Wednesday, October 21, 2009

memori perjalanan ke UK


Anakanda Siti Aisyah Che Yahya semasa menerima Ijazah MPharm (Pharmacy) di University Of Nottingham pada Julai 2009.

Bergambar di Kampus University pada hari 'Convocation' graduan/graduanita Pharmacy

Kenangan bersama ibu bapa yang menemani anak-anak menerima ijazah mereka



Bergambar di laman' Graduation Hall' setelah menerima ijazah pada 'summer ' 2009
Di depan Graduation Hall

Berkesempatan mengunjungi tempat-tempat reakreasi melepaskan penat.

Bergambar kenangan sementara menunggu untuk mendapatkan kabel car di Mat Lock Bath
Tempat rekreasi yang menarik di Mat Lock Bath yang sejuk dan nyaman.




 Ke United Kingdom
(9 Julai- 25 Julai 2009)
Perjalanan Pada pagi khamis 9 Julai (hari jadi ku) jam 10.24 pagi kami bertiga isteri dan anak Siti Aisyah meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Heathrow London. Perjalanan yang jauh sungguh meletihkan tambahan pula sepanjang hari matahari siang kerana perbezaan waktu Malaysia-United Kingdom (UK) 7 jam . Perut Mas penuh dengan Mat Salleh dan beberapa keluarga yang menemani anak mereka menghadiri konvokesyen di UK .

Sepanjang perjalanan kerap kali berlaku gegaran 
terutama ketika pesawat merentasi Teluk Benggala memaksa Juruterbang mengingatkan penumpang memakai tali pinggang sepanjang masa . Walaubagaimana pun kami selesa dengan perkhidmatan pihak MAS yang cekap dan mesra penumpang .

Tiba di Lapangan Terbang Heathrow


Setelah hampir dua belas jam terbang, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Heathrow London pukul 4.30 petang waktu UK . Peraturan imigresen yang ketat dan pemeriksaan kastam dengan bantuan anjing pengesan membuatkan setiap pengunjung merasa tidak selesa namun itulah hakikat yang harus dilalui sebelum dibenarkan keluar menuju destinasi masing-masing .Kami mendapatkan teksi ke Queens Borough Terrace W2 untuk menginap di Malaysia Hall (MSD) selama 2 malam . Kami mendaftar masuk dan masing-masing diberi bilik berasingan walaupun status suami isteri dan anak kerana peraturan MSD tidak membenarkannya tidur dalam satu bilik .

Terkenang Pak Lah

Saya terkenangkan Pak Lah mantan Perdana Menteri apabila terpandang buku Abdullah Ahmad Badawi Penjana Modal Insan tulisan Mokhtar Petah.yang terdapat di ruang lobi Dewan Malaysia . Ku tatapi buku tersebut dan membaca lembar demi lembar . Mata terpaku apabila melihat gambar gambar beliau bersama almarhum isterinya Datin Seri Endon , terbayang bagaimana setianya Pak Lah menemani isteri tercinta hingga keakhir hayatnya . Sesungguhnya tidak ada yang kekal di dunia ini kecuali Allah . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYa kita pulang . Aku suka menatap wajah Pak Lah kerana seperti ada ketenangan yang terpancar dalam jiwanya walaupun beliau menghadapi saat getir menerima ujian Tuhan apabila ibunya tercinta Hajah Kailan pula menemui Illahi .

Bertemu Ustaz Erfino

Sedang asyik menatap sajak mantan Perdana Menteri “Aku Cari Bukan Harta Bertimbun” tiba-tiba muncul bekas rakan sekerja yang sama-sama bertugas dalam pengurusan dan pentaksiran peperiksaan Ustaz Mohd. Erfino Johari . Bezanya beliau di LPM dan saya di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur . Kami berpelukan melepaskan rindu masing-masing. Saya memang tahu beliau sudah lebih 3 tahun berada di UK menjadi Atase Agama tetapi inilah baru kali pertama dapat bertemu kerana sebelum ini saya tidak menginap di London. Ustaz Erfino pegawai muda lulusan Jordan yang berpengalaman mempunyai personaliti menarik, mudah mesra dan berwawasan. Saya kagum dengan kekuatan intelektualnya yang bernas dan futuristik .Beliau sering berkhutbah di surau MSD dan selalu menyampaikan wacana ilmiah bersama pelajar-pelajar Malaysia sekitar UK. Buku panduan khutbah Jumaat adalah hasil buah tangan Erfino yang boleh dijadikan panduan untuk seluruh MSD . Pada sebelah malamnya kami diundang makan malam ke rumahnya di pinggir Eeling, London.

Sightseeing Kota London


Pengalaman menarik dan menyeronokan ialah apabila berpeluang menaiki bas dua tingkat mengelilingi (sightseeing) kota London yang bersih dan cantik. Pengangkutan awam yang cekap dan effisyen menyebabkan warganya memilih untuk tidak menggunakan kenderaan sendiri. Kami seterusnya menaiki cruise menyusuri Sungai Thames dan London Bridge yang banyak menyimpan sejarah Kota London. Kami sempat singgah di Universiti Greenwhich (GMT) bergambar kenangan di perkarangan kampusnya yang luas dan cantik. Bangunan bangunan lama bersejarah terjaga rapi merupakan identiti dan keunikan Kota London. Peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi London Tower, Big Ben dan Istana Buckingham yang menyimpan khazanah dan bahan-bahan bersejarah dari zaman berzaman. Kami seterusnya menaiki London Eye untuk melihat pemandangan Kota London dari udara sebelum kembali ke Hotel Queens Park tempat penginapan. Keesokan harinya kami bertiga bersiap untuk ke Nottingham tempat AIN (puteri ketiga ku) yang menuntut di University Of Nottingham akan konvo pada 23 Julai 2009 dalam MPharm. Pemandu teksi yang baik dan berhemah membawa kami ke Victoria Station dengan mengenakan tambang sebanyak 15 pound. Kami tidak menunggu lama kerana pengangkutan bas sangat effisyen. Tepat jam 1.30petang bas mula bergerak dan pemandu mengingatkan semua penumpang supaya memakai tali pinggang keledar masing-masing . Sepanjang perjalananan aku melihat hamparan ladang gandum yang luas saujana mata memandang "very beautiful scenery" mula menguning . Di kejauhan terlihat sekumpulan kambing biri-biri dan lembu sedang meragut rumput. Bas yang membawa kami akhir tiba di Broad Mash dengan selamat. Kami terus mendapatkan teksi terus ke Dunkirt rumah sewa AIN. Pada sebelah malamnya 13 Julai Ahmad dan Yasmin (pelajar Phd ) menjempt makan malam di rumahnya dengan hidangan nasi kerabu yang sungguh lazat dan menyelerakan.

Si Tua Merah


Kesempatan yang ada diisi sepenuhnya untuk bersiar-siar sekitar Birmingham (Birm) dengan memandu kereta jenis Ford Mondeo 2.0 merah yang kami gelar Si Tua Merah yang berjasa. Sungguh pun usianya lanjut (lebih 10 tahun) tapi masih kuat dan gagah. Berpandukan Garmin (GPS) kami bertiga menuju ke kilang Cadbury untuk melihat dari dekat kilang chocolate yang terbesar di Birmingham. Setelah melawat dan membeli sedikit buah tangan kami menuju Bullring pasaraya terbesar untuk sekadar menjamu mata.

Bersambung........ InsyaAllah .

1 comment:

  1. wahhhhhh...abah dah ada blog??good job!!rajin2 la update..nnt chik baca:)

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...