAMIL DAN ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY . MATA PELAJARAN MATEMATIK NAIK SEBANYAK 12.06 % PEND. ISLAM 14.56 % DAN BAHASA INGGERIS 4.95% .

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PELAJAR CEMERLANG. SEMOGA MEREKA MENDAPAT TEMPAT YANG BAIK DI IPTA SESUAI DENGAN PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI. SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU YANG BERHEMPAS PULAS MEMASTIKAN KEJAYAAN PARA PELAJAR.

TUAN-TUAN DAN HADIRIN SEKALIAN,

SAYA BERSYUKUR KERANA MENDAPAT KERJASAMA PADU SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH TERMASUK PETUGAS KEBERSIHAN (CLEANER AND GARDENER) YANG SANGGUP MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK DAN SEMPURNA WALAU PUN SEMASA KETIADAAN PENGETUA. KEPADA PARA PELAJAR SAYA INGIN BERPESAN MEMANFAATKAN MASA YANG ADA SECARA OPTIMA UNTUK MENGULANGKAJI DAN MENTELAAH PELAJARAN DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH KERANA ‘”
Research shown that we will forget ABOUT 70% within an hour and 84% within 48 hours. People learn and memorize information using a variety of learning styles. Learning styles means: How we concentrate, process and remember new and difficult information. Hearing, seeing, reading, writing, illustration and first hand experience.”

TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN SEKALIAN

PIHAK SEKOLAH BERASA SANGAT BERTUAH MEMPUNYAI BARISAN PIBG YANG PRIHATIN DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH INI . PIBG BANYAK MEMBANTU SEKOLAH MENYEDIAKAN DANA UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN BUMBUNG UTAMA SEKOLAH, MEMASANG AWNING DISEPANJANG DEWAN GEMILANG DAN MENYUMBANG DALAM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN PIHAK SEKOLAH TERMASUK DALAM MAJLIS INI. KAMI JUGA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA DR. RAMZAN AJK PIBG YANG BERMURAH HATI MENYUMBANGKAN RM1000 (SERIBU RINGGIT) UNTUK SEKOLAH .
TUAN-TUAN HADIRI SEKALIAN,
BARU BARU INI PADA 8 MAC HARI SELASA SEKOLAH KITA MENDAPAT LIPUTAN MELUAS MUKA DEPAN (FRONT PAGE) HARIAN METRO MENGENAI INSIDEN YANG BERLAKU MENJADIKAN SEKOLAH INI TERKENAL SEANTERO NEGARA . BEGITULAH HEBATNYA PROMOSI YANG DIBERIKAN KEPADA SEKOLAH. SAYA INGIN BERPESAN KEPADA PARA PELAJAR SEKIRANYA ANDA MEMILIH BIDANG  MEDIA SEBAGAI KERJAYA ANDA PASTIKAN ANDA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, PENUH INTEGRITI MENULIS DAN MELAPORKAN PERKARA YANG BENAR  SELARAS DENGAN ETIKA PROFESIONALISMA YANG DI PERLU DIAMALKAN SETIAP MASA.


Che'Yahya Che' Soh

Pengetua SMKDK
Ucapan Pengetua
     

 Copyright © 1999 – 2013

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...