Saturday, March 19, 2011

Menulis Sebagai Terapi Minda

Otak manusia umpama sebuah komputer yang menyimpan sejuta memori dalam hard disk. Jika komputer sebagai medium penting untuk berkomunikasi dalam pembangunan ICT, otak merupakan organ istimewa ciptaan Tuhan yang membolehkan manusia berfikir, mengingat, merekacipta dan melakukan perubahan dalam kehidupan sehingga manusia mampu mencipta pelbagai peralatan moden seperti kapal terbang, jet pejuang , radar sehingga membina loji reaktor nuklear. Otak manusia mengandungi jutaan sel saraf dilindungi cranium (tengkorak) turut mempengaruhi tingkah laku seseorang dalam berbagai bentuk seperti sedih, marah, murung, gelisah, tertekan sehingga boleh membahayakan diri. Justeru kesihatan otak perlu di pelihara setiap masa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat. Otak sihat badan cergas. Demikian kata orang tua- tua. Kecergasan jasmani bergantung kepada kekuatan rohani.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...