Suramnya alam umpama malam
Mentari tenggelam di celah awan
Hari masih siang kelihatan berbalam
Penasarannya insan tidak karuan
Mengapa bumi seperti jadi begini
Manusia alpa  banyak kefasadan 
Jerebu berterbangan di sana  sini
Lemah gemulai seluruh badan
Apakah ini suatu kebetulan
Atau sengaja perbuatan orang
Sehingga tertutup seluruh jalan
Membakar hutan di tanah seberang
Telah empat hari tidak bersekolah
Angkara jerebu  tak pernah reda
Ramai yang sakit batuk dan lelah
Perih kerongkongan  sakitnya dada
Dua purnama telah berlalu
Namun kota ku masih berdebu
Mengapa manusia bertindak melulu
Musnahnya kehidupan angkara jerebu
  
Nukilan
cs yahya victory
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Park City
Kuala Lumpur.
Jumaat 23 Oktober,2015.
No comments:
Post a Comment