Tuesday, March 29, 2011

ALAM DAN MANUSIA

Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang cerdik berbanding organisma lain. Manusia mampu meneroka alam

Saturday, March 26, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG & MESY UARAT AGUNG PIBG

Pengerusi PIBG Dr. Mohd . Ramzan Abdul Ghafor bersama AJK baru sesi 2011/2012

Alhamdullilah Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG berjalan lancar pada hari ini. Program bermula pada 9 pagi dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (KSPS) Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Abd.Halim Ismail. Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan. Pengetua menyampaikan ucapan aluan dan membentangkan analisa keputusan PMR dan SPM yang di perolehi sekolah.

Wednesday, March 23, 2011

Teks Ucapan Pengetua Pada 26 Mac 2011


Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Saudara/ Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia En Ab. Halim bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN WP Kuala Lumpur,

Yang di Hormati En Mohd. Zahri Abd. Rahim YDP PIBG dan AJK

Guru guru Penolong Kanan, Ketua ketua Bidang, Guru-guru, para ibu bapa seterusnya pelajar pelajar yang diraikan sekalian.

Saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih di beri peluang sekali lagi untuk bersama Tuan-tuan dan hadirin dalam majlis penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK DANAU KOTA (lAKE CITY SECONDARY SCHOOL) pada pagi ini. Bagi pihak sekolah saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan KSPS kerana sudi hadir merasmikan majlis kita pagi ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

SMK DANAU KOTA DI KELILINGI KAWASAN PERUMAHAN YANG PADAT DI BANGUNKAN PIHAK SWASTA PLATINUM VICTORY SDN BHD . BILANGAN PELAJAR SEHINGGA INI SERAMAI 1738 ORANG (SESI PAGI DAN PETANG) DENGAN KOMPOSISI KAUM MELAYU 50% , CINA 40% DAN INDIA 10% . KITA JUGA MEMPUNYAI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN 2 KELAS BUAH PERALIHAN. BILANGAN GURU PULA SERAMAI 124 ORANG, STAF BUKAN GURU 15 ORANG DAN PEKERJA PEMBERSIHAN 6 ORANG.

YBHG TUAN KS , TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

SAYA KEMUKAKAN PERANGKAAN INI UNTUK BERKONGSI BERSAMA HADIRIN , POPULASI PELAJAR SEKOLAH INI DIJANGKA MENINGKAT DRASTIK MENJELANG 2012 DENGAN SIAPNYA CONDOMINIUM BARU DI DEPAN SEKOLAH. JUSTERU KERJASAMA DAN PARTISIPASI SEMUA PIHAK SANGAT DIDAMBAKAN BAGI MENJAMIN PENTADBIRAN SEKOLAH TERUTAMA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERJALAN DENGAN SEMPURNA.
SEBAGAI PENGETUA SAYA BERSAMA PARA PENTADBIR DAN GURU-GURU SENTIASA MEMIKIRKAN KAEDAH TERBAIK MERANGKA PERANCANGAN STRATEGI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG BERDASARKAN VISI DAN MISI BAGI MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR SENTIASA CEMERLANG.

KITA TELAH MEMPERKENALKAN PROGRAM PEMBESTARIAN PMR DAN SPM DENGAN MEMBERI FOKUS KEPADA AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEPERTI ; PROGRAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU, MEMPERTINGKATKAN BAHASA INGGERIS, PROGRAM GERAK GEMPUR, PROGRAM MUTIARA HATI, HARI BERSAMA IBU BAPA, TEKNIK MENJAWAB SOALAN DAN KEM MUTIARA HATI. KITA JUGA TELAH MEMANGGIL IBU BAPA DALAM PROGRAM PEMBESTARIAN PMR DAN SPM NAMUN KEHADIRAN MEREKA TERLALU KECIL. PIHAK SEKOLAH AKAN TETAP MENERUSKAN PROGRAM INI UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR PELAJAR KAMI MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG.

