Setiap manusia inginkan Kebahagian dalam hidup. Kehidupan yang bertunjangkan sakinah dan mawaddah menjadi tonggak keluarga, masyarakat dan negara . Dalam konteks yang lebih luas ialah kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran bersumberkan Al Qur'an sebagai BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFFUR. Negara yang sejahtera makmur mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT menjadi idaman setiap rakyat. Lalu bagaimana untuk mendapatkan kebahagian itu? Secara 'surface' Kebahagian itu milik tiap individu namun hakikatnya tidak sedemikian. Saling bergantung antara individu dan masyarakat merupakan sebuah mata rantai kehidupan yang tidak boleh terpisah. Umpama irama dan lagu jika terpisah pincanglah lagu rosaklah seni. Demikian kata Almarhum P Ramlee.
Rakus
Neraca kebenaran.
Neraca kebenaran di tentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Antara iman dan taqwa merupakan kayu ukur kebenaran. Dalam solat kita meminta jalan lurus dan mohon di jauhkan daripada kesesatan namun di luar sembahayang tidak sedemikian. Imam memimpin solat bertanggungjawab membawa makmum bersama memfokuskan ubudiah terhadap Pencipta dengan memisahkan kehidupan duniawi buat seketika. Allah tidak menerima solat orang yang lalai. Bukan sahaja solat malah segala amal perbuatan yang tidak di sertai dengan niat ikhlas kerana Allah semuanya sia sia umpama debu berterbangan di tiup angin. Jika kita mahukan sebuah Al Balad Al Amin yang berpaksikan negara madani kita memerlukan pemimpin yang beriman dan bertaqwa untuk kesejahteraan sejagat. Umat akan selamat negara sejahtera di bawah pemimpin yang ikhlas yang di tunjangi sifat qanaah.
Wallahua'lam
Csyahya victory
Ahad 21 Jan 2018
Rakus
Salah satu sifat jelek yang terdapat dalam diri ialah rakus. Manusia tidak pernah berasa puas dengan segala nikmat yang di perolehi kendatipun kehidupan mereka lebih dari cukup. Kediaman mewah dengan jajaran kenderaan berlapis lapis di halaman rumah, harta yang banyak,isteri dan anak anak yang cantik masih belum mampu menenangkan jiwa malah sentiasa di selimuti kegelisahan kerana hilangnya ketenangan. Hati yang tidak pernah berasa puas dengan apa yang di miliki menyebabkan sirnanya cahaya iman sehingga jauh dari rahmat Tuhan. Dengan kata lain bila manusia tidak bersyukur bertambah dekatnya dengan kufur. Bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan merupakan ciri orang bertaqwa sebagai manifestasi amal soleh. Apabila sifat qanaah telah mati, nafsu menguasai diri tanpa memikirkan batas sempadan kehidupan. Qanaah ialah berasa cukup dengan apa yang di miliki merupakan sifat terpuji yang sangat di cintai Allah.Orang qanaah hidupnya tenang dan lapang dada dari segala masalah.
Neraca kebenaran.
Neraca kebenaran di tentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Antara iman dan taqwa merupakan kayu ukur kebenaran. Dalam solat kita meminta jalan lurus dan mohon di jauhkan daripada kesesatan namun di luar sembahayang tidak sedemikian. Imam memimpin solat bertanggungjawab membawa makmum bersama memfokuskan ubudiah terhadap Pencipta dengan memisahkan kehidupan duniawi buat seketika. Allah tidak menerima solat orang yang lalai. Bukan sahaja solat malah segala amal perbuatan yang tidak di sertai dengan niat ikhlas kerana Allah semuanya sia sia umpama debu berterbangan di tiup angin. Jika kita mahukan sebuah Al Balad Al Amin yang berpaksikan negara madani kita memerlukan pemimpin yang beriman dan bertaqwa untuk kesejahteraan sejagat. Umat akan selamat negara sejahtera di bawah pemimpin yang ikhlas yang di tunjangi sifat qanaah.
Wallahua'lam
Csyahya victory
Ahad 21 Jan 2018
No comments:
Post a Comment