Sekolah tidak mempunyai kemudahan padang permainan walaupun terdapat kawasan lapang dibelakang sekolah. Sejak bertahun semua kegiatan dan aktiviti sukan dan permainan terpaksa menyewa atau memohon ehsan sekolah lain namun berkat kesungguhan dan usaha yang tidak mengenal putus asa satu jalan keluar dicapai. Pihak sekolah telah menjemput pihak pemaju Platinum Victory dan pegawai DBKL, berbincang dan bermesyuarat beberapa kali untuk memohon mengemukakan cadangan supaya padang sekolah dapat direalisasikan. Peranan PIBG juga tidak kurang penting dengan menyuarakan hasrat dan pandangan sehingga akhirnya pihak pemaju dengan pemantauan terus dari DBKL telah memulakan kerja membina dan membangun Padang Sekolah SMKDK dengan segala tanggungan dan kos dibiayai sepenuhnya oleh PLatinum Victory. Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih Pengarah Platinum Victory kerana sumbangannya yang tidak ternilai terhadap pembangunan prasarana sekolah. sekalung tahniah kita ucapkan kepada beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
No comments:
Post a Comment