BERDASARKAN KEPUTUSAN PMR 2010 SERAMAI 9 ORANG CALON MEMPEROLEHI 9 A SEMUA MATA PELAJARAN DENGAN KELULUSAN 65.22 MENINGKAT SEBANYAK 0.03 BERBANDING TAHUN SEBELUM NYA. MANAKALA SPM PULA SERAMAI 3 ORANG CALON MENDAPAT 9A SEMUA MATA PELAJARAN MEREKA IALAH ; UMAR BIN RAMZAN (8A+ 1A-) , YEONG LIMIN (2A+ 7 A-) DAN SUKANTHAN (4A+ 5A, 1B ) 5 ORANG 8A, 3 ORANG 7A, 4 ORANG 6A DAN 13 ORANG MENDAPAT 5A .
KEPUTUSAN KESELURUHAN JUGA MENINGKAT DARI 82.56 KEPADA 83.11 NAIK 0.55 . GRED PURATA SEKOLAH NAIK DARI 5.72 (2009) KEPADA 5.63 MENINGKAT SEBANYAK 0.09% . BEBERAPA MATA PELAJARAN TURUT MENCATAT KELULUSAN 100% IAITU PSV, TASAWUR ISLAM, BAHASA TAMIL DAN ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY . MATA PELAJARAN MATEMATIK NAIK SEBANYAK 12.06 % PEND. ISLAM 14.56 % DAN BAHASA INGGERIS 4.95% .

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PELAJAR CEMERLANG. SEMOGA MEREKA MENDAPAT TEMPAT YANG BAIK DI IPTA SESUAI DENGAN PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI. SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU YANG BERHEMPAS PULAS MEMASTIKAN KEJAYAAN PARA PELAJAR.

TUAN-TUAN DAN HADIRIN SEKALIAN,

SAYA BERSYUKUR KERANA MENDAPAT KERJASAMA PADU SEMUA GURU DAN WARGA SEKOLAH TERMASUK PETUGAS KEBERSIHAN (CLEANER AND GARDENER) YANG SANGGUP MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK DAN SEMPURNA WALAU PUN SEMASA KETIADAAN PENGETUA. KEPADA PARA PELAJAR SAYA INGIN BERPESAN MEMANFAATKAN MASA YANG ADA SECARA OPTIMA UNTUK MENGULANGKAJI DAN MENTELAAH PELAJARAN DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH KERANA ‘”
Research shown that we will forget ABOUT 70% within an hour and 84% within 48 hours. People learn and memorize information using a variety of learning styles. Learning styles means: How we concentrate, process and remember new and difficult information. Hearing, seeing, reading, writing, illustration and first hand experience.”

TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN SEKALIAN

PIHAK SEKOLAH BERASA SANGAT BERTUAH MEMPUNYAI BARISAN PIBG YANG PRIHATIN DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH INI . PIBG BANYAK MEMBANTU SEKOLAH MENYEDIAKAN DANA UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN BUMBUNG UTAMA SEKOLAH, MEMASANG AWNING DISEPANJANG DEWAN GEMILANG DAN MENYUMBANG DALAM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN PIHAK SEKOLAH TERMASUK DALAM MAJLIS INI. KAMI JUGA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA DR. RAMZAN AJK PIBG YANG BERMURAH HATI MENYUMBANGKAN RM1000 (SERIBU RINGGIT) UNTUK SEKOLAH .
TUAN-TUAN HADIRI SEKALIAN,
BARU BARU INI PADA 8 MAC HARI SELASA SEKOLAH KITA MENDAPAT LIPUTAN MELUAS MUKA DEPAN (FRONT PAGE) HARIAN METRO MENGENAI INSIDEN YANG BERLAKU MENJADIKAN SEKOLAH INI TERKENAL SEANTERO NEGARA . BEGITULAH HEBATNYA PROMOSI YANG DIBERIKAN KEPADA SEKOLAH. SAYA INGIN BERPESAN KEPADA PARA PELAJAR SEKIRANYA ANDA MEMILIH BIDANG  MEDIA SEBAGAI KERJAYA ANDA PASTIKAN ANDA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, PENUH INTEGRITI MENULIS DAN MELAPORKAN PERKARA YANG BENAR  SELARAS DENGAN ETIKA PROFESIONALISMA YANG DI PERLU DIAMALKAN SETIAP MASA.


