Beberapa strategi dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi pelajar menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Selain program harplus (harapan lulus), latihtubi, kem mutiara hati telah dijalankan. Pelajar-pelajar tingkatan lima mengikuti kem mutiara hati yang dianjurkan pihak sekolah.Mereka bermalam disekolah dengan harapan dapat memupuk semangat kekitaan dikalangan pelajar berbagai kaum disamping menyemai rasa bertanggungjawab dan sayangkan sekolah. Program ini berjalan dengan berkesan berkat komitmen dan kerjasama padu para guru dan ibu bapa . Pada keesokkannya motivator terkenal Dr. Robiah Hamzah dijemput khas menyampaikan tips menghadapi peperiksaan kepada calon-calon SMKDK yang akan menduduki ppeperiksaan SPM dan PMR dalam waktu terdekat ini. Adalah diharapkan dengan adanya partisipasi dan penglibatan semua warga sekolah menjayakan misi murni ini kita akan sama-sama dapat mengecapi hasilnya pada penghujung tahun ini dan Februari tahun depan dengan anak-anak kita mencipta kejayaan dalam peperiksaan mereka.
Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar tingkatan lima diadakan pada 27 Oktober bertujuan membangkitkan semangat dan dorongan kepada mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti. Nostalgia indah ini tetap terpahat dihati sanubari setiap pelajar dan guru kerana program seperti ini adalah julung julung kali diadakan di SMKDK . Selamat berjaya calon-calon SPM sekolah ku .

No comments:
Post a Comment