Thursday, October 22, 2009

Keceriaan Sekolah


Bagi membangkitkan motivasi dan ketenangan kepada pelajar dan guru beberapa perubahan telah dilakukan.Pemasangan 3 tiang bendera (stainless steel) dihadapan bangunan sekolah dinaikan menggunakan peruntukan PCG Sivik dan Moral. Bendera nasional,negeri dan sekolah berdiri megah dan gagah menambah seri wajah sekolah disamping memupuk jati diri pelajar sebagai modal insan negara. Kerja-kerja pembaharuan ini siap sepenuhnya pada 30 September 2009. Digital Board dipasang bagi memudahkan ibu bapa dan pelawat mengetahui program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun .Ketika ini kerja-kerja memasang jubin lantai di dewan gemilang telah siap sepenuhnya menggunakan peruntukan YB Menteri Pelajaran era Datuk Seri Hishamuddin disalurkan sebanyak RM 200,000.00 kepada sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan terutama sekolah yang dibina oleh Project Mangement Consultant (PMC). Pihak sekolah telah mengemukakan cadangan mengenai kerja-kerja pembaikan kepada JPWP (Unit Pembangunan dan Perolehan) untuk diteliti dan dipersetujui sebelum kontraktor yang dilantik Jabatan melawat tapak untuk memulakan kerja. Perbincangan pihak pengurusan sekolah bersama kontraktor diadakan untuk memberi keutamaan kepada pemasangan marmar (tiles) lantai sekolah kerana ianya tidak selamat kepada pelajar dan guru terutama kepada pelajar Pendidikan Khas yang seramai 108 orang. Kerap berlaku guru tersandung kaki menuju bilik darjah kerana lantai berlubang disana sini .Kualiti simen yang rendah banyak pasir menyebabkan lantai sekolah tidak rata seolah-olah bergelombang menambahkan kerisauan jika terjadi perkara yang tidak diingini. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Pelajaran (Unit Pembangunan dan Perolehan)untuk mengubah spesikasi kerja mengikut keutamaan bagi menjamin kelesaan dan keselamatan warga sekolah .


Fokus Pengurusan

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar aku telah menggariskan tiga perkara pokok iaitu menjadikan: Sekolah Selamat, Sekolah Berintegriti dan Seronok Bekerja.
Tiga gagasan ini dimaklumkan kepada semua guru dan kakitangan melalui mesyuarat pengurusan dan post mortem peperiksaan. Kebajikan guru dan pekerja diutamakan . Bagi mempastikan "Quality Assurance" memenuhi piawai Jabatan dan LPM fokus kepada pengurusan dan pentadbiran peperiksaan didahulukan kerana ianya merupakan nadi utama pencapaian akademik sekolah. Bilik peperiksaan dinaiktaraf dan komputer dibekalkan cukup bagi memudahkan mereka membuat analisis dan memasukkan data calon secara talian terus (on line).

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...