Che'Yahya Che' Soh

Pengetua SMKDK
Ucapan Pengetua
     

 Copyright © 1999 – 2013

Tuesday, March 22, 2011

SPM RESULTS OF SMKDK




The Ministry Of Education just announce the SPM Result for the year 2010. For The Lake City Secondary School (SMK DANAU KOTA) this result shown increase. The number 0f candidates 219 passes 182,with GPS 5.63 and Overall 83.11 berbanding tahun sebelumnya (2009- 82.56) meningkat 0.55 .
Gred Purata Sekolah ( GPS) 5.63 ( the smallest is the highest ) naik 0.09 berbanding (5.72-2009 ).
Bilangan calon 9A tiga orang (8A+ , 1A-) , ( 2A+ 7A-) dan (9A, 1B) . Lima orang 8 A, 3 orang 7 A, 4 orang 6A dan 13 orang mendapat 5A . Here are the achievers :
1. Umar bin Mohd. Ramzan 8A+ 1A-
2 Yeong Limin 2A+ 7A-
3 Sukanthan 4A+ 5A 1B
Pencapaian 8 A
1. Benjamin Raj 3A+,1A,4A-, 1B
2.Chong How Sern 4A+,1A, 3A-, 1B
3.Kun Jeng Hong 5A+, 1A, 2A-, 1B+
4.Amirah 3A+, 3 A, 2A, 1C
5. Ng Sok Yi 1A+ , 5A, 2A, 1B+, 1B
Pencapaian 7A
1. Naezatul Fariza Muhd. Sith 1A+, 6A, 2B, 1C
2.Sam Choon Hoong 6A+, 1A, 1B, 1C
3. Siti Norhazimah Rosstam 4A, 3A-, 1C, 1D
Calon yang memperolehi 6A seramai 4 orang iaitu; Tan Xing Ci, Charissa, Hong Bee Yien dan Soh Mee Kian.
Calon yang mendapat 5A seramai 13 0rang. Mereka ialah:
1. Fong Yew Joe
2. Lim Shung Ting
3. Norkamaliah
4. Nurul Anissa
5. Rita Zahara
6. Shafiq Farhan
7. Hew Lai Yuet
8. Siti Shairah
9. Hoo Chang Ann
10. Lai Wai Loon
11. Loh Wing Yan
12. Mohd. Adham
13. Tai Cheau Muar
I would like to express my deepest appreciations to all achievers and have a bright future in life. Kepada mereka yang kurang berjaya jangan berputus asa. Anda masih terlalu awal untuk merasa kecewa. You have to improve yourself .
Tahun ini kita akan berusaha bersungguh sungguh mempelbagai strategi untuk menggarap kecemerlangan. InsyaAllah.Kita akan lawan sekolah-sekolah yang ada nama. Pelajar - pelajar "please open your mind, your heart to prove that you can do better in your SPM this year." Principal and teachers always with you . We always pray for your success. Saya nak tengok tahun ini kita akan mencipta lebih KEJAYAAN. MARI BERSAMA SAYA KITA GEGARKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2011.

Saturday, March 19, 2011

Menulis Sebagai Terapi Minda

Otak manusia umpama sebuah komputer yang menyimpan sejuta memori dalam hard disk. Jika komputer sebagai medium penting untuk berkomunikasi dalam pembangunan ICT, otak merupakan organ istimewa ciptaan Tuhan yang membolehkan manusia berfikir, mengingat, merekacipta dan melakukan perubahan dalam kehidupan sehingga manusia mampu mencipta pelbagai peralatan moden seperti kapal terbang, jet pejuang , radar sehingga membina loji reaktor nuklear. Otak manusia mengandungi jutaan sel saraf dilindungi cranium (tengkorak) turut mempengaruhi tingkah laku seseorang dalam berbagai bentuk seperti sedih, marah, murung, gelisah, tertekan sehingga boleh membahayakan diri. Justeru kesihatan otak perlu di pelihara setiap masa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat. Otak sihat badan cergas. Demikian kata orang tua- tua. Kecergasan jasmani bergantung kepada kekuatan rohani.

Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Di Holland Julai 2010


Pemandangan Kota Amsterdam yang cantik dan menarik dipenuhi rumah rakit

Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Amsterdam berlatarbelakang basikal yang menjadi simbol kegunaan masyarakat Amsterdam .

Kesempatan berada di Bumi Holland tepatnya Amsterdam selama 3 hari 4 malam sungguh mengujakan kami sekeluarga . Pengalaman berada disana bersama keluarga (4 beranak) membawa aku mengenali secara dekat negara Belanda yang mempunyai struktur geografi yang sebahagian besarnya dikelilingi air (every where canals) . Negara ini terletak dibawah paras laut (below sea level) pamah dan tidak berbukit. Belanda terkenal dengan perusahaan keju (cheese) dan bunga Tulips . Penerbangan dari Lapangan Terbang Birmingham (tempat kami bercuti selama dua minggu) ke Amterdam selama 45 minit dengan pesawat tambang murah bmibaby berasa seperti berada di KLIA menuju Langkawi. Kami tiba di lapangan terbang Schiphol lebih kurang jam 10. 00 pagi (waktu UK-Holland sama). Setelah urusan imigresen selesai, kami menaiki keretapi ke Amsterdam yang mengambil masa selama kira kira 15 minit menuju ke Hotel Grand Continental ditengah tengah kota Amsterdam.


