Sunday, October 4, 2015

Debu debu berterbangan

Bila alam mula berbicara
Langit joung sepanjang masa
Burung burung sepi bersuara
Menanggung derita sungguh tersiksa

Rosaknya alam kerana manusia
Tangan tangan rakus tidak beretika
Musibah melanda melangkau  usia
Seluruh kehidupan di himpit duka

Tuhan berfirman dalam Al Qur'an
Jangan sesekali membuat kerosakan
Hidup umpama sebuah pengembaraan
Menuju destinasi  telah di tetapkan

Perlakuan alam silih berganti
Mengikut musim putaran iklim
Jerebu melanda belum berhenti
Kerana manusia berlaku zalim

Panorama alam bertukar kelabu
Cahaya matahari terperangkap debu
Lemas dan lesu seluruh qalbu
Sistem penghadaman terasa sebu

Setiap peristiwa yang berlaku
Pasti ada hikmah tersembunyi
Bumi menangis langit membeku
Margasatwa hutan sepi bernyanyi

Asap beracun memenuhi angkasa
Lemasnya hidung pedihnya mata
Siksa tertanggung sepanjang masa
Anak anak kecil terus menderita

Terjadinya musibah kerana manusia
Tidak beradab dengan  lingkungan
Kehidupan terganggu tidak lagi ceria
Nafas tersekat perihnya kerongkungan.  

Mungkinkah alam mulai bosan 
Melihat ulah tingkah  manusia 
Memperkosa alam terus - terusan
Musnahnya  bumi  seluruh  tata suria

Debu-debu berterbangan setiap ruang
Memberi isyarat punahnya kehidupan
Hutan dan lahan semakin berkurang
Terjaminkah nasib generasi masa depan. 


csyahya victory
Isnin 5 Okt 2015.













Source: Internet.

















Ebit G Ade Berita kepada kawan.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...