Kegemilangan peradaban silam di bumi Andalucia, kini Sepanyol sangat termasyhur dalam sejarah. Islam yang telah bertapak selama 800 tahun lebih di seluruh jazirah ini pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah menjadi mercu tanda keagungan Al Qur'an dan Sunnah Baginda Nabi Saw di Eropah. Cordoba yang nama asalnya Qurtuba menjadi simbol kekuatan Islam yang di tandai dengan kemegahan Masjid Cordoba di Andalucia. Kalimah Tauhid terpahat kukuh di tiang Masjid. Tiada Tuhan Yang Berhak di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Saw ialah Pesuruh Allah. Masjid ini sangat cantik dan terindah di dunia yang menjadi tempat perkembangan ilmu dan tamaddun Islam sejak berkurun. Apabila jatuhnya kerajaan umayyah di Andalucia, Masjid ini telah bertukar menjadi cathedral. Antara Masjid dan Gereja menjadi tempat para wisatawan di seluruh dunia mengunjungi peninggalan pusaka kegemilangan Islam ini. Kini Masjid Cordoba telah di wartakan sebagai pusat warisan pelancungan dunia oleh UNESCO.Nama sahaja Masjid tetapi bertukar sebagai tempat pelancungan sermata-mata , tidak boleh bersolat sunat atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pemandangan sekitar Cordoba sungguh cantik dengan bunga-bungaan berbagai warna menghiasi sepanjang jalan. Tata hias kota yang tersusun indah kelihatan bersih dan segar, sesegar udaranya yang sejuk dan nyaman. Pemerintahan Islam telah membina jambatan merentasi sungai dari kompleks Masjid Cordoba hingga ke kota ini. Deretan kedai cenderamata terdapat di setiap sudut bangunan. Paling sedih melihat ayat-ayat Al Qur'an Al kareem tertulis di baju T shirt, piring, bahan-bahan kaca yang di jual oleh pemilik kedai bukan Islam.
Mengabadi kenangan di luar perkarangan
Masjid Cordoba yang tenang
Sayu dan hiba
Gambar-gambar berlambang salib terdapat di dinding dinding Masjid yang boleh di saksikan dengan jelas oleh setiap pelawat. Pengunjung di larang memakai topi memasuki Masjid. Setiap pengunjung di kenakan bayaran sekitar Euro 10 atau lebih (kurang ingat) untuk memasuki ke dalam Masjid. Hati saya bertambah sayu bila memasuki Masjid ini, melihat kehalusan dan keindahan arkitekturnya persis Masjid Nabawi di Madinah. Mehrabnya masih kekal dan tiang-tiangnya terukir dengan kalimah Allah yang masih utuh. Perasaan sayu semakin bercampur hiba tanpa di sedari titisan air jernih menuruni pipi bila melihat mehrab yang cukup indah di hiasi ukiran ayat ayat Allah menjadi tempat sujud Imam semasa memimpin solat suatu ketika dulu. Allahu Akbar. Menjejak Cordoba dengan penuh hiba, lenyapnya peradaban di bina sejak berabad kerana tamak, perebutan kuasa sehingga lalai dan alpa kepada Allah SWT Tuhan Yang Berhak di Sembah. Semuanya kini menjadi tinggalan sejarah yang suatu ketika dahulu Islam berdiri megah di Eropah. Selama ini saya hanya mendengar cerita tentang Masjid Cordoba kini seperti tidak percaya berada di depan mata.Selama sehari semalam berada di sini rasanya kurang puas untuk menyelusuri sejarah peradaban silam yang telah hilang di mamah zaman. Kawasan hijau halaman luar di hiasi dengan pokok pokok tamar sangat sinonim dengan Masjid sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, kesenian dan kebudayaan Islam sehingga ramai melahirkan para intelektual dan cendekiawan Muslim. Beberapa nama tokoh Islam terkemuka seperti Ibnu Rush pakar Matematik dan ahli perundangan Islam lahir di kota Qurtuba @ Cordoba yang oleh orang Sepanyol terkenal dengan Averroes, Al Qurtubi ,Thufail Al Qisi dilahirkan di Granada terkenal sebagai tokoh Falsafah Islam yang hebat. Demikian sedikit rentetan peristiwa yang boleh menjadi ibrah kepada kita betapa pentingnya memelihara kedaulatan Agama Allah untuk terus bersinar menjadi rahmat ke setiap penjuru alam.