Menaiki cruise bersama keluarga mengelilingi kota Amsterdam .

Menaiki Cruise
Hari pertama tiba, kami menaiki cruise melihat kota Amsterdam dari dekat. Perjalanan selama satu jam dihiasi dengan panorama yang mengasyikan melalui celah-celah bangunan lama yang kelihatan kukuh dan kuat. Mengikut perkiraan ku bangunan tersebut berusia lebih seratus tahun yang dijaga dan dipelihara dengan baik . Deretan rumah rumah rakit tersusun indah di sepanjang Terusan menerjah ingatan ke Kelantan seolah olah seperti ada persamaan budaya kehidupan antara masyarakat Amsterdam dan Kota Bharu. Sepanjang pemerhatian ku orang orang disini sangat mementingkan kejujuran dalam setiap urusan .


Melawat Brussels

Hari kedua kami mengunjungi Brussels dengan menaiki bas pelancung dari Amsterdam. Para pelancung terdiri daripada pelbagai etnik . Ada dari Arab, Uk, Perancis dan pelancung tempatan.
Perjalanan ke Brussels mengambil masa lebih 2 jam 30 minit. Dalam bas kami diberitahu supaya "prepare ourselves completely or do your private business" kerana bas tidak menyediakan tandas . Sepanjang perjalanan mataku terpegun dengan keindahan alam ciptaan Tuhan yang di anugerahkan kepada negara ini. Hijau kekuningan beradun lembut bunga bungaan sejauh mata memandang menggamit siapa saja yang melihatnya . Dari kejauhan kelihatan sekumpulan lembu dan kambing biri biri (sheep) sedang asyik meragut rumput berhampiran terusan (small canal) . Terusan yang jernih kebiruan membuatkan fikiranku terkenangkan permatang sawah di Kedah dan Perlis. Lebih kurang sejam perjalanan kami singgah di Antwerpen sebuah kota lama yang bersejarah. Kami sempat bergambar dan melihat barang barang cenderamata untuk kenangan sebagai buah tangan . Masa yang diberi terlalu singkat menyebabkan kami tercungap-cungap mengejar waktu untuk mengambil gambar sekitar Antwerpen.

Not Our Culture

Perjalanan diteruskan menuju Brussels , Belgium melalui motorway yang cantik dan bersih . Kebanyakan penumpang melayani fikiran masing masing dan ada juga yang berborak kecil. Pemandu Pelancung asyik berceloteh dalam Bahasa Belanda dan sesekali menggunakan Bahasa Inggeris . Perjalanan yang mengasyikan meluntur keseronokan kami dengan sikap tidak profesional pemandu pelancung yang memandang kearahku kerana sendawa dalam bas. "This is not our culture" katanya. Semua penumpang diam . Dalam hati cukup menyampah dengan karenah pemandu pelancung tersebut. Bukan kami saja yang tidak selesa dengannya, penumpang lain pun menunjukan reaksi yang serupa . Mulai hari itu aku cukup berhati hati mengeluarkan angin melalui mulut. Kami tiba di Brussel seperti yang dijadualkan . Di Brussels kami melawat Grands Palace dan beberapa tempat bersejarah disamping membeli sedikit buah tangan sebagai kenangan. Pada kira kira jam 5.30 petang kami bertolak balik ke Amsterdam dan tiba di hotel penginapan kira kira jam 700 malam. Pada pagi esoknya kami melawat Marken, Madu Rodam dan Den Haag (ibu kota Holland).

Wednesday, March 16, 2011

Teachers Nurturing The Country

Tan Sri Muhyiddin Yassin

The Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said teachers were responsible for nurturing the country's future leader's and manpower needs. Muhyiddin who is also education Minister, further stress on teachers commitment to shape the individuals intellectually, emotionally, spiritually and physically. The public and society now needed teachers with a high quality, knowledgeable and good characteristic to uphold the education system .

Kejayaan membangun modal insan terletak kepada peranan para guru sebagai agen perubahan dan model teladan kepada pelajar.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...