Pada 16 Mac 2009 melapor diri sebagai pengetua di SMK Danau Kota . Berjumpa PK Tadbir dan Kurikulum,Pn Noraliza Abidin. Sekolah sedang bercuti selama seminggu. Pada hari Isnin 24 Mac 2009 sambutan kepada pengetua baru diadakan di dewan Gemilang dengan kehadiran semua guru pagi dan petang . Speaker tidak berfungsi dengan baik. Besoknya aku berjumpa dengan PT En Mohd.Rashdan meminta pembesar suara diganti segera.
Aku menerima tanggungjawab ini bercampurbaur kerana terlalu lama meninggalkan sekolah (16 tahun) bekerja di KPM ,JPA dan terakhir di Jabatan Pelajaran sebagai KPP Penilaian Peperiksaan selama 9 tahun. Perbezaan ketara ialah bilangan guru dan staf yang ramai iaitu : Guru 124 orang Staf :15 orang dan pelajar seramai 1603 orang pagi dan petang .
Fizikal Sekolah : Walaupun bangunan sekolah masih baru (7 tahun) namun ia tidak terjaga dan terpelihara sepenuhnya. Kebersihan dan keceriaan tidak terurus menyebabkan wajah sekolah malap dan tidak bermaya.
Pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan dengan mula mengecat tembok luar sekolah dan menggantikan papan tanda sekolah yang usang dan tercabut atur hurufnya. Pondok jaga yang dulunya seperti stor barang telah dinaiktaraf . Bangku tempat duduk pelajar disediakan dikawasan sekitar sekolah. Lanskap sederhana dibuat di halaman sekolah dengan menanam bunga mengikut susunatur SMKDK .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
No comments:
Post a Comment