Sumber You tube
Sightseeing Cordoba
Pada malamnya kami di bawa oleh Ahmad Zaruk (gambar) pemandu pelancung ke Restaurente Palestine untuk makan malam dalam kawasan yang tidak berapa jauh dari Masjid Cordoba. Makanan dan layanan yang baik oleh saudara seagama menyebabkan kami rasa seperti berada di bumi sendiri. Cita rasa makanan dan minuman yang enak dan segar menyelerakan anggota rombongan terutama saya. Ciri-ciri rekabentuk keaslian Palestine menjadi identiti khas pemilik restaurente ini sambil memutarkan lagu-lagu qasidah Arab yang menyamankan bagi mengisi halwa telinga kami. Teruja melihat keindahan hiasan dalaman bercirikan budaya Arab Palestine, rakan rakan mengabadikan kenangan di setiap sudut restaurante dengan penuh bergaya. Selesai menjamu selera kami ke hotel yang tidak berapa jauh dari kompleks Cordoba. Hotel Colon tempat menginap walau pun tidak begitu elegan tetapi cukup untuk melelapkan mata sebelum meneruskan pariwisata ke suatu tempat yang tidak kurang sejarahnya iaitu Al Hambra Granada. Pergerakan dari satu tempat ke satu hotel memunggah beg beg besar berisi pakaian dan barangan keperluan tidak berasa kepenatan apa lagi berjalan kaki sejauh lebih 5 km sehari dalam usia kami yang melewati lima puluhan sungguh memeranjatkan. Dari segi adatnya kami tidak mampu berbuat demikian, namun itu lah realitinya. Terima kasih Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang memberi kekuatan kepada anggota rombongan hingga sampai ke tempat tujuan. Keriuhan tawa hilai dengan telatah lucu anggota rombongan cukup menghilangkan rasa penat, terutama kisah mencari botol untuk ke bilik air dan lawak spontan saya " Visitas guidas" yang membuat Professor Dr Abd Muin ketawa sakit perut.
Perjalanan dari Cordoba ke Granada selama lebih dua jam melalui kawasan hijau berbukit di penuhi dengan zaitun dan tin sepanjang jalan. Rombongan berhenti seketika di Muzium El Zahrah. Muzium ini menyimpan seribu kenangan mengenai peradaban Islam yang pernah bertapak di sini. Terletak di sebuah kawasan berbukit, luas hijau dan tenang, El Zahrah menjadi tumpuan pelancung seantero dunia.Muzeum ini menyimpan seribu peristiwa yang berlaku semasa zaman kemegahan Islam di Cordoba. Di sekelilingnya banyak di tanam dengan pokok pokok zaitun dan tin yang subur. Kira-kira 2 kilometer dari sini kami di bawa melihat kesan tinggalan sejarah yang sungguh meruntuh hati.Tapak bangunan istana yang luas dengan bilik-bilik berlatarbelakangkan penorama indah menjadi saksi keagungan Islam pada masa silam. Tembok dan rangka bangunan yang masih tersisa menjadi bukti bumi El Azahara penuh dengan siraman wahyu Tuhan pada ketika dulu. Ruin-ruin tinggalan sejarah menjadi saksi kemegahan Kota El Azahara yang kaya dengan tamaddun Islam sehingga terkenal di seluruh Eropah. Kini hanya tinggal sebuah lukisan rasa yang tak mungkin menjelma semula seperti era kegemilangan silam. Sebuah kota yang begitu gah dan beraura telah lenyap di bumi Cordoba buat selama-lamanya.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Park City Kuala Lumpur.
Selasa 31 Mei 2016.
bersambung.....Mencari Al Hambra
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Park City Kuala Lumpur.
Selasa 31 Mei 2016.
bersambung.....Mencari Al Hambra
No comments:
Post a Comment